Sunday, June 15, 2008

Majlis Ramah Mesra Bersama Penulis 14.6.08

Sehari sebelum majlis, aku terpandang aktiviti di blog sdr Nisah, dalam fikiran elok juga aku pergi. Dan memang kebiasaan pagi sabtu, aku memang hantar orang rumah aku bekerja di KL. Terus sahaja aku melencong ke perpustakaan negara yang gah itu. Tepat jam 10 aku menerobos masuk ke tingkat 1, meninjau-ninjau adakah majlis sudah bermula, ternyata hanya separuh sahaja yang memenuhi kerusi di dewan itu. Melihatkan Nisah masih menikmati sarapan pagi dengan pegawai perpustakaan, aku berbual dahulu dengan suami Nisah. Kelihatan sdr Salina Ibrahim juga turut dijemput untuk memberi bercakap pada pagi itu.

Teringatkan aku akan audiens yang hadir itu, seperti yang tertera di blob Ibnu Al-Kurawi (dia memetik kata-kata Nazmi Yaakob) – ‘sasterawan tak ramai kawan.’ Ya tidak syak lagi, sedangkan majlis yang dirasmikan oleh Pak Samad pun tidak mendatangkan impak yang besar pada majlis besar. Ah, aku biarkan sahaja. Memang itulah jumlah yang hadir di majlis-majlis sastera.

Lebih kurang jam 9.30 pagi, majlis bermula dengan bicara dan madah yang dilemparkan oleh pengerusi majlis. Tiba-tiba aku lihat, hanya dua baris di hadapan sahaja yang kosong. Dalam hati aku berkata, ‘ini yang tak gemar.’ Tapi aku tahankan hati, duduk di barisan kedua, dan akhirnya aku di hadapan sekali.

Majlis yang bermula itu dibuka oleh celoteh dan bicara Nisah yang panjang. Fuh, dalam hati aku berkata, ‘sah-sah peguam dia ini’. Hampir setengah jam, Nisah memperihalkan serba sedikit pengalaman dan kenangan beliau semasa kecil, bagaimana bermulanya minat membaca, menulis dan cabaran seorang wanita yang berumahtangga dalam meladeni tugas sebagai isteri, ibu dan juga penulis. Termenung aku seketika, boleh aku jadi seperti ini? Ternyata sangat mencabar tapi yang menarik minat aku adalah apabila dia bertanyakan hadirin tentang berapa jumlah Sasterawan Negara (SN). Aku jadi terkedu, tiba-tiba ada ‘awan’ menerawang di kepala, berapa hah? Sambil itu aku berdoa, jangalah aku ditanya oleh Nisah tentang itu, aku sendiri pun baru tahu bahawa negara ini kita punya 9 orang SN. Aku jadi malu sendiri kerana tak pernah ambil pusing tentang perkara itu.

Selain itu, beliau mengupas tentang peri pentingnya untuk membaca karya-karya mereka. Bercerita tentang ini, aku fikir dengan peluh berpangkal di dahi untuk menyudahkan kumpulan cerpen SN Arenawati, Ombak Samudera. Diri seakan terdera untuk meguliti zaman yang dilalui oleh SN tersebut, cuma aku bersetuju seperti kata Nisah, ia bagaikan jendela untuk diintai dan ditilik akan pengalaman mereka di waktu itu. Aku semacam mabuk laut apabila membaca Ombak Samudera. Dan kata-kata Pak Ungku Aziz diungkapkan, “jangan biarkan buku itu dara.” Hah, yang ini menarik, ada sesuatu yang aku belajar dari frasa tersebut. Seterusnya, beliau menekankan tentang bahan bacaan kita yang dimamah. Kata beliau, “Tulisan berkualiti datang dari bahan bacaan yang berkualiti (macam jus oren, diumpamakan beliau). Dan yang paling berkesan adalah frasa yang menyebut, “Kita adalah apa yang kita baca.”

Sesudah itu, sdr Salina Ibrahim pula mengambil tempat setelah hampir setengah jam mendengar bicara Nisah. Beliau turut mengisahkan tentang pengalaman dan kenangan beliau sewaktu kecil dahulu, bagaimana mempunyai bapa yang sangat memahami kehendak anak-anak. Walaupun kata beliau, “bapa saya tidak berapa fasih membaca.” Jadilah beliau sebagai ‘mangsa’ untuk menulis diari bapanya tanpa bergaji.

Bagaimana kisah beliau menjadi anak tunggal perempuan dalam famili turut memberi kesan langsung apabila sesetengah acara adik-beradik beliau yang lelaki melakukan aktiviti yang tidak dapat dilakukannya. Ketika itulah beliau didatangi ilham menggesa beliau untuk menjadikan buku sebagai teman. Selain itu beliau menerangkan lagi faktor sekelling sewaktu di asrama dahulu memnyebabkan beliau terkena ‘getah’ untuk menulis hinggalah kini. Namun akur akan ketetapan sebagai editor majalah Nur yang sibuk, beliau seakan-akan hilang taring untuk menulis.

Lalu diri digugah dengan menggatalkan diri untuk mengambil kerja menulis cerpen bersiri di akhbar utusan. Barulah desakan itu menhentak jiwa untuk mengambil tangguhjawab menulis semula setelah mengisytiharkan untuk tidak menulis lagi semasa majlis perkumpulan penulis di Bogor. Di Bogor sahaja, beliau diasak dengan kata-kata dan ‘buah’ aksara yang menyebabkan beliau menarik balik kata-kata untuk tidak menulis. Yah teruskan menulis!

Sambil-sambil mengambil gambar itu, aku teringat akan pesan guruku, yang sangat mengesankan hati dan memikul tanggungjawab sebagai seorang penulis. Kata guruku, “Jangan tuliskan sesuatu pun kecuali yang mahu dibacakan di padanng Mashsyar.” Wah, berat itu! Kawan-kawan penulis bagaimana, dan itu termasuklah juga penulis blog atau penulis apa sahaja, juga penulis surat cinta dan banyak macma lagi penulis itu dan ini.

. : )

9 comments:

Abang Long 11:30 PM  

Salam hormat wahai saudaraku.

“Jangan tuliskan sesuatu pun kecuali yang mahu dibacakan di padanng Mashsyar.” Ini termasuk tulisan di dalam blog, tentunya.

kak ila,  12:51 PM  

amboi... dapat bergambar dengan c fu! tak takut ke, c fu tanya pasal keberhasilan dalam penulisan? kak ila takut soalan macam tu. sebab sampai sekarang tak berjaya2 pun lagi.

Blog Rasmi Motivasi Minda 3:59 AM  

sasterawan tak ramai kawan ta[i ramai pengagum dan pencintanya.

ZAMRI MOHAMAD

hanisah 10:47 AM  

jgn biarkan buku dara = huargh... banyak buku kat rumah aku masih dara. huhuhu
jgn menulis kecuali yang mahu dibacakan di padang Mahsyar. Hm, nak menulis, kena betulkan niat menulis dulu. berat juga nih. salam

ghafirah 12:24 PM  

abg SF, tahniah menang besar HSKU'07..

kak ila,  10:36 PM  

tahniah dik. teruslah berusaha demi seni. hidup sastera untuk bangsa.

Anonymous,  10:55 AM  

tak terlewat utk ucapkan selamat datang ke PNM.
Pengacara itu bos saya & sy sendiri tak mahu buku 'tawarikh cinta' dr nisah harun ini 'dara' di atas meja... Selamat berkarya.

Bunnybaby 10:01 AM  

Salam.

Terima kasih atas mutiara kata yang amat berguna dan mendalam maksudnya (penulisan-padang Mahsyar, dan jus oren).

puteri 1:19 PM  

14 jun besday puteri! =)

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP