Thursday, January 10, 2008

Sepanjang Perjalanan

SAYANG sekali tiada kamera yang kubawa. Tiba di Muar agak petang. Sudah lama tidak merasa masakan bonda tercinta, malam itu hampir 3 pinggang kuah masak dan kulat sisir. Pheww ... Esoknya bandar Maharani yang telah lama ditinggalkan menjadi destinasi, bersama adik, saya meronda. Ah, bandar tempat bermain banyak mengalami perubahan, entah sudah berapa lama saya tidak menyusuri bandar ini.

Malam berikutnya sengaja saya tuju ke gerai makan di hadapan mahkamah untuk menikmati air buah pear yang lazat (di KL tiada, sayang ...) sambil pekena mi bandung. Sesekali lidah angin yang bertiup lembut menjilat pipi. Lama juga saya di situ, keseorangan sambil menghulurkan umpan untuk memancing ilham. Jam menunjukkan 10.30 malam ketika saya melihat kenderaan sudah tidak banyak merayap di jalan. Terasa lapang kepala, sesekali lari dari KL, terasa tenang dan aman sekali.

------------------------
9hb - 10 di JB

Ingatkan dapat bertemu teman penulis, Ren atau Zulkhair, namun kedua-duanya begitu sibuk sekali. Tidak mengapalah.
Ketibaanku disambut meriah oleh barisan anak-anak saudara. :)
Seperti biasa, saya dibawa berjalan ke sekitar daerah itu dan pada malamnya dibawa ke Monash University kerana abang saya menyediakan katering di sana. Hari ini 1 Muharram, saya dan abang berpuasa, kebetulan hari ini hari khamis.


Petang itu kami berbuka di sebuah gerai yang cukup popular menurut abang iaitu di 'Kacang Pool Haji' berdekatan dengan Larkin Bomba. Boleh tahan masakannya. Sesiapa yang ke JB harus mencuba hidangan mereka yang agak lazat ini.

----------------
11/12 Jan
Malam tadi bersama dengan penulis, John Norafizan, saya dibawanya ke tempat makan yang bersebelahan dengan laut. Menurutnya lagi, bertentangan dengan gerai tersebut adalah Singapura. Suasana agak indah, ditambah dengan angin laut yang turut menyertai perbincangan kami, Kg Pasir - memang merupakan destinasi untuk menikmati juadah. Hampir larut malam kami berbincangan dan bersembang tentang dunia penulisan tanah air. Ada suka dan duka yang ditumpahkan disamping idea dan pemikiran yang dikongsi bersama pada malam tadi.

John yang baik itu juga telah membawa saya berjalan ke Pantai Pasir Layar. Menurutnya itu merupakan yang sesuai untuk para penulis ziarahi demi menangguk ilham yang bertebaran di situ. Memang benar sekali perkataannya, tapi sayang sekali pintu masuk ke panai tersebut ditutup dengan palang. Kalau tidak, boleh juga menghabiskan sebatang dua rokok di situ. Jikalau saya ke sini lagi, dia akan membawa saya ke Senibong, katanya di situ pun menarik juga. :)

Sumber : Ipdotnet
Maklumat tentang Kampung Senibong

Terima kasih, John!


12 comments:

agirltellsall 8:04 AM  

Editor bebas?? boleh mintak tolong untuk terbitkan novel la ni..

Ainin Naufal 4:01 PM  

ooo... berkisah tentang makan juga?

makan sorang-sorang, tak ajak pun. uhuk!

puteri 5:18 PM  

selamat thun br hijrrah

al-Misri 10:40 PM  

Salam Perkenalan;
Jemput singgah ke Suara Sang Minda di
www.al-misri.blogspot.com.
Semoga menajdi medan perkongsian minda untuk sebuah buku hidup.

puteri 12:10 AM  

bulan lepas puteri ada ke batu pahat.. =)

john norafizan 8:18 AM  

No problem.. kalu ko lama kat sini, aku bawak kat mee rebus tulang plak.. huhu

blackpurple @ jowopinter 2:40 PM  

Kacang pool pun ada ek? Macamanalah agaknya rasanya?

Ariyatna Adri 4:55 PM  

apa nama gerai yang ada jus pear & mi bandung depan mahkamah tu? Balik kg hubby nanti nak singgah ler.

apa khabor? :)

al-Misri 10:14 AM  

Salam SF, terima kasih kerana sudi singgah. Tp minta saudara SF sign in guestbook di Suara Sang Minda sebagai kenangan Memori Kenangan Terindah bersama tetamu yang sudi singgah. Terima kasih.

jeff 12:24 PM  

salam bro. lama tak jumpa di blog.

di senibong nasi lemaknya menarik tak ?

Abang Long 4:57 PM  

Salam Sejahtera wahai Saudaraku SF.

Kacang pol itu memang menyelerakan, dan menjadi hidangan rasmi dirumah andai menerima kunjungan tetamu. Tetapi kini hanya tinggal kenangan .....

gayour 1:36 PM  

kacang pool dengan main pool mesti bebezakan. tak kisah la... yang penting mana idea yang mencurah2 kat tepi laut tu brader? share la sket

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP