Wednesday, August 13, 2008

Macam-macam

Semalam aku terdengar berita dari macam2 sumber

1. Siapakah penerbit yang bakal menerbitkan adaptasi novel Sang Raja Jin? Novel yang telah diulang cetak tiga kali di Indonesia.

2. Novel sambungan Rahsia Agenda Alam Hitam II akan berada di pasaran, bilakah ia akan terbit?

3. Tahukah anda bahawa Alaf21 akan menerbitkan novel2 yang serius selain dari cinta melankolia? Dan sebagai buktinya Azizi Hj Abdullah, Shahnon Ahmad, Aminah Mokhtar telah menerbitkan novel dgn mereka. Karya Shanon adalah yang lama, manakala Azizi dan Aminah adalah karya baru.

4. Pekan Ilmu adalah sebuah penerbit yang berani menerbitkan novel yang luarbiasa, contohnya Rahsia Agenda Alam Hitam adalah novel yang telah ditolak oleh beberapa penerbit besar. Namun sehingga kini Pekan Ilmu tidak mempunyai laman web?

5. Tahukah anda entah berapa banyak judul yang terbit kesan dari ayat2 cinta? Contohnya : Hidayah Cinta, Syahadat Cinta, Zikir-Zikir Cinta, Warkah Cinta Berbau Syurga, Sajadah Cinta dan banyak lagi. Boleh lakukah novel2 ini, kalau dikira semacam 'peniru' selepas ayat-ayat cinta?

6. Buku2 dan majalah DBP tidak sampai kepada orang ramai kerana tidak dipasarkan dengan baik, tapi mutakhir ini kita dapat melihat jugalah beberapa tajuk sudah mulai terselit di celah-celah pusat buku yang besar seperti MPH, Kinokuniya dan sebagainya. Apakah ini sebagai satu petanda bahawa DBP akan bangkit kembali seperti dahulu untuk menjadi wira dalam memperjuangkan sastera?

7. Kenapakah penerbit di sini tidak berani menerbitkan karya-karya yang dianggap terlaku sufi dan mistik? Apakah masyarakat kita tidak mampu untuk menghadami karya-karya sebegitu?

6 comments:

cikgooden 10:27 AM  

cuba letak tajuk...kegelisahan ranjang...mistik ghairah...atau tersungkur di birai ranjang...ke..ke..ke..Pasti sold-out..

deyyyy, machaaa...mana buku kau?aku nak beli la..

Shazmiey NSMY 7:55 PM  

alaf21 terlalu byk/popular dengan citer melankolia tp ada dua orang penulis tetap alaf21 yg sy kagum yg langsung xguna tema cinta melankolia ni:: ramlee awang murshid=seram, adventure dan thriller dan Azlina nordin=sci-fi, sejarah.. love them both so much...

ada peniru ayat2 cinta? huh? apakah?

mmg betul buku2 dan majalah DBP amat sukar diperolehi di kedai buku biasa kalau bukan pengedar2 buku yng macam xde org nk masuk... ehm, tp cam abg sf katakan... skang ni ada sket2 kt MPH, etc...

inamarjanaulfah 10:29 PM  

salam sdr serunai fakir, maaf saya mencelah di sini. saya tidak pasti adakah sdr serunai fakir yg dimaksudkan kak zamidah (KEPEZI)penulis drama radio & novelis itu. Kak Zamidah beriya-iya mencadangkan saya menghantar email kpd sdr. Tetapi kak zamidah tiada alamat email sdr. Katanya KEPEZI sedang kumpulkan cerpen utk diterbitkan. Jika sdr orang yang dimaksudkan, mohon email kpd saya (inamarjana@yahoo.com) atau sdr sertakan email di sini.

tegezoot 1:03 PM  

'Bercakap Dgn Jin' Tamar Jalis kalau buat filem memang meletup!

ahadancoach 1:52 PM  

gua rasa mereka bukan tidak berani tapi mereka tak faham apa maksud yg tersurat disebalik yang tersirat...mereka cuma tahu ckp tapi tak mendalami. Dalam Kursus dipanggil NATO= No Action Talk Only

s.c.h.u.l.t 3:55 PM  

no.5~~

rasanya xsalah kot buku2 sebegitu muncul selama AAC~~

sbb sy suke!! hehee

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP