Wednesday, September 26, 2007

Hari Ini

Inilah salah satu ilustrasi yang saya janjikan untuk lekatkan, salah satu watak dalam Sapta Hitam (Lukisan Amin)

Malam tadi saya baru menyudahkan novel "Sapta Hitam" yang bercorak Fiksyen - Fantasi yang menggabungkan unsur2 fantasi dan sejarah yang selalu ditulis oleh penulis2, namun saya menulisnya dalam pendekatan yang berbeza. Tapi bila semak2 semula, terasa ingin menambah dalam 2 atau 3 bab lagi agaknya. Ilustrasi pula dilunaskan oleh pelukis, Amin (saya puashati benar walaupun terpaksa membayar lebih). Ada masa nanti saya 'upload'kan gambarnya di sini. Saya mengambil serius tentang ilustrasi dalaman ini kerana sedikit sebanyak ia mempengaruhi pembaca.



Sementara novel Dewangga Sakti akan saya 'matikan' di situ sahaja kerana banyak sangat konflik dari segi pengurusan. Baru tadi saya ke JJ dan melihat keadaannya yang sebenar. Saya senyum sahaja, malas mahu fikir. Sementara di Kinokuniya, jenuh kawan saya sms bertanyakan mana Dewangga Sakti? Saya katakan itu pengurusan punya kerja. Kelihatan hanya ada beberapa nama penulis sahaja yang diletakkan di Kinokuniya. Saya senyum, malas mahu fikir. Untuk seterusnya doakanlah saya kerana ada 3 novel dalam penghasilannya, semua sudah separuh jalan. Insyallah saya cuba siapkan dalam tahun ini juga. Terima kasih atas doa anda sekalian.

16 comments:

Abang Long 12:20 PM  

Saya senyum sahaja, malas mahu berfiikir. Maaf, sudah keluar buku yang pertamakah ?

Anonymous,  2:01 PM  

Dah siap? Yeah! Kanpai! Huahaha!
~kangaq

kak ila,  11:20 PM  

Tahniah dari kak ila. Kak ila faham kenapa SF tak nak komen psl pemasaran. Sebab kak ila pun begitu.di kedai buku koperasi tempat kerja kak ila, hanya ada 2 novel kak ila terbitan BP di situ. Bila kak ila tanya (menyamar sbg pembeli), kata penjual : Novel tu dah habis. Pengedar hanya hantar 2 buah je. lepas tu tak dihantar lagi w/p kami mengodernya.Sedikan?

Anonymous,  1:32 AM  

beberapa hari lepas spy aku pun cakap buku aku tak ada kat kinokuniya. aku fikir positif je, agaknya buku tu x de stok dh. minggu depan ada la kot. malas nk fikir bulan2 pose ni ek? muahaha.

~ainin naufal~

Ariyatna Adri 3:52 PM  

Bro, masa saya beli buku Dewangga Sakti di MPH SACC, buku tu banyak lagi. Saya baru pergi MPH tu lagi semalam, tak nampak lagi di rak. Dah habis kut. Maknanya buku bro laku la tu.

Letak lagi mesti habis. Bila nak tonyoh buku saya. ehehe

Rasha_rz 1:12 AM  

Wah komen ariyatna adri sungguh memberansangkan. Nampaknya semakin bersemangat kawan kita ni. Tahniah SF.

zulkhair 6:45 AM  

Wow, 3 lagi sedang menunggu utk terbit. Tahniah! SF pastikan pahlawan tu boleh berlari biarpun kasutnya nampak berat.

gayour 9:11 AM  

' personaliti ' karakter ni tak berapa kuat dan menonjol. sekiranya ia adalah karakter 'hitam' ia bleh dibuat dengan lebih brutal dan lebih menyerlah personaliti hitamnya. terutama pada mimik muka, gaya, pedang dan amour yang dipakai. mungkin bleh merujuk pada pakaian amour viking dalam 'pathfinder'. ini hanya pandangan gua, kalo encik dah suke dan puas hati tak ada sebab nak tukar. truskan...

zalisa maz 10:05 AM  

Ganasz tapi nampak feminin :D

Nazri,  1:43 PM  

Cayalahhh brader! Dah siap!!!

blackpurple @ jowopinter 4:31 PM  

Selamat lahir Sapta Hitam...!

Tahniah! Teruskan saudara....

liiproduction 8:58 PM  

SF-thanx fer yer update! ;-) slamat bersaho & berpuasa utk anda juga :-D heh, tu la tuh, bila kita nak collabo nih bebeh? dah boley sgt dah neh :-D ive read everything ya wrote there..SAPTA HITAM, whut a nice name..harap dpt lihat hasilnya nnt...maaf kerna gua jarang ke kedai buku this lately..buku2 tempatan yg berkauliti semakin berkurangan..gua x bisa membuang duit utk mendapatkan sesuatu yg tidak memuaskan hati..bukan terlalu berkira atau tidak mahu support hasil tempatan, cuma gua rasa PENGURUSAN seperti yg lu ckpkan in yer article buat hasil tempatan jadik makin teruk..ive been in a publishing b4 n i know how they PLAY wth it..pd gua, himpunkan sendiri tenaga kerja, perlahan2 hasilkan sesuatu yg betul2 berkualiti, & publisher xkan punya hak utk pijak2 kita mcm selalu..beberapa sahabat pernah meluahkan betapa sgt tidak berkualiti illustrasi buku2 kita 9terutama buku teks skolah)..gua hanya bisa tersenyum LOL dlm kepala gua teringat cm mana TENDER diorg berjalan, bapa kutu yg sebok nak JILAT duit peruntukan sampai hasil buku jadik TUNGGANG LANGGANG!~ so teruskan apa yg anda sedang usahakan!~ hasilkan sesuatu yg lebih berkualiti!~ support gua sentiasa bersama2 anda!~

karakter yg cool, lebih berkaraktor!~ asasin gelap yg tampak solid & pantas~ SYABAS!` KEEP IT UP GUYS!~

Rasha_rz,  1:06 AM  

Hei, SF apa tu? Takut pulak kak ila menengoknya. haiwan bertanduk 2 di atas kepala, tapi dia ni, ada tanduk di ke dua kakinya. Hebat animasi awak dengan Amin. Budak2 mesti suka ni. walaupun emak2 budak macam kak ila gerun. hehehe, jangan marah ha...

puteri 4:52 PM  

blum brkesempatan mmbaca buku hasil karya abg SF..;(

Rasha_rz 11:29 PM  

Bz ke? Senyap je?

jeffrockers 11:01 AM  

bro .. dimaklumkan, ayahanda puteri ariyatna telah kembali ke rahmatullah.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP