Friday, December 07, 2007

Sepagi Bersama Apek

PAGI semalam lagi keretaku sudah meluncur ke DAWAMA di Keramat AU4. Tujuannya adalah untuk membeli buku LSI yang sudah dipesan oleh beberapa teman (terima kasih). Setibanya di sana mataku segera tertancap pada pintu masuknya. Alamak! Jam 8.30 pagi baru buka? Kepalaku mula berputar mencari jalan untuk membunuh senggang waktu yang agak panjang. Namun perutku segera mengingatkanku - minta diisi. Segera aku ke Kedai Nasi Kandar (Melayu punya) yang tak berjauhan dari situ. Keliar mata segera menebak pelbagai juadah yang tersedia, tapi dengan segera, "Bang, roti canai satu." Memang boleh tahan kuahnya.

Sumber Gambar : Imagine
Sedang asyik menikmati sarapan yang menyelerakan itu, seorang cina yang agak berusia menghampiri meja.

"Kosong aaa?"

Aku mengangguk sambil meneruskan sarapan. Pagi-pagi begini berat untuk bersembang. Sesekali mataku mengekori lalulintas yang agak sibuk. Agak lama juga aku tidak keluar di waktu pagi selepasdari berhenti kerja dahulu. Hampir setahun. Kalau dahulu hampir setiap pagi aku berlumba dengan warga kota yang lain untuk ke kantor. Kenangan itu kembali menjengah.
"Wahh hari mau hujanlah. Cuaca banyak gelaplah."

Aku senyum dan mengangguk.

"Awak tau aaa, saya suka mancing. Banyak bestlah mancing."

Di kala ini aku sangat mengerti dia ingin berbual denganku. Agaknya terasa janggal apabila makan pagi tidak bersembang terlebih dahulu. Usianya dalam lingkungan 60-an. Baki roti canai yang terakhir kusuap. Aku menyalakan rokok.

"Yalah uncle, sekarang ini cuaca asyik gelap sahaja. Sudah musim tengkujuh." Sengaja aku mengheret diri ke dalam gelanggang perbualan setelah hampir 10 minit di tepi. Aku menungguh buah bicara seterusnya.

"Awak cutikah?" Dia menyalakan rokoknya.

"Saya kerja sendirilah uncle."

"Itu macam aaa. Baguslah kerja sendiri tapi saya kerja dengan Melayu. Bos saya orang Melayu." Perbualan bertambah rancak. Keningku terangkat, jarang aku dengar orang cina bekerja dengan orang Melayu. Aku merenung matanya tepat-tepat, cuba mencari garis keikhlasan yang terpamer dalam senyummnya. Ternyata dia hanya seorang tua yang mahu mencurahkan perasaan tanpa mengira siapa lawannya bersembang. Perbualan kami lancar dari topik harga tol dan minyak yang bakal naik. Harga rokok yang sudah melambung-lambung tinggi, kisah sedih keluarganya. Termasuklah pengalaman dia yang membahasakan diri 'apek' tikam nombor. Aku gelak dan mengiyakan sahaja kerana di tempatku sendiri ada dua kedai judi yang menyebelahi antara satu sama lain. Kata-katanya aku sambut dengan usikan yang mengatakan kami berdua perlu mengurangkan hisap rokok.

"Lain aaa apek boleh berhenti, cuma rokok dan mancing sahaja apek tak boleh berhenti. Lagi pun aaa apek sudah tua, mahu berhenti rokok buat apa. Mahu apek jadi orang tua bodoh? Makan, minum, tidur?"

Aku tergelak melihat gayanya. Perbualan kami semakin rancak, sempat juga aku 'paw' rokoknya sebatang kerana telah kehabisan. Di akhir perbualan itu dia bersalam denganku dan dibekalkannya sebatang rokok walaupun aku menolak pada mulanya. Melihatkan kesungguhannya, aku terima sahaja pemberiannya itu. Aku tahu dia memang ikhlas memberinya tanpa sebarang sandaran tertentu. Banyak perkara yang aku belajar pagi semalam, sepagi bersama apek yang sarat dengan pengalaman.


16 comments:

Anonymous,  11:01 AM  

Boleh buat novl tu.

psst, kuah roti canai kat pasar ari tu tak sedap. sebab tu aku tak mo oder. keskeskes!

>>Noor Halilah<<<

lutfi 3:04 PM  

orang yang tidk puas hati ada di mana-mana. Malangnya, suara mereka ni kadang-kadang jarang diambil peduli oleh orang yang sepatutnya...

ketualanun 5:52 PM  

tok ingatkan jumpa Saipul Apek yang keding tu.

blackpurple @ jowopinter 6:15 PM  

Itu baru sepagi. Kalau sehari bersama 'apek' itu, tentu banyak cerita boleh dicungkil.

Sdra, Bila nak singgah Melawati? Boleh minum-minum.. :D

Rasha_rz 11:04 PM  

ha, tapi dia sedekah rokok! maknanya nak bunuh orang melayu. nak tikap ke tembak ke, kena tangkap masuk penjara. bagi rokok orang pun senyum. padahal itulah pembunuh nombor 1. sorry aaa, sf.gulau2 malam sabtu.

ICeSoul 3:29 PM  

aku kagum dengan perokok, persaudaraan korang merentasi usia, bangsa dan status.

aku takkan nak offer gula2 pulak ye..hehe

Gelembai 11:31 PM  

dalam banyak waktu bila taksub dengan sifat bangsa ia amat merugikan kita.

khairunnasriah@gmail.com 12:11 AM  

bang, jangan hisap rokok. katanya nak simpan duit dalam ASB, naya kita nak melabur kalau macam nih!

Anonymous,  3:32 PM  

Amalkan 5M!
~kangaq

liiproduction,  9:47 PM  

SF-sorry fer the delay of ma reply, bro..ill be meetin few pples/co this weekend..they got interested with our illustrations & all..we have talked to few publishers as well..& we r plannin fer few other projects next year..children books & those kindda stuffs..but ill be needed more illustrators / color artists / writers..do ya write children stuffs too, dude?

zf_zamir 11:19 AM  

bro, kontek gua..mahu ambil itu LSI dari tangan lu sendiri..

012-9052726

jangan lupa itu diskaun, hehe..

John Norafizan,  9:05 AM  

wah! Wah! pengalaman berharga tu bro!

muzem 4:33 PM  

Sebuah ilustrasi yg sedap!.

Ariyatna Adri 5:15 PM  

Bro, renti ler merokok tu. Nanti ilham lagi datang berguling-guling, cuba ler, saya pun tak tau.
hehe

puteri 7:56 PM  

hmm..

1-mmg suggest abg sf kene krgkn merokok (pstu bnti).

2-kagum2. bkn sng mau smbg dgn org bkn melayu skrg. hr tu sy ade jmp org auntie cina tu. tgh mkn dhn kwn. syum la dkt dia.

pstu dia pun start ckp psl ank dia keje bz la ape la, dia tggl sorg. lps tu dia ckp nk beli roti "u ada duit, boleh kasi sama sy?". er..

sy dgn kwn bg rm2. nk bg rm1 je kang kata melayu kdukut lak. so 'husnu zon' dkt situ. lps org tu pegi, kwn lg sorg ckp, "rsnya korg xptut bg. ntah2 dia tipu". hmm.. ntahlah. hehe. yg pasti dh lepas.

3- yg sy tgk psl Dewangga Sakti (ada trslh infom ek sblm ni? hehe)dlm sbuah mjlh tu, sy ada brth dlm mjlh apa atau blm ya? xsilap mjlh ANIQAH, xpun adik bradik mjlh tu jugak (yg diterbitkn satu syarikat). hmm.. best. bangga pun ada.

4- smoga trus mnerus sukses!

tegezoot 1:57 AM  

kedutan pada wajah, suara yg mula serak, mata yg kian layu seorang tua mewakili apa yg telah dilaluinya.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP