Monday, April 14, 2008

Pesta Buku 2008

Disebabkan gambar2 yang aku ambil semuanya tak sempat dipindahkan ke dalam laptop dan telah dipadamkan dengan lebih pantas oleh tangan2 puaka, maka aku terpaksa mencuri dengan izin (akan sms) selepas ini ... hehehe. Hampir beberapa minggu juga aku tidak bertemu rakan2, akhirnya aku mengambil keputusan untuk menghantar pesanan ringkas kepada rakan2. Antaranya Kangaq (hidungnya kembang yang amat apabila novel terbarunya dipamerkan di gerai PTS). Tapi paling membanggakan adalah kerana aku mendapatkannya secara percuma dari Kangaq (terima kasih bro ...) Terima kasih juga aku kepada Fadli Al-Akiti yang kebetulannya DBP mengadakan pelancaran buku (agaknya, tak sempat tanya - perut lapar sangat) dan kami - aku, Kangaq, Umbut dan Helmino diberi makan percuma.

Paling banyak membelasah roti jala adalah Kangaq - 3 kali lari berganti2!

Antara gambar2 yang dicuri dari blog Kangaq :-

Umbut (sebelah Fadli) membuat muka machonya kerana telah kenyang, aku pula mengangkat ibu jari kerana terpaksa berpuashati dengan roti jala dan teh o yang telah aku sebat lebih dari 4 kali! Hahaha ...

Aku menegur Kangaq - "Tak baca bismillah ka?"Sementara Fadli pula muncung kerana Kangaq telah menghabiskan semua roti jala yang sepatutnya diberikan kepadanya. Hehehe ...
-----------------------------------------------------

PROMOSI NOVEL SDR KANGAQ (ZAKI ZAINOL) "TAKLUK JAGAT" - boleh juga panggil dia abang Zek atau abang Za.


12 comments:

zaki zainol aka kangaq 1:27 PM  

hang 4 kali? lagi banyak dari aku! hahaha...
err... abg zek/abg za? geli aku weh!

Ainin Naufal 1:49 PM  

korang mmg kuat makan pooonnn!

zaki zainol aka kangaq 2:03 PM  

quote: "korang mmg kuat makan pooonnn!"

sapa ntah yg sambil menunggu buku ditandatangan oleh Fadzli al-Akiti sambil mengunyah kek?

muahaha...

Ainin Naufal 5:30 PM  

yey yey... kangaq jeles tak dapat makan kek!

Câmera Digital 3:27 PM  

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Câmera Digital, I hope you enjoy. The address is http://camera-fotografica-digital.blogspot.com. A hug.

gayour 6:15 PM  

dah la tak dapat jumpe dan bekenalan, lu makan roti jala tak ajak gua! memang nak kena tumbuk perut!

Nunn 10:50 PM  

pesta buku dah habis lain kali kalau rezeki wa jumpa lu wa mesti tegur punya....

fadz 4:27 PM  

aduh, apa ke he nye teruk muncung teman!

nampak sangat aku tengah bersedih hari tu, murung sangat sampai nampak..

oh ya, tu bukan pelancaran buku, tapi CD Dendang Si Tari Manja.. sedap2 lagunya..

Gelembai 11:59 PM  

lama sudah aku tak singgah sini. kau sihat? terima kasih kerana mengirimkan kad. tap maaf tak dapat nak hadir.

RMN 12:27 PM  

Salam ziarah daripada saya Rozlan MOhamed Noor (RMN). Teringat akan Wira Mandala Hijau apabila melihat senario ulat berautonomi di sebuah sekolah di Johor. Kongsi idea dengan saya di www.celikhuruf.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP