Tuesday, October 28, 2008

Bila Jari-Jemari Menari

Hampir sebulan lebih juga saya tidak memetik serunai, hampir sahaja lagu-lagu yang biasa ditiup bagaikan terlupa di manakah lubang patut dipetik. Saya hanya tersenyum dalam hati, "inilah padah lama tak berlatih." Semalam, kami ke Jengka 2 kerana memenuhi undangan perkahwinan rakan di sana. Jam 11.30 lebih kurang, kami tiba di sana. Hati saya segera berderau apabila langsing bunyi serunai menikam gegendang. Tubuh saya semerta jadi sejuk, tahulah saya semangat untuk bergendang dan berserunai sudah sampai. Perlahan sahaja saya menghampiri otai (Pak Li) Kumpulan Gendang Bera yang melambai saya.

Pak Li - Peniup serunai dari Kump Gendang Bera

Tanpa banyak bicara saya meniup terus, mengalunkan irama serunai 'lagu buka' dan beberapa 'lagu berjalan'. Mat Arip, penggendang ibu, yang lama juga sudah tidak menepuk, menepuk bagaikan nak rak, hingga pecah tangan. Saya tersengih, "Ishh, penangan lama tidak menepuk!" Saya sendiri akhirnya tanpa dapat dikawal lagi, meleleh air liur di hujung bibir kerana meniup untuk hampir 7 pasangan silat dan tomoi.Selepas dari itu, saya mengerti pelajaran kalau lama tidak berlatih, daya cekap akan luntur, daya ingat akan jadi bentur dan akhirnya langsung terlupa. Dan saya insaf, inilah sedikit perjuangan saya yang tidak sepertinya untuk menyambung kembali warisan anak bangsa saya.

Tok Awang dan aksinya yang menghiburkan hati pengunjung (Kump Gendang Bera)

Semoga mendapat sambutan lagi serta berterusan hingga ke akhirnya, saya akan pertahankan seni dan budaya Melayu ini mana yang termampu, mana yang terdaya. Doakan saya agar terus tekal dalam perjuangan ini selain dari menulis.

Kisah selanjutnya di sini : Kump Gendang Gemala Kasturi

5 comments:

Cikgooden ...(Selumbar Emas). 11:39 AM  

betul la..he he he. lama tak tiup, sesekali tiup..herot bibir.


Sesekali mai la turun Batu Kurau. Buleh kita jamming sekali.

ahadancoach 2:16 PM  

berlatih jgn tak berlatih..

blackpurple @ jowopinter 4:24 PM  

Dulu selalu tengok India tepi jalan tiup serunai, yang pakai ular tedung itulah...

He he he!

Rasha_rz 3:24 AM  

sory tak datang ke majlis bacaan yasin aidilfitri hari tu, ada penghalangnya...

tegezoot 5:28 PM  

Saksikan pementasan Gelanggang Tok Wali pada 14,15 & 16 November 2008 di Auditorium P.Ramlee Jabatan Kebudayaan Pulau Pinang. Pementasan ni arahan saya.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP