Monday, September 08, 2008

Ramadhan Ini

Hampir beberapa hari aku berulang-alik ke Hospital Damansara melihat Pak Ngahku yang sedang kritikal. Hati telah gagal berfungsi, menurut doktor Pak Ngah terkena kanser dalam perut dan telah merebak ke hati. Akibatnya demam kuning menyerang. Badannya pun lemah dan lenguh di sana-sini. Hati pertama aku ke sana, sepupuku mengongoi dalam pelukan aku ketika aku baru sampai. Entahlah, harap-harap dengan doa kawan-kawan, moga2 Allah sembuhkan penyakit dia. Secara lazimnya kalau menurut doktor agak sukar untuk sembuh, tapi siapa tahu dengan kuasa Allah dan berkat doa kawan-kawan, Pak Ngah kembali sembuh dan pulih seperti sediakala. Amin.

9 comments:

ahadancoach 11:41 AM  

Salam hemmmm....saya juga berkongsi pengalaman dengan sf...melihat keadaan pada hari pertama sampai amat mendukacitakan tetapi kuasa allah yg menentukan segalanya

Ainin Naufal 2:14 PM  

mudah-mudahan dia segera sembuh. moga bulan penuh barokah ini doa-doa kita dimakbulkan.

Rozlan Mohamed Noor (RMN) 9:30 PM  

Ketika ikhtiar manusia sudah sampai ke penghujungnya, maka kuasa Tuhan adalah tempat kita berserah. Doa dan tawakal semoga ada hikmah terbaik buat mereka yang memerlukan. InsyaAllah.

mie 2:37 PM  

salam sf,

tabahkan hati, insyaALLAH.. sama2 kita semua bertawakkal dan berserah kepadaNYA..

dari DIA kita datang, kepada DIA kita pergi..

inamarjanaulfah 7:56 AM  

salam SF, semoga Pak Ngah sf segera sembuh dan kalian tabah mengharungi cabaran getir itu.

sf,  1:06 PM  

Ahadan - ya, bro ... doakan yang terbaik sahaja.

Ainin - Terima kasih atas doamu

RMN - Amin, terima kasih kembali kpd sdr, moga sembuh amin.

Mie- Insyallah amin ...

Inamarjanaulfah - Amin, terima kasih Ina ...

mie 11:59 PM  

salam sf,

jika sf tidak keberatan blh hadir ke majlis berbuka puasa, anjuran permaj. butir2 ada di bawah ini. terima kasih sf. semoga berada dalam keadaan yang sihat, insyaALLAH (",)

TUAN/PUAN/ENCIK/ CIK

UNDANGAN KE MAJLIS BERBUKA PUASA(MBP)SESI 2007/2008

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk;

2. Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ), UKM di bawah Sekretariat
Kebajikan dan Kerohanian akan menganjurkan Majlis
Berbuka Puasa (MBP). Ketetapan program adalah seperti berikut:

Tarikh : 14 September 2007 (Ahad)
Tempat : Impian Golf Resort, Kajang
Bayaran : RM30 seorang

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin mengundang Pihak Tuan/Puan
Encik, Cik ke majlis kami agar dapat melicinkan perjalanan program yang
telah diaturkan.

Segala kerjasama, keihsanan dan keikhlasan yang diberikan oleh pihak
Tuan/Puan/Encik/ Cik amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan
jutaan terima kasih.

Sekian, wassalam

" Minda Madani Generasi Rabbani"

Yang benar,

NURUL ZAINAP RAMLI (0127597293)
SETIAUSAHA
MAJLIS BERBUKA PUASA
PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR(PERMAJ)

Cikgooden 12:43 AM  

dengar kisah kau, terkenangkan ayahanda yg dah pergi, puasa pertama tahun lepas. Kanser paru-paru. Sebelum meninggal, dia cukup tabah berjuang melawan sakit. Syrup morphine saja ubat. Bukan ubat sebenaqnya. Cuma untuk menahan sakit. Arghhhhhhh...syahdu la Bro!

Ainin Naufal 1:32 PM  

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah buat pak ngah SF.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP