Wednesday, August 20, 2008

Pesanan

Sentiasa dalam penulisan ini, aku teringat akan kata-kata guruku, "Jangan kau tuliskan sesuatu melainkan yang kau inginkan terbaca di padang mahsyar." Selalu sahaja pepatah Arab yang diperturunkan itu meruntun aku ketika menulis. Kadangkala terasa ngeri apabila ia melintas di benak. Terbaharu, aku disuakan lagi dengan pesanan, katanya, "Tulisan kau akan sentiasa hidup, meskipun engkau telah mati.

13 comments:

cikgooden 1:19 AM  

jangan pulak kau mati tanpa sempat kau tulis apa apa yang dapat dikenang sesudah kau mati.

wey...tukaq topik la.

tegezoot 10:24 PM  

biar tulisanmu jadi ilmu yg bermanfaat

Bunnybaby 8:55 AM  

Salam.

Berkenaan novel "The Alchemist", sudah lama saya menandakannya sebagai "To Read" dan "Wish List" dalam rak buku Shelfari & GoodReads saya. Beberapa kali membeleknya di MPH pun, hati masih belum terbuka hendak membacanya.

Sama seperti penulisan kita yang akan dibacakan di Padang Mahsyar, begitu jugalah pendekatan yang saya ambil terhadap buku-buku yang hendak dibaca ketika ini. Nantilah, mungkin semasa cuti panjang saya akan sewa saja buku ini dari Book-A-licious.

blackpurple @ jowopinter 11:56 AM  

Berat tanggungjawap sebagi penulis. Hmmm....

Serunai Faqir aka SF 12:03 PM  

Ya, cik Jowo, itu termasuklah penulis blog juga ...

ideamenulis 12:20 PM  

Inilah falsafah menulis yang mesti dihadam oleh setiap penulis. Penulis tidak semudah tulis 'nama atas batu'!

Serunai Faqir aka SF 12:24 PM  

Ya, zul, begitulah kira-kiranya ... tanggung dan jawab ... mana satu tanggung, bila pula nak jawab tu nanti ...

Rozlan Mohamed Noor (RMN) 4:22 PM  

Ada juga yang kata, "aku tanggung, kau jawab!"

Anonymous,  6:12 PM  

Macam mana tu? Heheheh sendiri mau ingatlah tu ...

sf

Anonymous,  6:12 PM  

BB - baca, tiada apa-apa kesalahan kan?

sf

Bunnybaby,  8:26 PM  

Memang tiada kesalahan, selagi iman di hati kuat bertahan. Cuma saya dah agak lenguh membaca buku dan menonton karya yang diselitkan unsur kristianiti. Dulu-dulu saya memang suka meneroka. Malah filem Stigmata yang amat tebal ciri Kristianiti itu pun, saya tidak gusar menontonnya.

Nantilah saya tuliskan entri di blog saya, mengapa akhirnya saya kurang berminat (dan mungkin juga sudah letih) menongkah pemikiran Barat.

Anonymous,  10:32 PM  

BB - saya jemput ke mandala resensi utk melihat resensi terbaru - jauh lebih enak untuk dinikmati dari filem2 barat yang penuh dengan kesan khas.

sf

Anonymous,  3:23 AM  

Diese Mitteilung, ist))) unvergleichlich levitra generika cialis online apotheke [url=http//t7-isis.org]viagra rezeptfrei spanien[/url]

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP