Thursday, August 07, 2008

Kelahiran

Sungguh entah berapa lama menghantar karya ke Dewan Sastera, aku sendiri tidak ingat. Namun inilah kali pertama ia muncul setelah lebih kurang 2 tahun menanti. Karya ini pun dihantar pada bulan Mac tahun. Pun begitu, aku bersyukur kerana bukan mudah bagi karya aku untuk menembusi di situ. Alhamdulillah.

Dan takdir juga membawa novel LSI ke dalam DS bulan ini. Ia telah diresensi oleh Saira Salim. Aku tersenyum bersyukur melihat DS bulan ini. Semua atas kehendak Dia. Dan doakanlah juga akan terbitan kumpulan cerpen "Mencari Gayung" ke DBP. Bila akan terbit aku tidak pasti, yang pastinya aku hanya menunggu sahaja bilakah ia akan dilahirkan ke dunia sastera. Terima kasih kepada DBP dan yang membantu aku menggerakkan karya-karya di sana. Terima kasih daun keladi.

4 comments:

super lotto numbers 5:31 PM  

that doesn't happen everyday. wish you all the best.

Serunai Faqir aka SF 6:12 PM  

lotto? Mcam toto saja?

cikgooden 9:51 AM  

macam mana nak dapat buku lagukan senandung tu?...tajuk dia pun aku konfius bro!, lagukan senandung itu @ senandungkan lagu itu@ atau ...senandung rakyat?..(sori bro!)

Rasha_rz 11:57 PM  

tahniah dik. ini nak gi cari ni.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP