Tuesday, October 07, 2008

Promosi Novel Sapta Hitam

Jenuh juga untuk menyiapkan novel yang tebal-tebal begini. Dalam pengalaman saya yang sedikit ini, inilah kali pertama saya menulis novel yang pernah diistilahkan oleh seorang teman penulis sebagai menulis ensiklopedia. Kulit luar gambar ini bukanlah seperti yang akan diterbitkan, sengaja saya meletakkan ia untuk tujuan promosi sedangkan saya sendiri tidak tahu akan kulit luar dan tajuknya nanti. Dan untuk menulis entri ini, sebenarnya saya merasa serba-salah, tapi bila fikirkan untuk promosi, saya teguhkan hati. Dalam hati saya berdoa agar ia lulus untuk diterbitkan dengan secepat mungkin. Tapi alhamdulillah, saya merasa lega dapat menitipkan penceritaan yang saya terlalu kepingin iaitu menulis dalam genre fantasi fiksyen. Harapan saya agar teman-teman mendoakan agar manuskrip novel ini lulus untuk penerbitan.

Setelah terhenti untuk sekian lama, saya menyambung kembali dengan pelbagai perasaan. Bahagian kedua novel ini digarap secara spontan tanpa menggunakan kaedah yang saya biasa lakukan, yakni melalui ringkasan bab demi bab. Terus sahaja saya menuliskan ayat-ayatnya apabila ada sahaja ilham yang mendatang di raga fikiran. Moga-moga novel ini mendapat sambutan dan yang paling penting dapat diterima oleh pembaca keseluruhannya, amin. Wuallahua'lam.

Lagu Tema : 1511 - Album 'Bisa', 1988 (Bumiputra Rockers)
Muat turun di sini : 1511 - BPR

6 comments:

how to invest penny stocks 2:16 AM  

wow, very special, i like it.

Cikgooden ...(Selumbar Emas). 9:34 AM  

ini ka projek hang tu?...semoga berjaya bro!...sebelum hantaq...mai nak perasap skit..

ideamenulis 10:40 AM  

Memangpun kena letak harapan setinggi langit daripada letak harapan serendah langit-langit. Tahniah!

Serunai Faqir aka SF 4:14 PM  

Cikgu Deen - Hehehe boleh takda bagi perasap kat hang!

Kangaq - Yeahhh ...

Zul - Amin, moga2 mendapat sambutan, tapi entahkan bagaimana nanti novel itu jadi setelah sampai ke tangan editor. :(

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP