Wednesday, September 05, 2007

Usaha & Terbit Sendiri



Kepada rakan dan teman penulis, saya cuma ingin lihat pendapat siapa yang berani untuk terbit buku sendiri dan mengedarkan dengan cara kita sendiri. Orang kita jangan takut rugi kalau mahu berjaya.

--------------
Juga saya ingin melihat siapakah yang mahu menyertai kumpulan saya andainya satu masa nanti jika ada premis lain yang memberikan kebebasan untuk menulis tanpa perlu kepada sebarang teori yang macam2 dan royalti yang agak baik.

--------------
Esok, saya akan ke Kedah sehingga Ahad, Insyallah kita bertemu lagi. Buat masa ini saya agak sibuk sedikit dengan projek muzik bersama rakan2 saya. Kena pro-aktif dan melakukan kerja lain kerana sebagai penulis sepenuh masa tidak boleh terlalu berharap kepada penerbit yang terlalu banyak kerenah dan bayaran royalti yang rendah serta kurang promosi.

18 comments:

jeffrockers 8:29 AM  

boleh tu boleh. tapi banyak selekohnya. azam kena betul-betul kuat.

john norafizan 3:49 PM  

SF,
Aku penulis pertama yang nak ikut serta huhuhu

Orang Yang Macam Kenal Sgt Buku2 Di Atas Meja Itu,  7:02 PM  

perghhh... penulis ni siap baca buku elektronik Logic Design ngan Calculus... giler babi SF...

Pawana Malam.. 8:10 AM  

abg SF..
ct ingat nk minta sesuatu la..nanti ct email ek..

©Opah De 6:18 PM  

Salam SF...
Akak nak tengok dulu perancangannya. Berminat tu memang amat berminat. Kalau sesuai perancangannya, insyaALLAH. Emel akak di NurRainaAfsana@hotmail.com

zf_zamir 10:57 AM  

saya nak ikut serta, walau apa caranya..

belum cuba, belum tau, betul tak?

macai_suci 11:55 AM  

Insya-Allah MC pun nak ikut....cuma masa ni belum ada keyakinan diri mencari ilham menulis selalu jer buntu...

zalisa maz 1:00 AM  

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan SF. Apa-apa pun buktikan dahulu. Jika bagus, mustahil kak nak tolak ***wink***

kak aila,  1:13 PM  

SF, sesiapa pun memang boleh menulis, menerbit dan memasarkan buku sendiri, tapi takut nanti dok sebuk menerbit dan memasar, kerja utama (menulis) sedikit terabai. Almaklum, kerja menerbit dan memasar ni bukan satu kerja senang. Yang menerbit tidak ada masa untuk menulis, begitu juga yang memasarkan. ke hulu ke hilir untuk promosi. Tapi berpegang kepada Melayu boleh, akak rasa SF boleh. Teruskan usaha dan cita2, akak mendoakan adik akak berjaya!

Rasha_rz 11:33 PM  

SF, kat atas tu kak ila, tersilap taip. tertambah 'a' di depannya. kadang2 jari kelilingking ni memang gatal. bak kata pepatah, telunjuk lurus, kelingking berkait. hehehe....

Anonymous,  12:01 PM  

Salam Abg SF,

Minta tolong betulkan sikit kat bahagian "kaum".
Link untuk awanbadai tu tukar nama
kepada merahsilu ye.
Merahsilu blogspot tu merahsilu punya.
Awanbadai takde blog.

Timekasih Abg SF,
selamat maju jaya.

-awanbadai-

Anonymous,  2:58 PM  

aku! aku! aku mahu!

~ainin naufal~

kak ila,  6:02 PM  

Selamat menyambut ramadhan dik. Semoga segala amalan dan doa diterima Allah....

gayour 10:29 AM  

moga usaha agresif encik berjaya!
selamat berpuasa diucapkan. moga betambah iman, takwa dan berbahagia di dunia akhirat. amin.

blackpurple @ jowopinter 3:38 PM  

Teruskan usaha sdra.

Selamat menjalani ibadah puasa.

Nunn 1:44 PM  

aku pun doakan kau berjaya, huh..susah rupanya jadi penulis ni ye!

puteri 1:44 PM  

slmt maju jaya!

ketualanun 3:35 PM  

salam...

tok doa kan semoga kalian mendapat rahmat dari Yang Maha Esa. teruskan...

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP