Saturday, August 02, 2008

Tunas Cipta Kembali Bertunas

Berita ini disedut dari laman web DBP
MARI BERKARYA UNTUK TUNAS CIPTA

Tunas Cipta majalah sastera untuk remaja terbitan baru Dewan Bahasa dan Pustaka,yang berkonsepkan karya kreatif akan diterbitkan sebagai wadah bagi penulis- penulis baru tanah air berkarya. Sidang Editor majalah Tunas Cipta mempelawa penulis-penulis baru/remaja untuk menghantar karya cerpen, puisi (lama dan baru) drama/ teater, rencana sastera, dan aktiviti sastera remaja kepada:

Puan Padilah Haji Ali (Ketua Editor)
(padilah@dbp.gov.my)

Puan Noraini Abd. Hamid (Editor)
noraini3@dbp.gov.my)

Puan Nazira Mohd Noor (Penolong Editor)
nazira@dbp.gov.my)

Hah, dok berjampi apa lama sangat tu depan PC, kasi hantar cepat2lah kepada mereka!Syukurlah kita semua, dengan adanya majalah yang mencungkil bakat remaja dalam penulisan ini, dapatlah mempastikan kesinambungan dunia sastera dan penulisan tanah air. Cuma harap pihak Dawama dapat memasarkannya dengan baik, begitu juga dengan DBP. Kalau majalah DBP ada di gerai2 tertentu dan tidak meluas, cerah masa hadapan nak kena bungkus majalah DBP ni. Bawa2lah ke pasaran yang lebuh meluas supaya karya para sasterawan kita dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat. Jangan dok terhimbau sangat dengan kenangan kecemerlangan DBP yang lalu. Dekad itu sudah berlalu, nah, bila lagi mahu mengulangi dekad yang cemerlang itu? (Kali ini, tak mahu sorok2, tanya terus saja). Bukan tak terima kasih tapi sudah sampai masanya DBP memperbaiki banyak sudut agar tidak hanya menjadi patung lambang kemegahan tanah air sebagai pejuang bahasa. Harap Tunas Cipta tidak patah tengkuk lagi!

5 comments:

Ainin Naufal 9:58 PM  

semalam masa aku tengah kalut mencari Kangaq, aku terserempak dengan Kak Sham PNM. hehehe

cikgooden 4:41 PM  

sudah melawat ke gemala kasturi...hebat bro!..(teringin nak joint sekali)
ahakkksss

CRAZY BEAUTIFUL88 11:49 AM  

salam, masa sekolah lu minat gak menda ni tapi sejak ader anak ni baru nak menaip diaorang pun sibuk nak menaip gak

puteri 2:19 PM  

tq.. tgh send emel.. =)

ahadancoach 8:35 AM  

Caya lah beb...camana pengalaman lu berbual ngan s amin shahab ye lah kan selama ne kita asik dok dengor nama dan hasil cipta dia aje ne kali lu ngan dia ..itu satu pengalaman

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP