Friday, August 03, 2007

TIPS MENJADI PENULIS SEPENUH MASA 1




Mungkin ini adalah antara tip2 (secara umum)untuk menjadi penulis sepenuh masa di Malaysia :

Persediaan dari segi psikologi :

1. Bersedia untuk tiada duit walau 1 sen dalam poket
2. Telinga kena tebal - kerana terdapat ramai orang yang akan memberi syarahan percuma kepada anda tanpa diminta
3. Bersedia untuk dijauhi oleh rakan2 yang selama ini mengelilingi anda semasa anda berwang(beruang!)
4. Minta sokongan dari orang dan keluarga yang terdekat
5. Hidup nekad mati muda! - kata rakan saya
6. Hati mesti kuat dan tabah
7. Mohon kepada Allah dibukakan rezeki yang halal seluas-luasnya dalam bidang penulisan
8. Fikiran harus sentiasa positif dan terbuka
9. Sedia menerima kritikan, kutukan dan ketukan secara terbuka
10. Beli Maggie banyak2

Persediaan dalam penulisan :

1. Tulis novel banyak2
2. Hantar karya cerpen, puisi, artikel ke majalah atau akhbar
3. Menang banyak pertandingan
4. Ada kebolehan lain selain dari menulis
5. Ada jaringan rakan dan penerbit (kena pilih betul2) yang bagus
6. Meneroka pelbagi genre penulisan,cth : novel, cerpen, puisi, artikel, skrip drama radio, tv, dokumentari atau filem
7. Tidak terikat kepada satu penerbit
8. Kenal ramai editor
9. Rajin membaca buku/cari bahan
10.Sedia untuk berfikir menulis cerita yang menarik dan tidak klise. Kalau mengangkat kisah masyarakat pun, fikirkanlah 'persembahan' yang menarik untuk ditulis.
11. Menghadiri kursus atau bengkel penulisan

Kalau ada rakan2 lain yang punya pendapat dan ide, sila tambahkan untuk kita kongsi bersama demi kebaikan dan juga merealisasikan penulisan sebagai satu kerjaya yang tetap dan menjamin.(Kepada rakan2 saya yang menjadi penulis sepenuh masa - ya saya tahu anda ada di sana, sila tulis tips dan pengalaman anda di sini untuk kita kongsikan bersama)

Nota : Entri ini bertujuan menyemarakkan semangat mereka yang amhu jadi penulis sepenuh masa.

Pengalaman penulis lain :

Nisah Haron

16 comments:

zalisa_maz,  3:06 PM  

Persediaan dari segi psikologi :

11) Mesti sanggup minum air paipsi cola apabila sampai masanya.

Persediaan dalam penulisan :

12) Stok kopi pastikan tersimpan, buat persediaan berjaga sampai lewat pagi.

13) Rajin2 berbincang dengan kawan walaupun kawan anda itu seorang yang gila2 apabila berfikir :D

Gelembai 11:03 PM  

aku rasa kau kena tambah satu tip lagi...untuk jadi penulis kena juga pergi memancing...

bang kau nak tinggal dunia DPA kita ke?

pastikan aku dapat satu naskah karya kau...tapi jangan bagi free dan jangan bagi diskaun, itu bukan budaya aku!!!!

Ainin Naufal 11:50 AM  

psikologi:

12) jangan percaya dengan mulut manis penerbit. biar berpada-pada. hehehe.

13) jangan rasa terhutang budi. hehehe.

penulisan :

14) tengok tv banyak-banyak terutamanya kartun, filem, rencana, berita, forum dll. (kes malas membaca. huhu...)

15) layan internet!

p/s : Bro, patutlah sizling mi kau dah tak pandang.
Banyak lagi stok? hehehe...

Anonymous,  9:40 PM  

Hurm... hurm!
-kangaq (saja mai menyibuk)

mohamadkholid 10:51 PM  

petua jana ide - banyak berjalan - guna kenderaan awam lebih baik. lepak kedai kopi yang biasa-biasa - jenis meja panjang yang kongsi byk orang. Byk juga cerita boleh dapat.

psikologi - woi bro.. cari pasangan penulis juga. senang faham dan sediakan mee maggi hang!

Maslina Mahbu @ Armiza Nila 12:15 PM  

Salam buat Adik SF,

Kak Miza memang selalu melawat blog adik dulu2 seawal kelahiran blog kakak.

Cuma sekarang, keadaan dan masa agak kurang mengizinkan untuk melayari ke semua blog di link kakak.

InsyaAllah, akan sentiasa berkongsi ilmu tentang penulisan.

Tips menulis kakak :-

1) suka bergaul dan berbual dengan orang2 yang tua (datuk dan nenek2) di kalangan jiran yang tidak lokek berbagi cerita2 lama.

2) surfing IT

3) nonton TV esp. ASTRO Channel 17 - CSI : NY/MAIMI dll, Channel 10 - Hallmark

4) yang peliknya, kakak banyak kawan2 lelaki daripada perempuan yg rapat lebih2 lagi dlm bidang penulisan...entahlah....lelaki banyak berkongsi idea dan pengalaman dalam jaluran penulisan kakak.


Salam dari jauh,

Armiza Nila - Kuching

Anonymous,  2:06 PM  

Salam SF dan kawan2,

Mungkin pengalaman penulis ini amat berharga dan dpt dikongsi bersama dalam berkarya dan mempromosi hasil tulisannya.
"Berpetualang ke Aceh - Mencari Diri dan Erti"
"Berpetualang Ke Aceh - Membela Syiar yang Asal"
Penulis - Radzi Sapiee.
Boleh ikuti pengalamannya di http://merahsilu.blogspot.com/

-Awanbadai-

macai_suci 3:53 PM  

ya...memang teringin untuk menjadi penulis....namun seringkali idea tersekat-sekat...sudahnya.....tulisan tu terperok berdekad-dekad

kak,  7:35 PM  

hai, banyaknya tip awak SF? teruja kak ila. kak ila rasa memang senang untuk jadi penulis sepenuh masa sebab ada banyak masa berbanding penulis macam akak ni. berebut dengan masa setiap masa setiap hari. tapi.... kena jugalah berebut dgn penulis lain untuk terbitkan novel kita. banyak hasilkan novel pun tapi kalau kena tunggu masa terbit yang lama, susah juga. penulis sekarang ramai... buatnya ada penerbit yang tak bayar royalti macam kak ila kena, macam mana? nak bakar syarikat dia ke? jadi penjenayah pulalah kita. nak saman kena pakai duit juga, mana ada lawyer free. lawyer buruk berlambaklah hehehe....

jeff 8:19 AM  

hanya yang terpilih sahaja boleh jadi penulis sepenuh masa a.k.a penulis profesional.

saya kalau dpt jadi penulis pojok atau ruangan pembaca kat akhbar pun jadi le... hehe

John Norafizan 5:58 PM  

Salam SF,
Menjadi seorang penulis kena banyak membaca, agar kita mempunyai banyak idea...
Walaupun sibuk dengan kerja, saya terpaksa mencari waktu untuk sekurang-kurang membaca 5 buku setiap minggu...
Hmmm... air kopi pun kena ada kat sebelah especially bila mata mengadap laptop malam-malam buta! huhuhu

Nasihat berguna dari stephen king: Untuk jadi penulis yang bagus sekurang-kurangnya kena habiskan 4 jam untuk membaca dan 4 jam lagi untuk mengarang....

ainon mohd 10:27 PM  

Kahwin dengan penulis!

Oraet.com 9:29 AM  

Salam.

hahaha.. kau jangan lupa aku punya ..

jangan MALAS!

hahahaha...

puteri 1:59 PM  

dakwat dan pena punya kuasa yang besar dalam penghasilan tamadun

Dina Najat 10:19 AM  

Tima kasih sf atas info ug bguna ini.

Dari...juniormu.

Radzi Sapiee 4:38 PM  

Nak tips lagi? Saya copy n paste ini. Sila jenguk... Susah payah sebenar membuat buku daripada A sampai Z... Tanpa sokongan penerbit besar, sokongan persatuan dan sebagainya tapi dengan keyakinan serta pertolongan yang dihantar daripada Allah... Salah satunya melalui sokongan kawan-kawan yang datang tanpa dipinta. Inilah dia realiti jalanan membuat buku...


Assalamualaikum semua… Semalam, setelah menunggu lebih 2 bulan, saya baru sahaja meletakkan video pelancaran siri buku “Berpetualang ke Aceh” yang diadakan di pustaka buku Khazanah Fathaniyah di Chow Kit 9 Jun 2007. Adapun Khazanah Fathaniyah adalah sebuah badan penyelidikan serta penerbitan buku-buku berkaitan agama tinggalan Almarhum Ustaz Wan Saghir yang selalu bercerita tentang ulamak Nusantara dahulukala dalam ruangan akhbar tempatan. Untuk makluman, pihak Khazanah baru sahaja meninggalkan kedai tersebut akibat kurang dana untuk terus membayar sewa bulanan yan agak mahal. Maka video ini boleh juga dianggap sebagai satu kenangan nostalgia terhadap kedai tersebut.
Untuk melihat video yang dipecah 3 ini sila klik link-link di bawah. Sekian! :]

http://merahsilu.blogspot.com/2007/08/akhirnya-video-pelancaran-siri-buku.html

http://merahsilu.blogspot.com/2007/08/video-pelancaran-siri-buku-berpetualang.html

http://merahsilu.blogspot.com/2007/08/video-pelancaran-siri-buku-berpetualang_19.html

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP