Wednesday, September 19, 2007

Pasar Ramadhan

Sumber : Gigih Foto

Ini adalah antara beberapa harga kuih dan lauk pauk yang telah saya beli (sahaja beli sbb nak tau hargnya) di pasar ramadhan di Wangsa Maju, Seksyen 1 (berdekatan dengan Alpha Angle) :

1. Samosa - 5 biji - RM 3 (harga sebiji RM 0.70)
2. Tepung Pelita/Limas - 5 ketul - RM 2.00
3. Murtabak - dari harga RM 1.50 hinggalah RM 3.00
4. Roti John {macam2 jenama - John Papa Kosovo, Papa n Mama John, John Labu n Labi dll) - dari harga RM 2.00 - RM 3.00. Kalau tambah mayonis (RM 0.50) Fuh!
5. Kuah Kari dan seketul ikan - RM 3.50 {Kari ini tawar, tiada rasa masin langsung. Balik rumah kena 'repair' lain. Hehehe
6. Air Cendol - 1 bungkus RM 3.00 {wow fantastik harganya! Rasa?}

Di tempat saudara bagaimana? Samakah harganya atau lebih atau mungkin juga kurang?

10 comments:

Ainin Naufal 3:48 PM  

oit bro, ko makan ke sume tu? isy, isy...

puteri 4:27 PM  

"telah saya beli (sahaja beli sbb nak tau hargnya)"

betul ke statement tu? hehe..
ntah2 taktau nk pilih yg mn.. =)

kuih2 yg disebut tu sy tak knl melainkan kuih pelita (tepung pelita kah?) dkt sini 3 = rm1. hmm.. klau murtabak lak, rm2.

hmm.. dlu2 murtabak rm1 je ;(

blackpurple @ jowopinter 4:32 PM  

Wah! Banyaknyaaaa...

Di sebelah ofis ni, bazar Ramadan Tmn Melawati. Rambang mata sungguh memilih makanan..he he!

muzem 7:28 AM  

Salam,

Sungguh menyelerakan. Sungguh.
Salam Ramadhan ..

anis sarah 10:36 PM  

salam...
agak-agak, kuih tu 10 tahun akan datang, seketul seringgit kot?
masak sendirilah, membazir je beli kat luar (pernyataan ini ditujukan pada diri sendiri, eheh..)

Nunn 1:17 AM  

bulan puasa macam macam dugaan....tepuk dada tanya iman..kalu rasa mahal tak yah beli..

admin 2:47 PM  

mahal gila tempat korang... tempat aku murtabak baru 1.80, cendol sengget je bang, ada apa dalam cendol korang sampai 3 hengget tuh?
kuih standard 3 sengget. samosa mmg mahal, 0.60sen seketul ( tp payah nak dapat yang sedap )kuah kari ada ikan biasa 2.00 - 3.00 tgk besar kecik ikan, roti john 1.00 ke 2.00 tgk saiz. wahaha... stakat ayam golek tuh baik ko masak sendiri ajer. deme basuh ayam bukan bersih, skali proses manual ayam klu 100 ekor mesti ada ngelat punya.

Hydrocodone 12:47 PM  

Q69PQA The best blog you have!

allways tours 2:00 AM  

Wonderful blog.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP