Monday, October 29, 2007

Crisis In Public Architecture


Saya terjumpanya di rumah Pak Ngah saya ketika sedang membelek2 barisan buku yang menjalar hingga ke siling rumahnya. Ianya lebih berbentuk artikel yang bersifat peribadi, pandangan dan komen yang diberikan amat bernas meski terdapat sedikit percanggahan dengan pendapat saya. Tulisan Dr Mohamad Tajudin dan terbitan Pusat Bina Kajian Alam Melayu, UTM atau KALAM
Membariskan artikel:

1) Campus Design In Malaysia : Of Motorcycles and Mediocrity
Artikel secara keseluruhannya menyentuh tentang isu pembinaan struktur bangunan kampus di negara kita yang tidak selari dengan aspirasi yang sepatutnya mengutamakan pelajar. Menurutnya bangunan di kebanyakan kampus, asrama dan fakulti agak jauh dan memakan masa untuk sampai. Berbanding dengan kampus di luar negara seperti seperti di Universitas Triasakti (Jakarta) atau di Scotland dan US. Secara umumnya penulis cuba mengaitkan ini adalah diantara sebab mengapa para pelajar menggunakan kenderaaan seperti motor dan sebagainya. Kenapa arkitek di sini tidak terpandangkan perkara itu dan hanya membina bangunan yang lebih mementingkan aspek struktur yang gah tanpa mengambilkira kepentingan pelajar. Selain dari itu penulis juga mengatakan bahawa inspirasi dan aspirasi ipt pada waktu ini adalah tidak lebih dari sekadar 'produk' barangan untuk satu industri.
Kata beliau sambil merujuk kepada mendiang Thomas Jefferson dan Frank Llyod Wright " ... In other words students were conditioned to be so many screws, nuts and bolts that would fit the machine metaphor of 'industry'. (You can get a hint of this concern when you attend management meetings at the university level concerning student development in which the officials kindly refer to students as 'products' ...)
Selain dari itu penulis juga mengatakan isu motorsikal di kampus adalah merupakan satu perkara yang difikirkan secarasantai tanpa memerlukan kepada rumusan yang memeningkan kepala, memandangkan kedudukan asrama dan tempat belajar yang agak jauh.
Secara keseluruhan saya sangat gemar akan kupasan penulis yang memnbicnangkan secara terperinci tentang perkara yang sepatutnya dapat diselesaikan dengan mudah sekiranya pihak berkenaan memikirkan tentang keutamaan pelajar dari segala sudut dan konteks.

2) The Sunway Pyramids : OF Cultural Tolerance And Architectural Competance
Beliau memulakan artikel ini dengan merujuk kepada Charles Jencks yang menyebut, "the so called death of modern architecture'. Artikel ini secara keseluruhannya merupakan pandangan beliau dari sudut arkitektural yang mempersoalkan dimanakah integriti mereka yang memberi idea dan membina Sunway Piramid berlatarbelakangkan binaan Mesir Purba. Jelas pada pandangan beliau, ianya merupakan satu keaiban yang besar seolah-olah sebelum pembinaannya, arkiteknya tak membuat kerja rumah dan memikirkan sensitiviti satu ketamadunan luar dan diserap serta diubah mengikut citarasa tempatan. Lebih2 lagi ia melibatkan negara luar.

3) A Tale Of Two Democracies : Parliament House Versus Prime's Minister Office in Putrajaya. Artikel ini boleh dimuatturun.

Secara umumnya, pandangan saya agak bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh penulis itu memandangkan beliau merupakan seorang yang berpengalaman beanr dalam bidang arkitek. Banyak perkara yang kita sudah terlepas pandang dan pihak-pihak tertentu perlulah segera menangani masalah yang timbul dan semakin lama semakin rumit.

11 comments:

liiproduction 3:28 AM  

SF-totally agreed with ya, dude!~ im takin a gud care of maself, insyaAllah ;-) :-D so how r ya, buddy? hows evrythin goin on there witcha?

Zalisa Maz@ZN Isa 8:57 AM  

Bab ini jangan tanyo den!

gayour 2:10 PM  

dulu maso kocik-kocik, den dah jadi arkitek bina pondok maso main pondok-pondok. okey yo pondok den tu... heh!

jeff,  5:08 PM  

dulu masa bangunan di tahun 70 80an tak timbul masalah gini. friendly. tp skrg ni tambah canggih tambah menyukarkan pengguna

zulkhair 6:57 AM  

Nama Dr Tajudin sebagai penulis semakin terpahat dalam minda saya terutama selepas salah seorang pelajar kelas penulisan kreatif saya menamakannya sebagai penulis idolanya. Wow (sebab apa wow? sebab yang lain pilih Faisal Tehrani, Tuah Iskandar, Roald Dahl dll). Saya mengusik, "awak pilih dia sebab dia pensyarah awak!" Kata pelajar, "tidak." Bagi saya, beliau penulis kritis dan kreatif terutama dalam bidang seni bina. Lihat komen2 menarik beliau terhadap seni bina Masjid Putrajaya (ada ciri ego) dan Masjid Negara (ada ciri merendah diri).

Abang Long 8:06 PM  

Murid sekolah diajar berpandangan kritis. Lepas sekolah ...

Mak Su 11:42 AM  

hai, salam kenal... nak buat bangunan kena fikirkan kemudahan utk semua golongan, kan..

blackpurple @ jowopinter 5:57 PM  

Saya setuju. Saya akui.

Senibina di negara kita, tak kiralah, kampus, sekolah, masjid atau kawasan perumahan, lebih mengutamakan faktor artistik, juga bertujuan memaksimumkan ruang. Juga faktor komersial.

Jarang mengambil kira secara functional. Selalunya tak harmoni dengan persekitaran yang wujud sekelilingnya.

Hydrocodone 6:41 PM  

s286Ua The best blog you have!

gny insurance 1:36 AM  

J8VEcr Good job!

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP