Sunday, June 22, 2008

HSKU 2007 - 20 Jun 2008

Tanggal 20 Jun semalam, bagaikan kenangan manis majlis HSKU mengimbau pertama kali aku mengambil dua hadiah saguhati pada 2006 dalam kategori cerpen umum dan remaja; dan malam semalam adalah kali yang kedua naik ke podium mengambil hadiah dalam katogeri yang sama. Syukur aku kepada Dia yang membenarkan segala ini bisa terjadi. Seperti tahun yang lepas, kali ini majlis HSKU-Exxon Mobil diadakan di suatu lokasi yang menjadi tumpuan manusia di kota ini; Hotel Crowne Plaza Mutiara – Jalan Sultan Ismail. Aku jadi bingung seketika mencari jalan ke tempat yang sesak itu. Alhamdulillah, sampai juga ke sana. Kami tiba agak awal, 45 minit dari waktu yang dijangkakan bermula. Sambil itu telefon selular aku diterjahi oleh jerit suara yang memaparkan nama W.B. Rendra. Aku senyum dan mengatakan bahawa aku menunggunya di lobi.

Nazwan, WB Rendra, Tie Camar & SF

Selesai bersolat Maghrib, mata aku mula mencuri kelibat otai-otai dalam dunia sastera. A. Samad Said dan isterinya, Dr. Lim Swee Tin dll. Sambil-sambil rakan-rakan seperti Nazwan, Tie Camar, WB Rendra leka berbual-bual dan aku… sibuk menghabiskan kerepak dan kacang percuma yang disediakan. Hampir jam 9 barulah majlis bermula, lari benar dair jadual yang tertera di dalam buku cenderamata.

Memang beginilah setiap kali mana-mana majlis yang diadakan, masa bagaikan tidak begitu bernila pada sesetengah orang. Dan begitu juga dengan ucapan yang agak panjang dari orang-orang penting menyebabkan aku sedikit kejemuan menanti saat-saat yang ditunggu – makan! Fahd Razy & WB Rendra

Sehinggakan aku dan Rendra mengatakan ucapan itu bagaikan cerpen dan puisi – cerpui! Fahd Razy hanya tersengih membaca sajak kami yang tidak menarik ini berbanding dengan sajaknya yang memenangi salah satu hadiah utama pada malam tersebut. Hehehe, jgn marah Fahd…

Cerpui

Pui pui pui

Pui pui pui

Pui pui pui

Cer cer cer

Cer cer cer

Cer cer cer

Panjangnya ucapan mereka.

Sehabis ucapan, majlis makan malam bermula, yah itu dia. Majlis sambil menghidangkan makanan, penyanyi Ferhad mengambil tempat di pentas. Dengan dua buah lagunya yang begitu asing di telinga. Ah, barangkali lagu apa itu, kukoo, kukoo – adanya puisi A Samad Said, maka dia dijemput. Tak lama kemudian, acara penyampaian hadiah pun bermula. Saru demi satu pemenang dipanggil untuk mengambil hadiah, termasuklah aku. Di akhir majlis, peyanyi popular tanah air, Siti Nurhaliza pula dijemput untuk menghiburkan para tetamu yang hadir. Siti Nurhaliza? Aku tersenyum, ah rezeki dia datang bergolek. Sementara Lutfi di sebelahku berkata, sebak, sebak, hati aku sebak. Aku senyum sahaja. SM Zakir pun cuma tersenyum. Senyuman apa, banyak sekali ini… senyuman penuh makna barangkali.

Bersama tokey Tintarona, Sdr Rozlan

Sesekali aku mengusik Rozlan, “Kenapa tak panggil orang bergendang? Kan lebih sesuai untuk majlis begini?” (Boleh promosi kumpulan aku tu…) Rozlan, “Itulah, nanti kita panggil.” Aku dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan majlis yang mengutamakan seni hiburab majlis dari estetika majlis itu sendiri. Hai... Namun yang penting, tahniah kepada semua peserta yang bertuah pada malam tersebut. Semoga sastera terus lestari sampai bila-bila. Dan sempat juga aku bersalam dengan Pak Samad dan menerima kata-kata semangat darinya, “Alhamdulillah, bagus, bagus.”

Kulit Buku Antologi Cerpen & Puisi HSKU 2007

Lagi kisah HSKU dari blog :

Nisah

13 comments:

kangaq 12:20 PM  

Haiii... macam-macam cerita tak best aku baca pasai HSKU ni. Tapi apa-apa pun, tahniah bro!

Amir Husaini 11:33 PM  

Salam saudara SF. Tahniah di atas kejayaan di dalam HSKU. Moga rezeki berlimpah-ruah selepas ini, insya-Allah.

anTusufi 7:28 AM  

Salam tahiyyat..

aku org baru yg ingin menjejak alam korg...

teruskan usaha memartabatkan agama dan bangsa..

Oraet.com 10:46 AM  

salam SF..

waaa segak nampak.. tp lain kali kasi senyum tu jelas sket aaa. hahaha..

tu tangan depan perut tu apsal? dah mula kontrol perut ker..

wehh.. bila nak ngeteh ni.. dpt hatisagu pun dah kira ok tu.

antusufi 5:49 PM  

Saya berminat dlm penulisan...boleh kita berhubung? moga mendapat tunjuk ajar

mohamadkholid 6:16 PM  

Tahniah... Tahniah... & Tahniah! Cemburu aku bro...

Wan Nor Azriq 6:54 PM  

Tahniah abang serunai faqir.Nama abang akan terus melonjak tinggi dalam arena sastera tanah air.

zawanbaba 10:44 AM  

peniup serunai,

tahniah.

RMN 5:10 PM  

Ehem..terselit pula gambar saya kat sini, dengan itu...saya juga menyedutnya ke laman saya. Jom, lihat reaksi teman2 blogger yang lain tentang majlis HSKU yang lalu di www.celikhuruf.blogspot.com

Web Sutera 9:43 PM  

Assalamualaikum. Iskandar Zulkarnain, misteri dan sarat tauladan: http://pasalbuku.blogspot.com

kak ila,  11:06 PM  

tahniah dik. hem.... dapat jumpa st ye? tapi????? entahlah. susah nak cakap. apa2 pun terima kasih juga pada urusetia majlis, meraikan kawan2 sasterawan

Ibnu Ahmad al-Kurauwi 3:27 PM  

Hang ni SF, pandai sungguh bagi istilah baru. Apa? Cerpui?

Pui
Pui
Pui
Cer
CEr
Cer

Apapun tahniah la.

al-Kurauwi

puteri 1:22 PM  

tahniah jugak!!

yg pui, ui, cer, cer, tu...

rs mcm pnh trbc dlm suatu sajak kot.. xpun cerpen..

xslh psl burung yg tgh trbang..

cer, cer, cer.. burung tu brbunyi (kononnya)..hehe

maksud abg sf juga bgitukah?

atau mksudkan
cer(pen) dan pui(si)?

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP