Sunday, August 31, 2008

Serunaiku Menjerit DI MPH Mid Valley


Janice (baju merah) & Alicia (pegang beg)


30.8.08 (2.15 petang)

Jam 1 ptg aku sudah berada di Mid Valley, sempena majlis sesi ramah mesra bersama audiens yang hadir. Ya, hampir 10 ribu keihatan mereka yang menhampiri pojok yang diberikan oleh MPH untuk penulis2 Melayu, aku sangka di tengah2 MPH. Dey, kenapa itu macam? Kalau penulis dari luar, diberikan di tengah2 laman MPH, tapi penulis tempatan hanya di pojok tersorok sahaja. Tapi tidak menmengapa majlis tetap berjalan dengan kehadiran adik-adik yang berada di bangku. Ternyata fikiranku cepat meresap suasana yang ada dan cepat-cepat aku melepaskan 'jiwa' kanak-kanak untuk menyesuaikan dengan keadaan. Tapi aku bersyukur kerana tempat duduk di hadapanku tidaklah kosong walaupun hanyak kanak-kanak yang hadir.


Terima kasih kepada Ikram dari PTS kerana menjadi pemudahcara yang sangat berkesan (aku tengok sudah macam jual ubat pun ada mamat tu ... tapi aku kagum dengan kepetahannya bercakap). Sebelum itu aku melepak dengan sdr Zamri yang turut memberikan sesi bercakapnya selepas aku. Oleh kerana adik-adik yang hadir, maka pengendalian aku otomatik menjadi seperti kanak-kanak. Mula-mula kelabu juga nak cakap apa tapi aku andaikan sahaja bahawa ini adalah suatu pengalaman yang dapat aku timba utk hari depan pula. Aku berseronok sahaja, main serunai, buat kuiz ejaan, suruh budak2 nyanyi dan buku diberikan secara percuma kepada mereka. Dua orang adik kecil Alicia dan Janice menunggu hinggalah sesi itu tamat, terima kasih aku kepada duanya dan seorang lagi Darren yang hadir bersama keluarganya. Mana ya pergi budak2 Melayu?

Paling seronok, aku dapat hentam tiup serunai di dalam MPH yang gah itu, apa-apa aku katakan agar menyaman PTS sekiranya tiupan serunai aku menganggu pengunjung lain. Hehehe ...


Lagi kisah di blog Zamri

p/s: Terima kasih pada PTS & MPH!

18 comments:

cikgooden 12:19 AM  

paham pulak budak2 tu baca ayat fiksyen kau?...Tapi takpe...yg penting sora serunai mengaum diMPH tu...kalau saja2 nak tiup..tobat kena baling kasut...

kangaq,  12:04 PM  

Bravo!

Serunai Faqir aka SF 12:35 PM  

Cigu Deen - Hehehe, apa2 hal aku suruh PTS settle je

Kangaq - tunggu giliran hang pulak!

Bunnybaby,  1:05 PM  

Selamat beribadah di bulan Ramadhan al-mubarak :-)

Ainin Naufal 5:58 PM  

bagus kan idea tu? hehehe.

s.c.h.u.l.t 11:53 PM  

wah! sayangnyer weekends ini terlalu bz dikampung..klo tak msti dh angkut mane2 manusia utk turun MPH..

kapasitorianz pn ley gak kan abg sf? huhu

puteri 12:22 AM  

serunai abg sf bukan menjerit
tapi bernyanyi
=)

gayour 9:03 AM  

tahniah atas kelahiran DEWANAGGA SAKTI!
mengucapkan tanhiah, selamat datang ramadhan atau selamat berpuasa pada sobat2 adalah antara amalan yang digalakkan oleh agama kita.

lantas guapun mengucapkan selamat berpuasa pada lu!

sf,  9:20 AM  

BB - Selamat berpuasa juga kpd kamu.

AN - Ya, bagus sekali

Syud - Insya-Allah akan ada lagi, hangkut satu lori nanti tau ... hehehe

Puteri - aiseh, best lah putri ni

Gayour - Yo bro ... sama2 kita

blackpurple @ jowopinter 11:23 AM  

Kalau datang MPH di MV hari itu, mesti dapat jumpa. :)

Bukonan opo dino iki? :D

jeff 11:31 PM  

nak tulis bravo org lain dah tulis pulak. tapi aku kena tulis gak ..

so ..

Gua Caya Lu Brader!

Anonymous,  2:49 AM  

wa, bagus2. cepat popular.


~zalisamaz~

sf,  10:59 AM  

Kak Za - aminnnn

jeff - terima kasih bro!

JP - Insya-Allah jumpa nanti

zulkhair 8:52 AM  

Serunai tak perlu menjerit2 atau terjerit2. Bunyi macam biasa pun orang lain boleh dengar, lagi syok. TAHNIAH!

ahadancoach 11:50 AM  

heheeh biasa beb..klu melayan budak2 ne..gua dah hampir 3 tahun melayan budak-budak bila program motivasi yg gua kendalikan....cubayangkan kita nak cerita pasal berfikir di luar kotak pemikiran mengikut perspektif umur 10-12.....apa-apa hal pun teruskan perjuangan

Serunai Faqir aka SF 2:43 PM  

Zulkhair - jerit indah namanya tu ...

bro ahadan - Hehehe cari pengalaman namanya tu

TUNTUNG LANG 4:30 PM  

salam saudara. saya adalah antara penulis muda yang baru merangkak di sarawak yang sebelum ini selalu mengikuti jejak saudara. Bukan apa, atas dasar minat yang mendalam dalam bidang sastera. tetapi baru 2 3 bulan ini saya mula menghasilkan karya yang berbentuk cerpen. malah bentuk penulisan saya adalah lebih kepada pergolakan masyarakat dalam menilai erti kemerdekaan. Amat berbesar hati saya untuk menimba ilmu dari saudara. Sekian. Terima kasih. dr_yakin@yahoo.com

Ryuzaki "L" The KiD 4:16 PM  

Wah! tahniah bro, walau x seberapa dilayan seperti penulis luar negara, dah ada majlis sepert tu pun jadilah!

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP