Tuesday, April 29, 2008

Promosi Buku Teman2 Saya

Alhamdulillah, teman2 semakin rancak menulis dan berkarya. Ini adalah antara buku yang ada pada aku. Perlahan2 aku menyelami perasaan mereka dan cuba memahami perasaan yang dilukis melalui perkataan yang ditinta.


Kisah fantasi :
Hampir sedikit saja lagi kisa fantasi ini akan habis. Semakin ke penghujung cerita, semakin mendebarkan dan penuh dengan tandatanya. Apa kata kawan2 lain turut membaca kisah fantasi purba yang jarang dihasilkan dalam bentuk novel yang panjang. Menurut penulisnya, kisah sambungannya akan diterbitkan selepas ini. Bagaimanapun tahniah kepada sdr Kangaq.

Ini pula kisah sains fantasi (emmm ...) kisah manusia di alam akan datang, ketika pesta buku yang baru-baru, tidak cukup untuk membeli. Maka, terpaksalah aku cari di kedai nant. Apa-apa hal pun ini kisah menarik bagi penggemar kisah sains fiksyen dan fantasi yang komplikated dan 'keras'. Fadli Al-Akiti ...

Kisah masyarakat :

Sudah baca permulaan cerita. Kisah seputar kebobrokan yang berlaku dalam masyarakat kita, amat menyakitkan hati. Lantaran itu institusi manakah yang harus bertanggungjawab? Kisah yang berlaku dalam masyarakat yang harus dijadikan tauladan. Penulis yang banyak menghasilkan tulisan di masakini, cuma kebelakangan ini sahaja menyepi, dengar cerita tengah menyiapkan manuskrip lagi ...hehehe. Kak Zalisalah orangnya ...Terima kasih juga atas hadiah perkahwinan. : )


Lagi kisah masyarakat :

Beberapa helaian pertamanya menyebabkan aku terkedu untuk seketika, tahniah kepada penulis dan JS yang berani mengangkat isu yang sedikit berbeza dari yang biasa. Orang kita sudah sampai masanya untuk membaca cerita yang berat2 begini, dan jangan pandang pada kulit buku luarnya. Bagaimanapun saya tengah menyudahkan pembacaannya, Insya-Allah selesai membacanya saya akan membuat sedikit reviu tentangnya. Hasil karya Jon Norafizan ...



Yang ini pula baru sahaja dapat dari penulisnya sebagai hadiah hari perkahwinan. Baru sehari aku dapat, jadi tak dapatlah nak beri komen apa-apa. Kalau dah siap baca, nanti aku komen ok. Terima kasih atas hadiah kau ni, halilah. Aku memang suka hadiah2 buku ni.

5 comments:

Ainin Naufal 2:38 PM  

oi, buku ni bukan hadiah kawen la. hadiah kawen yg lagi satu tuuuu. yang ni hadiah sampingan je. hahaha.

terima kasih promo buku aku kt sini.

JEFFROCKERS 10:26 AM  

wah semakin berjaya sebagai penulis buku :) teruskan !

EDITOR 11:03 AM  

buku kengkawan tu ...hehehe

Abang Long 5:30 AM  

Salam hormat wahai saudaraku SF. Mohon diberikan alamat penuh kediaman saudara. Sila hantarkan ke alamat - safmi_80@yahoo.com

TERIMA KASIH

Ebriza Aminnudin 8:54 PM  

tahniah .. dan salam kenal dari rakan penulis.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP