Monday, January 21, 2008

Susu Ibu ke Ibu Susu?

Aku dengan sahabatku ...

Apa perasaannya tiba-tiba komputer riba anda yang mempunyai segala data dan maklumat yang penting hilang begitu sahaja? Seram? Berdebar? Rasa nak makan 20 kg ais krim? Yea yea ...Nampaknya aku salah seorang yang mengalami perasaan tersebut. Biru muka aku bila komputer riba yang telah diformat semula tidak menyimpan data yang penting setelah 'dibakar' ke dalam cd. Hehehe ... Puas aku memikirkan bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini, banyak data2 berkenaan penulisan hilang begitu sahaja. Akhirnya barulah aku teringat sahabat yang memangnya handal dalam perkara ini. Pagi sabtu, aku sampai ke tempatnya.

"Kau cari susuibu.com ..."

"Wah, kacau ni Li. Mesti ramai ibu susu kat situ." Aku tergelak.

"Ala kau datang aje lah. Pejabat aku sekali dengan pejabat isteri aku, tapi aku kat bahagian belakang."

"Oh, ok, ok."

Aku tersengih bila sampai di situ. Dalam hati aku berdoa agar janganlah ramai sangat kaum ibu dalam tu. Akhirnya aku terpaksa telefon sahabatku apabila mataku segera menangkap ramai kelibat kaum ibu. Akhirnya, aku berjaya menembusi lorong2 yang dipenuhi oleh kaum ibu-ibu dengan jayanya. Setelah mengisahkan permasalahan aku, sahabatku ini mula mengetuk2 komputer ribanya dengan segala macam command yang aku langsung tak faham. Segala permasalahan berkenaan komputer riba akhirnya berjaya diselesaikan oleh sahabatku ini. Untuk pengetahuan, member aku ini merupakan bekas pekerja di Mimos. Jadi pengalamannya dan pengetahuannya tentang komputer, memang terserlah sejak dahulu. Lama juga, menurutnya data-data itu dapat dikesan semula pada cakera keras komputer riba. Alhamdulillah ... Bersyukur sangat aku, kalau tidak aku macam terkedu juga mengenangkan banyak bab yang telah ditulis seolah hilang begitu sahaja. Syukur sangat aku.

Jadi, kalau korang ada masalah apa sahaja berkenaan komputer, pemulihan data, pemasangan dan segala maknika berkenaan komputer silalah hubungi rakan aku ni (Sazli) di Sands Consulting Sdn Bhd. Insyallah harganya amat berpatutan. Emmm ...apa yang menarik pula tentang susuibu.com? Kalau nak tahu sila layari lama web mereka - susuibu.com. Sambil menunggu sahabatku menyiapkan kerjanya telingaku segera menangkap suara anak-anak kecil yang riang menyanyi dan ketawa. Setelah mereka balik, hati aku tergedik juga nak tinjau bilik yang menimbulkan keriuhan itu. Nah ini gambarnya -


Apa persepsi anda semua tentang gambar terakhir ini?

11 comments:

Anonymous,  9:58 PM  

kecut perut? hehehe.

gambar last tu, err... abstrak sgt, haku tak paham. hik...

~halilah~

blackpurple @ jowopinter 3:04 PM  

Isk! Mau pengsan kalau data dalam buku note book atau komputer hilang.....

Susuibu.com? Uniknya nama.

Gambar terakhir itu nampak seni. Sungguh!

macai_suci 5:45 PM  

hmmm....gambar yang terakhir tu pada pendapat saya mengenai dunia fantasi...ia sememangnya di lukis begitu untuk menggambarkan warna-warna fantasi kanak-kanak (he..he... penadapt saya jer)

Anonymous,  12:59 PM  

Ooo... gambar last tu? Itu huruf 'M'!
`O_o; ~kangaq

puteri 9:47 AM  

tagged dari puteri

ahadancoach 11:35 AM  

hahahaah bergantung pada persepsi kita...ini yg aku selalu katakan bila aku membuat kursus motivasi yg mana ia termasuk dlm tajuk paradigma...pandangan kita kepada dunia sekeliling kita

Puteri Cahaya 1:29 PM  

abstrak tu klau pada pu3..ader makna..biar pu3 simpan dlu makna dier

gayour 6:21 PM  

kebanyakan pelukis abstrak yang gua kenal adalah PENIPU semasa berkarya! abstrak konon!
ini bukanlah total abstrak. ia boleh jadi karya yang sengaja dibuat begini atau memang belum siap kerana pelukisnya hilang akal tak tau apa yang hendak/telah beliau buat! kita plak pandai-pandai kata ini adalah abstrak!

Zalisa Maz @ ZN Isa 8:17 AM  

Hasil tangan anak2 mmg abstrak. Kerana abstraknya itulah kita yg dewasa sukar menafsir. Ha ha ha....

tegezoot 12:09 PM  

ini hasil kerja budak2 ni!

Rasha_rz 3:13 PM  

Betul2 punya marah pelukisnya. hehehe, akak sendiri tak reti nak melukis macam tu.
Akh... masa mula baca cerita awak. ingatkan komputer hilang dicuri! rupanya data je? apalah awak ni dik. mencemaskan je.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP