Sunday, November 04, 2007

Syastra

Mataku terasa pedih sekali, barangkali jerebu dari tanah tinggi telah turun ke sini. Untuk kesekiankalinya teratak sastera yang syastra ini aku simpan dalam lubuk kalbu yang terdalam demi sebuah kesinambungan. Ah, terasa penat mengguyuri seluruh tubuh dan sendi - mencanai sebuah impian kian terasa asing di mandala yang pernah kumesrai dahulu. Kata-kata hanyalah aksara tak terlaksana, syastra itu bukan lagi sastera di tangan kamu! Perlahan aku menyusuri tebing kehidupan yang curam, melihat hijau syastra yang sudah kekuningan bagai padi emas tak takkan gugur. Langkahku kian gontai, dan aku berdiri. Lantas tangan kuangkat, kutumbuhkan sayap impian mengejar bianglala di sebalik awan nan biru. Suatu masa nanti, kita bukan lagi teman yang mesra kerana hidup perlu diteruskan.

8 comments:

Ainin Naufal 1:10 PM  

nak pergi mana tu?

fadz 3:04 PM  

salam abang, saya sudah rebiu buku abang. Maaf kalau ia agak mengada-ngada :)

Gelembai 10:54 PM  

di mana kau selalu melepak?

JEFFROCKERS 8:33 AM  

jangan begitu. teman masih diperlukan selagi hidup diteruskan


(cewah, aku lak yg menambah)

puteri 10:01 PM  

"Suatu masa nanti, kita bukan lagi teman yang mesra kerana hidup perlu diteruskan"

mengapa harus begitu? teamn bukan hanya ketika dalam kesenangan, tapi juga dalam kesusahan. sentiasa bersama!

Hisham Alias 9:49 PM  

hidup kena terus kawan. kalau tiada rencah manakan ada rasanya

Ariyatna Adri 11:04 AM  

tinggalkan sebentar teman itu? sejauh mana mahu merajuk jika bahasa itu yang memenuhi dadamu. Ia masih menemanmu kerana pena masih ditangan bukan?

Yang kehilangan teman adalah aku, kerana bebunga syastra itu jarang kembang lagi.

Maslina Mahbu @ Armiza Nila 12:53 PM  

Salam Dik SF,

Macam merajuk je....

Dik SF, teruskan menulis ya dan terima kasih kerana hantar novel adik tu kat kak yang jauh di Sarawak ni.... tak sabar rasanya nak menatap.

Sekarang saya dah berani beli novel dan karya2 dari penulis Semenanjung melalui internet...

Ujanailmu contohnya telah memberi perkhidmatan yang cukup baik.

Semoga usaha2 penulis lainnya untuk mengembangkan sayap penulisannya ke seluruh dunia akan terus bersemarak buat pembaca seperti saya yang jauh ini.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP