Monday, February 04, 2008

Al-Fatihah - Allahyarham Ahmad Zafran@Panah Arjuna

Gambar allahyarham di blognya.

Petang semalam, sejurus habis bergendang di Selayang, beberapa SMS menerpa masuk. Tertera ayat - "Panah dah meninggal dunia ..." Aku terdiam seakan tidak percaya, namun cepat2 benakku mengatakan aku perlu menziarahinya. Selang beberapa lama, Kangaq menelefon bercadang untuk ke sana. Aku katakan, "Ok, hang mai rumah aku la ni juga."

Setibanya di sana, aku tahu bahawa yasin sedang berkumandang dari dalam. Lalu aku mengambil keputusan untuk berehat seketika bersama Kangaq untuk melepaskan penat. Hampir 2 jam juga aku, Kangaq, Helmi dan Icesoul melilau mencari rumah allahyarham, tambahan sudah malam berserta dengan hujan lebat disepanjang perjalanan, bagaikan memahami situasi yang sedang berlaku. Jalan menghala ke Tampin tidaklah begitu jauh sangat. Sementara kampung arwah, Kg Kendong juga tidaklah susah untuk mencarinya.

Mereka di kawasan itu kenal arwah. Kami pun bertanya kepada pak cik yang menjual lemang di tepi jalan sahaja. Dia pantas menunjukkan kami, "Itu haaa, sebelah rumah biru tu rumah dialah."
Kami mengangguk dan segera menuju ke situ.

Tapi alhamdulillah kami redah saja. Perlahan aku dan Kangaq melihat seorang wanita datang menghampiri kami. Dapat kuagak mungkin ini ibu allahyarham. Setelah memperkenalkan diri, ibu tua ini perlahan sahaja berkata.

"Arwah tak menyusahkan orang. Dia pergi dalam tidur." Matanya kelihatan sedikit bengkak, kukira kesan dari airmata.

Aku terkesima tanpa kata-kata. Terlalu payah untuk mengeluarkan sepatah perkataan tapi hatiku terharu sekali. Meskipun aku tidaklah begitu rapat dengan arwah namun semangat kawan2 penulis itu tetap ada. Ibu tua itu terus berkata lagi, "Masa tu mak cik nak kejut dia sebab kadang-kadang lepas subuh arwah ni tertidur. Ingatkan dia belum bangun, nak kejut dia. Tengok-tengok dia dah takda."

Aku dan Kangaq membiarkan sahaja ibu arwah meluahkan perasaan. Tak berani nak mencelah. Tapi akhirnya aku meminta diri untuk ke dalam, baca yasin. Kebetulan pula ada tetamu yang datang berziarah. Kami masuk ke dalam. Sehabis yasin dan tahlil, SMS dari Kak Zalisa kuterima. Aku menjawab smsnya yang mengatakan bahawa beliau akan ke sana arwah hari ini. Kemudian kami berbual-bual sebentar dengan ibu dan abang sulong arwah sebelum bertolak balik ke KL.

"Arwah tu kuat orangnya, walaupun dalam keadaan begitu, dia tetap menulis..."

Sambil itu benakku terlintas.

"Giliran aku bila pula? Giliran kita semua bila ya?"

Berita dari blog :
Pak Latip

9 comments:

Rasha_rz 10:37 PM  

Innalillah hiwain nailla hiwarrojiun. SF, orang baik,perginya baik juga. W/p kak ila hanya mengenalinya melalui maya namun terasa hiba juga mendengar berita ini. Al-fatihah. semoga rohnya dicucuri rahmat dan pahala mengarang akan menjadi cahaya kegelapannya. Amin..........

ICe,  11:59 PM  

Salam enchik SF. terima kasih sudi tumpangkan saya hari kelmarin. Jasa baik dikenang sampai bila-bila.

Latiptalib 5:24 AM  

Salam saudara SF.

Dia telah kembali tetapi karyanya tetap hidup dan itulah salah satu amal jariahnya. al fatihah.

puteri 9:57 PM  

daripadaNya kita datang
kepadaNya kita pulang

takziah buat keluarga allayarham

Nunn 11:06 PM  

AL Fatihah...Allah lebih menyayangi hamba dia.......

Rasha_rz 11:07 AM  

sf masih berkabung barangkali. senyap seribu bahasa

puteri 2:36 PM  

salam

Bertukar alamat -->>
http://puteri88.blogspot.com/

yang benar,
puteri

Rasha_rz 12:50 AM  

hai, selama meniti detik ke gerbang bahagia ni, sf sudah seakan melupakan blognya. terbiar sepi, agaknya sukar untuk berhijrah dari bujang ke... ye? sehingga mengabaikan kebiasaannya.
hehehe, jangan marah ha?

... = berdua

Rasha_rz 12:51 AM  

hai, selama meniti detik ke gerbang bahagia ni, sf sudah seakan melupakan blognya. terbiar sepi, agaknya sukar untuk berhijrah dari bujang ke... ye? sehingga mengabaikan kebiasaannya.
hehehe, jangan marah ha?

... = berdua

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP