Thursday, September 18, 2008

Gosip Dunia Sastera

Sebenarnya kurang enak untuk menceritakan perihal sebegini dalam bulan Ramadhan, tapi saya fikir sesekali perkara semacam ini harus juga diketengahkan. Isu lama, tapi masih lagi berlaku. Salah siapa ya? Adakah salah penulis yang tidak mahu mengambil endah tentang perihal undang-undang Hakcipta atau bagaimana? Yang mengambil kesempatan pula penulis lama, yang diambil kesempatan pula penulis baru. Semacam deja vu apabila mendengar perkara-perkara sebegini. Memang saya tidak nafikan sekiranya penulis tersebut mengambil tindakan undang-undang, ia akan berlarutan. Kadangkala proses turun naik mahkamah menjelang tahun-tahun berikutnya, barulah remedi dicapai. Jika tiada tindakan yang diambil, maka penulis-penulis bermata keranjang ini akan terus bermaharajalela, mengambil karya orang lain atau dibelinya terus, lalu namanya tertera di atas buku tersebut. Entah di manakah maruah penulis-penulis yang sebegini agaknya? Saya berdoa agar saya dan rakan-rakan dijauhkan dari perkara sebegini, amin.

Jika dibiarkan pula, maka berlarutanlah pula penulis tersebut terus mengambil kesempatan ke atas penulis baru. Sebagai orang baru dalam dunia penulisan, saya menasihati diri saya dan rakan-rakan agar lebih berhati-hati dalam menghadapi isu sebegini. Isu penulis lama itu apabila ditanyakan kepada teman saya tersebut, dia hanya menjawab, "Saya akan tuntut di akhirat." Nah, itu satu penyataan yang keras dan sangat serius. Kisahnya ditipu oleh seseorang itu amat mendukacitakan. Cuma saya yakin apa yang berlaku itu buka dalam kesia-siaan.

Saya sendiri pernah menghadapi kes sebegitu apabila terbabit sebagai peserta yang mengambil bahagian dalam pembikinan antologi puisi. Setelah menghantarnya, agak lama tiada respon dari penyelenggara. Sudahnya, saya menelefon beliau dan bertanyakan perihal tersebut. Beliau berjanji akan menghantarnya kepada saya, tapi hingga kini tiada sebarang surat atau bungkusan yang diterima. Malah apabila bertemu dengan beliau, beliau seolah-olah melarikan diri. Jadi saya berfikir, eloklah sekiranya ada pembikinan antologi secara ramai begitu, janganlah mudah menjadi seorang penyumbang yang baik hati. Selidik dan siasat dahulu, apakah ia punya perjanjian antara kedua belah pihak? Atau apakah proses-proses yang perlu kita ketahui, bila terbit, bila ianya dilancarkan dan sebagainya. Pengalaman kedua, saya terlibat dalam pembikinan antologi cerpen, sudahnya hingga kini saya malas untuk bertanya lagi apakah saya akan dibayar atau tidak. Saya cuma ambil peringatan dan pengajaran sahaja atas apa yang berlaku.

Seperkara lagi yang saya perhatikan adalah perjanjian yang ditandatangai oleh penulis sebenarnya adalah suatu yang bersifat mandatori. Penulis tidak punya pilihan melainkan menandatangi atau karya tersebut tidak akan diterbitkan. Berbeza dengan penulis di luar negara yang punya 'suara' untuk mempertikaikan dan mengubah perjanjian tersebut agar kedua-dua belah pihak mencapai kata sepakat dan berpuashati. Banyaklah cerita penulis diperkotak-katikan oleh penulis lama atau dipermainkan oleh penerbit. Panjang sangat kalau hendak bercerita. Sudahnya yang menjadi mangsa adalah penulis, terpaksa menurut gerak dan arah angin yang bertiup. Maka sebab itulah tidak hairan kenapa ramai penulis generasi baru mengambil langkah untuk menerbitkan sendiri karya. Dan saya kira itu satu perkembangan yang bagus meski dalam peratusan yang masih kecil.

Apa-apa hal pun, penulis mesti mengambil tahu akan hak-hak dirinya sebagai seorang penulis, dari segi royalti (penulis berhak untuk mengetahuinya), dari segi undang-undang dan prosesnya dan sebagainya yang berkaitan dengan hak-hak dirinya. Ada juga maklumat terbaru yang mencecah ke telinga saya bahawa ada penerbit akan mengikat penulisnya dari menulis dengan penerbit lain, ah, betapa tidak profesionalnya....
---------------
Untuk semak sekiranya mempunyai saman kenderaan atau tidak, sila klik semak saman.

12 comments:

Rozlan Mohamed Noor (RMN) 2:02 AM  

Tidak dinafikan hal ini wujud berlaku malah ada ketika seakan berleluasa. Namun, harus diingat segala kepincangan selalu datangnya daripada faktor manusia itu sendiri. Sedang proses dan prosedur yang dirangkasusun kemas terikat pada kontrak dan perjanjian.

Penulis memang wajar mengambil pendekatan proaktif. Mengusul dan giat memperhalusi setiap proses dalam penerbitan.

Jika karya kita tidak tersiar dan tidak diterbitkan, tidaklah menjadi masalah besar. tetapi jika terbit dan diperbanyakkan untuk manfaat penerbit (tanpa kontrak yang sah) ini sudah menjadi satu hal serius.

Tindakan harus diambil, yang hak tetap menjadi hak.

Satu perkara lagi, berkenaan kontrak perjanjian dalam perkara perkongsian / antologi sering saja kita temui berkonflik dengan beberapa masalah. Berbza dengan karya asli tunggal milik seseorang pengarang.

Asam garam dalam dunia penulisan kadang2 boleh membunuh kreativti. bukan?

Cikgooden ...(Selumbar Emas). 9:54 AM  

salam bro!...sabaq la.kalau kita suka dgn jalan yg dipilih, jgn U-turn lagi..selagi tak capai apa yg kita nak...

aku juga masih lagi berjuang...belum dapat lagi apa yg aku nak!

kangaq,  11:02 PM  

Oh.. aaa... ummm...
.
.
.
Aku tak ada rekod saman! Yippa!

Anonymous,  1:37 PM  

... Saudaraku SF !!!! Nyis di sini..!!! Syukur terjumpa blog ni. Ini namanya takdir. Takziah dan Al-fatihah untuk Pak Ngah. Selamat pengantin baru (lama?) Minta ampun lama tak kontek. ==>> pactus@hotmail.com

puteri 1:04 PM  

bila lah boleh menjadi seorang penulis... (yang dikenali....)

Syarifah Salha Syed Ahmad 4:00 PM  

Salam. Betul tu abang Ngah. Memang perkara sebegini berlaku. Terutama kepada penulis muda yang kurang faham dan tak tahu apa-apa. Nak kata penerbit ni tak cerdik, payah juga. Barangkali sebab terlalu cerdik, sanggup mempermainkan golongan penulis yang kurang faham. Kebanyakan mereka yang menganiaya golongan penulis ini pula adalah golongan cerdik pandai. Bersabar jelah.

Ryuzaki "L" The KiD 4:14 PM  

Sememangnya perkara sebegini berlaku. Hmm..

ahadancoach 10:04 AM  

Jgn risau beb jenis manusia begini mmg ada dimana-mana apa kata kita bagi panggilan org begini sebagai "MANUSIA LANGAU"....

jeff 10:05 AM  

bro .. saya minta maaf atas segala salah silap, penulisan mahupun perbuatan. selamat hari raya : )

Ainin Naufal 11:00 PM  

selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

Balik beraya mana dulu?

Duit raya bila nak kasi ni? dah lama tunggu tau.

Anonymous,  3:46 AM  

ha... panas jg N3 adik kali ni. satu pihak panas telinga, satu pihak lagi panas hati!
1 yg kita lihat dalam senario penulis & penerbit : KARYA TERBIT DULU BARU SIGN PERJANJIAN. perjanjian pula dibikin penerbit? ha... yg empunya karya? pasrah... sign sajalah... nak buat apa lagi? karya sudah bergerak di pasaran dari tangan ke tangan, kekadang penulis tak tengok lagi masa tu. & 1 hal lagi, hak cipta! terus dimiliki penerbit. sebenarnya sapa yg cipta karya tu? penulis/ penerbit ya? penulis lagilah yg rugi jk 1 masa nanti ada pihak lain mahu mengadaptasi karyanya ke saluran lain.
wallahhualam... redha jele...

k ila

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP