Wednesday, September 12, 2007

Saya dan Sinaganaga

TENGAHARI tadi selepas mengajar gendang silat di SMK Cheras, kereta saya cepat meluncur ke DBP kerana dengar cerita novel LSI itu sudah diterbitkan. Setibanya di kedai buku DBP, mata saya liar mencari berita yang telah disampaikan sebelum saya ke Kedah; tapi sayang tiada lagi terpamer di situ. Lalu saya mengambil keputusan untuk menelefon Sinaganaga. Lama juga tidak berjumpa dia selepas dari majlis Maskara 2, memang hajat hati untuk bertanya sudah lama tapi benang takdir mengikat pertemuan hari ini rupanya.

Dengan kopi 'o' ais ya rabbi manisnya, saya mula bertanya tentang cara untuk menerbitkan sendiri. DIY - istilah untuk sesiapa sahaja yang ingin melakukannya sendiri. Ya, entri ini adalah bertujuan untuk menerangkan alternatif kepada mana-mana pengkarya yang ingin menerbitkan karyanya sendiri walaupun dengan sebuah buku sahaja! Berkali-kali saya tanyakan Sinaganaga apakah ada syarikat yang mahu menerbitkan buku dengan jumlah begitu. Jawapannya, "Ya." Misai nipisnya bergerak-gerak.

Ianya dipanggil sebagai 'Print on Demand' (POD) - yakni syarikat percetakan bersetuju untuk menerbitkan berapa sahaja jumlah yang diingini, minimum adalah 'sebuah'. Jadi kata Sinaganaga lagi, "Kau boleh buat 10 atau 20 - terpulang pada kau." Terangkat kening saya.
"Jadi bagaimana kira-kiranya?"

"Murah saja, dalam 3 sen untuk 1 m/s." Saya mula mencongak, senyum saya melihatkan angka yang tertera di telefon sel. "Emm, kira ok tu bang." Jadi cuba saudara congak kalau karya saudara berjumlah 200 m/s. Tapi Sinaganaga mencadangkan juga untuk mencari pencetak yang mampu memberi lagi harga yang lebih murah. (Jadi kepada rakan2 saya, apa tunggu lagi?)

Benak saya mula menerawang dan berfikir itu ini, akhirnya saya sudah ada keputusan apa yang bakal saya terbitkan dengan Sinaganaga dan Sindiket Sol-Jah (yang bertugas untuk membantu sdr2 yang berminat untuk menerbitkan sendiri- mereka juga terdiri dari golongan penulis).

Kemudian rakan2 tentunya terfikir bagaimana mahu memasarkan karya yang diterbitkan sebegini, bukan? Jawapannya - PASARKAN SENDIRI! Sila klik entri saya di sini. Tidak timbul soal ianya tidak dapat dipasarkan, yang penting kita ada kemahuan. Tapi paling mudah adalah melalui internet. Disamping itu saya mengajak rakan2 untuk menyertai setiap kali majlis Maskara yang bakal diadakan. Kita gerak sendiri, kita promosi sendiri. Kita mesti bangunkan industri sastera Melayu dengan cara kita sendiri. Bagaimana, ada berani?

Lupakan segala alasan takut untuk terbitkan sendiri, kalau kita enggan berlari sendiri - selama itulah kita akan jadi 'makanan' kepada penerbit yang memonopoli pasaran. Mungkin juga saudara akan bertanya apakah saya akan menerbitkan dengan penerbit sedia ada walaupun sudah menerbitkan sendiri?

Sudah saya katakan - ini adalah alternatif kepada sesiapa sahaja yang berminat, jadi kiranya saya rasa karya saya perlu diterbitkan oleh penerbit sedia ada, saya akan terbitkan dengan mereka, kira-kiranya - Suka Hati Kita ... tiada sebarang paksaan. Yang penting kita harus memerdekakan karya kita dari sebarang bentuk penjajahan teori. Kata Sdr SM Zakir - "Kita harus menjadi tuan kepada teori2 tersebut, bukannya hamba kepada sebarang teori."

Ya, saya fikir kalau mahu karya kita bermutu dan setanding dengan karya2 dari negara jiran kita, kita harus keluar dari kepompong teori yang terlalu melemaskan kita.

Disamping itu saya dan Sinaganaga masih dalam perbincangan untuk mengadakan bengkel yang menyentuh soal dan aspek teknikal dalam penerbitan, dari sudut ekonomi, falsafah bentuk dan pembukuan itu sendiri, dan tentunya menurut Sinaganaga, kita akan membawa sendiri pencetak - nanti anlian (anda sekalian) boleh berbincang secara terus dengan mereka dengan telus dan mulus. Jika berkenan - buat, tak berkenan -cari pencetak lain, itu sahaja. Tujuan kami adalah supaya penulis2 tahu akan proses penerbitan. Untuk apa? Supaya kita penulis yang tidak dikelentong oleh penerbit yang rata-ratanya mahu mengaut keuntungan dari kita. Terfikir saya, berapa agaknya karya saya terjual, karya saudara2 bagaimana?

Disamping itu saya menyarankan agar penulis 'membina nama' disamping keuntungan yang Insyallah akan ada. Jangan risau, rezeki tetap ada, yang penting kita mahu ikhtiar dahulu. Kita mahu memandaikan penulis dengan ilmu yang berkaitan dengan apa jua yang berkaitan dengan dunia penulisan. Perancangan rapi akan saya atur dan bincangkan dengan Sinaganaga.

Semuanya kita buat sendiri, Penulis Melayu jangan jadi malas!

Angkat tangan, siapa mahu sertai rejimen saya? Saya mahu lihat tangan2 anak2 Melayu yang berani itu sekali lagi!
(Terima kasih atas sokongan saudara pada entri saya sebelum ini)

13 comments:

Nunn 12:27 AM  

betul tu brader....hati mesti kuat. sanggup tanggung risiko..berani mencuba..
D...doa
U...usaha
I...ikhtiar
T...tawakal
rezeki ALLAH TAALA beri

Nisah Haji Haron 3:41 AM  

Setuju.

Ada karya yang perlu diterbitkan sendiri. Ada karya yang perlu diterbitkan penerbit luar. Kena bijak kenal pasti. Akhirnya, kita sebagai penulis akan mendapat kepuasan luar biasa.

Teruskan usaha. Semoga nur Ramadhan melimpahkan cahayanya pada tinta kita semua...

sinaganaga 12:27 PM  

Tiru macam kami:
http://sol-jah.blogspot.com/

Jual sendiri atau kita upah Ujanailmu untuk jualkan. Ho ho yeah!!!!

Abang Long 1:58 PM  

Salam Ramadhan buat Saudaraku SF. Biarlah saya menjadi orang pertama yang membeli hasil karya saudara. BUAT SAMPAI JADI !!!

Ainin Naufal 3:27 PM  

Angkat tangan!

(harap jangan ada apa-apa halangan)

zf_zamir 8:55 AM  

hehe..

saya budak baru belajar tapinya, sila beri tunjuk ajar..

unicorn 11:04 AM  

salam kenal & salam ramadhan bro... menarik entry dalam blog kau.. indahnyer bahasa.. aku link blog kau dlm blog aku yer...

zalisa maz 8:34 AM  

Amboi2, dia mencabar kak ya. Ok, let's do it!

puteri 1:49 PM  

nak join..
tp bkn penulis
apa lg tere bab menulis nih..

:D

kak ila,  2:39 AM  

Salam ramadhan SF. Kak ila sokong idea tu, tapi satu je. sedangkan kak ila hanya menulis, orang lain yang terbitkan dan pasarkan, ramai benar orang yang menadah mitak buku free. konon sbg cendera hati. tapi kak ila masih ada alasan :
'sorrylah, saya bukan penerbit atau pun penjual buku. mana ada banyak dalam simpanan.' nanti kalau dah terbit sendiri, dah tak ada alasan lagi dah....

Anonymous,  4:23 PM  

Hrmmm... hrmmm...
Bro, modal hang ada berapa? Aku ada sikit, tapi nak raya ni! Hahahaha!
~kangaq

Oraet.com 11:23 PM  

salam abang henfon ehh hensem..

aku tolong angkat tangan walopon buku aku dak siap2 lagii..

adooii MALAS betul la.. hahaha..

Panaharjuna 10:20 PM  

Aku pun berminat gak. nanti jumpa aku akan tanya kau satu dua perkara.

Salam Aidilfitri.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP