Saturday, August 09, 2008

Majlis Pesta Buku Selangor - 2/8/08

Hampir seminggu aku menyimpan gambar2 yang diambil, menanti gambar2 dan artikel kawan disiar dahulu. Lewat petang itu, majlis bermula dengan lancar. Alif sebagai pemudahcara, dan rakan2 lain seperti Alif Redzuan, Nuriazam, Ainin Naufal, Faisal. Seronok juga bila berhadapan dengan adik-adik dari sekolah (tak ingat nama sekolah, tapi dari Sabak Bernam). Bersama-sama kami dalam suasana ceria, dalam bersahaja Alif memperkenalkan kami dengan pertandingan yang menyeronokkan. Walhal adik-adik itu tak kenal pun kami siapa, penuliskah, apakah sebelum ini. :)

Yang penting, majlis-majlis sebegini dapat memperkenalkan penulis. Aku sendiri seronok kalau ada majlis begini sebab dapat jumpa kawan-kawan penulis lain. Ada juga yang kita kenal, cuma nama, ada yang kita kenal, tapi tak berani bersembang. Pelbagai ragamlah. Hari sabtu tersebut, orang tidaklah begitu ramai, tidak seperti pesta buku di pwtc yang lepas. Lebih ramai dan seronok. Entah bila lagi agaknya dapat berjumpa dengan rakan-rakan penulis yang lain agaknya.


berita dari blog lain:
Ainin Naufal
Kangaq
Ariyatna

4 comments:

cikgooden 10:14 PM  

bila buleh jamming sekali...
pi jengok blog aku sat!

Rasha_rz 9:16 PM  

bestnya, sayang kak ila tak ada kan? lain kali kita plan awal2 ok?

ahadancoach 10:40 PM  

caya beb, teruskan usaha ....bak kata pepatah usaha tangga kejayaan...

Shazmiey NSMY 10:49 PM  

org tak ramai sebab saya takde kat situ.. huhuhu.. kenapakah??? dah kenal abg sf kt kapasitor, tp xsempat berjumpa kt shah alam.. padahal tu la tmpt lepak saya (PKNS) esp time2 pesta buku camni... kerugian yg besar tuh.. mesti bangga gila leh jumpa ngn penulis2 pro.. ah! rasa menyesal masih tak habis lagi.. nak balik shah alam!!!

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP