Tuesday, May 13, 2008

aPa-ApA AjE


BOHONG kalau aku katakan tidak minat pada muzik. Sehingga saat kini, aku masih minat muzik walaupun pada dasarnya aku memainkan muzik tradisional Melayu yang lebih menjurus kepada serunai dan gendang. Tapi telinga aku masih berselera mendengar irama metal yang aku kenal sejak dulu. Hinggalah ke matrikulasi, segala jenis metal aku dengar - hinggalah sampai satu tahap aku mendengar lagu-lagu Opera. Dari rap yang diperkenalkan teman sebilik hinggalah ke balada, pop, keroncong semua aku hentam dengar. Bagi aku muzik itu suatu bahasa yang tak boleh dinilai dengan perkataan atau lirik yang dihamburkan. Ia mainan jiwa.

Mainan perasaan yang terdalam, bukan untuk diucap atau perkatakan tapi untuk dinikmati. Peduli apa kalau orang tidak suka muzik kita. Dulu pun aku tak peduli kerana meminati muzik metal, dan kini aku juga tidak peduli kalau orang tidak gemar aku bermain muzik tradisional. Yang penting masih dalam lunas-lunas dan batas yang terbendung. Begitu jugalah dengan selera pembacaan aku yang meniti dari buku fantasi (terima kasih kepada Nyis dan Pak Ngah, yang menggalakkan aku membaca dengan secara tidak langsung). Bercampur dengan mereka yang gemar membaca, aku punn terkena getahnya. Lalu aku membaca semua yang boleh dibaca. APA SAHAJA...

Jadinya salah satu pembacaan aku adalah sastera indonesia (aku tak peduli ia duduk di bawah genre apa). Aku cuba mengulati Danarto, Ayu Utami, karya Pramoedya dan sebagainya. Ada yang beratnya Tuhan sahaja yang tahu dimanakah harus saya meletakkan beban itu. Kadang-kadang terasa puas membacanya, sangat2 berbeda jika dibandingkan pembacaan di sini. Kalau orang meminati karya sasterawan itu, aku tidak minat walaupun pernah aku cuba untuk membacanya... tapi gagal. Gagal untuk 'lebur' dalam ceritanya. Walaupun begitu ada juga buku di tanah air yang mengujaka pembacaan. Nah, kalau karya2 SM Zakir, aku cepat menyeluruhinya meskipun kini sudah agak 'kendur'. Aku tak peduli orang mahu kata apa tentangnya, aku cuma mahu baca karyanya sahaja. Ah, aku fikir selagi pengkarya2 kita punyai penerbit yang agak pendiam, maka selagi itulah karya kita akan jumud sampai bila2. Kita marah kalau orang mengatakan karya2 tanah air kita agak jumud dan membosankan tapi hakikatnya kita sendiri sedar. Kata orang, 'sendiri mahu ingat'. Apa aku merapik ni daaa .... Mari kita terbit sendiri sahajalah. Kata fadli, tidak sampai seribu tinggit pun.

Aku baru lepas layan klip video ini : Kalau rasa nak layan, klik sahajalah.
Hetty Koes Endang
Stacy AF6 - Rela

Singa mengaum (bunyi seakan2 perkataan Allah)
Gendang Sarawak
p/s : Aku tak tahulah sama ada ini (gendang sarawak) sama dengan reviu novel Melati Sarawak yang ditulis oleh Mohamad Rakawi Yusof - sungguh aku tak setuju sama sekali dengan gambaran yang diberikan. Seolah-olah orang seni ini teruk sangat. Nanti aku cari novel penuhnya.

5 comments:

zalisa,  9:28 PM  

Di sini banyak pantang larangnya dik oiii.... jika mahu juga, terbit sendiri seperti kata teman mu itu

Ainin Naufal 10:45 PM  

ko mmg suka merapiklah. hahaha.

_ 6:18 PM  

مرحبا ،
واريد ان اقول لكم عن عظيم الموقع وجدت. إنهم لا يدفعون لي لقراءة البريد الالكتروني وزيارة المواقع على شبكة الانترنت وأكبر من ذلك بكثير.
انها مجانيه وسهلة للانضمام الى تسجيل الدخول! انقر فوق هذا الارتباط لزيارة :

http://www.ft-mails.com/pages/index.php?refid=chuach2008

اشترك لكسب المزيد النقدية الآن!

Serunai Faqir aka SF 2:25 PM  
This comment has been removed by the author.
Serunai Faqir aka SF 2:25 PM  

fuh merapik bahasa apahal lak ni ...hehehe

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP