Thursday, November 29, 2007

Terasa Segar

Selangkah kaki menjejak ke Ulu Yam, terasa segar membelai hati. Dengan hijau hutan yang menyejukkan hinggalah ke nyanyian alam yang menyegarkan jiwa. Sesekali melarikan diri dari hingar bingar dan ripu mengerjakan penulisan, saya kira inilah adalah salah satu tempatnya. Benarlah kata orang tua-tua, luas perjalanan, luas pengalaman. Pengalaman nan menyimpan sribu rahsia yang tak terungkai. Panas kota terasa relai apabila kaki mencecah ke air yang mengalir dengan alunan iramanya yang mendamaikan. Sambil-sambil itu terus sahaja saya memancing ilham, mana tahu ada yang tersangkut.
Tapi sayang sekali saya tidak membawa pena dan kertas untuk mencatit ilham yang menyinggah, mujur juga benak ini diizinkan Allah untuk menyimpannya untuk sekadar waktu apabila sampai di rumah untuk saya catatkan. Aduh, terasa mahu mengunjungi lagi ke sana. Tentu sahaja seronok apabila ada teman2 sepenulisan yang dapat menyertai saya ke sana sambil berbincang secara santai perkembangan dunia penulisan tanah air yang kecil ini. Begitu juga dengan diskusi karya-karya yang terbaharu untuk dinikmati.

Kalau dapat mengadakan kelas atau bengkel di sini terasa segar juga ya selain dari kelas atau bilij yang pengap itu. Ah, saya akan mengunjunginya lagi untuk kesekiankalinya. Untung-untung ada rezeki lagi, adalah umpan yang dipagut ilham.



9 comments:

Ariyatna Adri 3:32 PM  

Kelas penulisan di ulu yam? Ideanya menarik, cuma perjalanannya jauh dan pengangkutan sukar.

JEFFROCKERS 11:20 AM  

sejuk mata memandang gambar2 itu. tapi sejuk lagi kaki yang berendam kat dalam air tu ..

Rasha_rz 1:03 PM  

kak ila pun nak memancing ke sanalah. tapi masa tak mengizinkan.... terpaksalah memancing dari rumah je. untung2 dapat ilham besar....

Nunn 1:21 PM  

brader kalau berendam dlm sungai tu mesti dapat ilham lagi banyak

blackpurple @ jowopinter 3:47 PM  

Melihat imej-imej itu sahajapun sudah menyegarkan mata dan minda, apatah lagi kalau
dapat berada di sana.... Memang logiklah kalau ilham datang mencurah-curah.... :)

tegezoot 1:24 AM  

kadang ilham tak datang sebab masih tak puas menjamah keindahan.

John Norafizan,  8:34 AM  

Tak sangka pula, Ulu Yam secantik ini... rasa cam nak pergi plak hehehe

Anonymous,  10:52 PM  

Minggu depan kami baru nak pergi. Camping sehari kot. Jom pergi lagi.

>>Noor Halilah<<

puteri 10:09 AM  

pu3 memancing ikan. hehe.

br2 ni ada trbc dlm mjlh, ade ruang iklan psl karya serunai faqir..

=)

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP