Thursday, October 16, 2008

Nostalgia Pra Usul

Foto sewaktu kecil


Entah kenapa agaknya saya terlalu bernostalgia petang ini. Mungkin agaknya akibat terlalu banyak scan gambar-gambar lama menyebabkan saya sedar betapa usia semakin menginjak ke lembah kematangan. Dan ketuaan kian memanjat sejak akhir-akhir ini. Apabila menatap foto-foto lama berwarna hitam putih itu, saya bagaikan tersedar bahawa betapa inilah yang dikatakan ‘jangan hidup menongkat langit.’ Di dalam peringkat umur sebegini, saya mengerti bahawa ada sesuatu yang perlu dilakukan bagi memperbaiki banyak perkara, terutama diri sendiri.


Lebih-lebih lagi, pagi semalam saya menziarahi pusara ayah Ngah dengan sepupu saya. Ada sesuatu yang menyentap dan merenggut jiwa terdalam saya. Bagaikan ada sesuatu yang menyuruh saya agar segera berubah. Ya, kawan-kawan… hidup takkan selamanya, nafas dan gerak yang dipinjamkan akan berakhir apabila sampai waktunya. Masa terlalu terlalu cepat berlari bagaikan tiada perhentian lagi. Dan kita masih lagi tertegun di sini membilang bilah hari yang melepasi. Ah, saya ini terlalu bernostalgia.


p/s:

Jemput ke blog senarai karya saya, sila klik Senarai Karya

7 comments:

tegezoot 4:33 PM  

terima kasih kerana mengingatkan...

Nunn 11:51 PM  

nama pon kehidupan ALLAH jadikan kita.... yg hidup pasti akan tingggalkan dunia ...selamat hari raya bro sejahtera lah hendaknya

Maslina Mahbu @ Armiza Nila 8:47 AM  

salam dik, salam aidil fitri

hai comelnya budak dalam pic tu kalau kak jumpa kak picit pipinya sampai merah

kenapa tak nak but shoutbox dik senang lagi nak tinggal pesan..or busy memanjang ehhhh...

kak Maslina - Kuching

Cikgooden ...(Selumbar Emas). 5:02 PM  

ha ha ha....gamba masa kecik memang nostalgia (kekadang nostagila...)

...:muRn! aQ!La a.k.a mOOn:... 6:27 PM  

huhuhu....
comelnye masa kecik.
dah besar comot yg amat!
wahahahaha....

kak ila 11:55 PM  

hai dik, kak ila ni. lamanya kita diselang masa... tapi apa2pun, masa kecik sampai besar ni, tak jauh bedanya. lebihkurang gitu juga.hehehehe... comel.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP