Sunday, August 19, 2007

Terkenang Semasa Dulu : Rock Kapak

Sumber Gambar : Di sini ...

Entri kali ini aku mahu tulis secara santai sedikit. Mungkin keletihan bergendang di Melaka semalam dan tengahari tadi menyebabkan aku malas utuk menyusun ayat, tambahan pula dengan masalah internetnya. Emmm

Seingat aku aku masih dalam darjah 6 lagi, aku sudah mula mengenali lagu2 kumpulan Scorpions. Masa itu bergasak memutarkan tape kumpulan yang popular itu. Sampai nak jahanam radio di rumah aku kerjakan. (Hehehe...) Zaman rock aku pun bermula ...

Menjejakki tingkatakan 1, aku mula kenal dengan kumpulan Metallica. Ketika itu hairan juga aku dengan lagu2nya yang bertajuk Battery, aku fikir kenapa mereka ini merakam lagu tentang bateri. Rupa2nya kisah Battery - Pukul! Ketika itu aku sudah mula memakai seluar yang ketat, masa zaman aku digelar seluar pensel. Ketika tahun 1985. Kemudian aku masuk asrama. Bercampur pula dengan rakan2 yang sealiran, yahhh Aku bertambah rock ketika itu. Mulalah menyimpan angan2 untuk membela rambut panjang seperti ikon rock yang bersepahan ketika itu. Dan era kumpulan Search dan Battle Of The Bands pun bermula. Demam rock menjadi2, bilik aku dipenuhi dengan poster2 kumpulan rock yang pelbagai. Sehinggalah aku masuk asrama, apabila balik suatu hari, semuanya telah dibakar oleh mak aku. Hehehe
(Sumber gambar dari mStar Online)

Tak cukup dengan itu, aku mula berkenalan dengan grup dari barat. Menggila benar aku ketika itu. Disamping itu aku berpendapat ianya dapat memantapkan perbendaharaan Inggeris melalui media yang aku minati. Ketika di asrama aku berkawan dengan mereka yang berasal dari Batu Pahat, Johor Bahru. Memang Happening (hei pening!) ketika itu. Dan mak aku pun pening juga kepala melihat anaknya menyalahgunakan bakat menjahit untuk mengecilkan semua seluar termasuklah seluar sekolah. Satu hari aku ditangkap oleh guru disiplin ketika perhimpunan, habis seluar aku diguntingnya. Chiss cukup jaki aku dengan orang tua itu. Sampai ke hari ini aku boleh cam wajah dia. Dengan ustaz2 yang mengacum di surau dengan mengatakan apabila berkata rock ini - kita boleh dengan dadah, sex dan alkohol. Naik tingkata tiga - rock menjadi2 dengan apabila berkawan dengan rakan yang meminati genre ini. Senario rock di Malaysia dan barat naik sama ketika itu. Timbul pula kumpulan Belantara - sekumpulan anak muda yang berpelajaran tinggi. Ini telah menaikkan lagi semangat rock aku.

Dari situ aku memperluaskan lagi empayar minat rock aku dengan mengenali kumpulan Iron Maiden, Bon Jovi, Ozzy Osbourne, Motley Crue, Whitesnake, WASP, MSG, White Lion dan sebagainya. Paling menggila ketika itu adalah kumpulan Dio. Huh layan wa cakap lu. Tambahan pula abang kepada rakan aku baru balim dari USA memperkenalkan kumpulan tersebut. Memang fantastik lagu-lagunya. Kegilaan rock aku bertambah kental. Baju2 mula (Sumber gambar Dio) dipenuhi dengan lambang2 pemuda berambut panjang dan berwajah ganas. Datang pula kumpulan Earthshaker dan Loudness dari Jepun. Ustaz yang menjadi warden bertambah pening dengan baju yang memaparkan imej amtahari terbit pula (kalau tok2 kita tengok tu mahu kena jurus maut dengan depa)

Sumber dari Mr Kwang

Di bilik rumah aku beratur keset yang mengeluarkan bunyi gitar yang berdesing2 dan ketukan drum yang membingitkan bagi sesiapa yang tidak meminati muzik ini. Lambang matahari memenuhi segenap ruang (gila!) termasuklah kepala tali pinggang. Lama kelamaan kegilaan aku terhadap muzik rok menjadi-jadi, anganan untuk membela rambut panjang bertambah-tambah. Kumpulan rock di Malaysia juga tumbuh macam cendawan lepas hujan. Wings, BPR, Rusty Blade, Ella & The Boys, Bloodshed, Lefthanded dan banyal lagi lah seperti beribu-ribu lemon. Suatu hari abahku berkata, "Suatu masa nanti awak akan kembali ke akar." Ketika aku tingkatan 5 kartun Gayourock (Gayour tak insaf lagi -wakakaka ...) membakar lagi semangat rock aku ketika itu.
Sumber : Bluogez

Jawabku pula ketika itu, "Takdalah bah, nak rock sampai bila2." Selepas dari itu aku bersekolah di Segamat pula dengan kegilaan berpakain satu lagi, yakni berseluar bukat, kecil di peha dan besar di bawah. Kata mak aku - seluar sapu sampah. Bila aku masuk matrikulasi Undang-Undang, dunia rock aku bertukar kepada irama Metal, kalau dahulu aku fikir rock dan metal itu sama sahaja, rupa-rupanya ia amat berbeza.

Sumber - Kicked In The Face

Mulalah aku meminati Metallica, Megadeth, Kreator, Helloween, Destruction dan akhirnya meminati irama Thrash Metal, Grindcore, Power Metal, Speed Metal, Doom Metal (semuanya irama besi lah!) dan pelbagai irama yang membingitkan pula - Sepultura, Slayer, Exodus, Metal Church, King Diamond, Death, Morbid Angel, Napalm Death, Annihilator (kawan aku Nuckie dan Choie yang intro ni) dan banyak lagilah kalau nak dihitung satu per satu. Aku menjadi semakin ganas (muziklah - orangnya ok aje .. hehehe) Ketika ini sudah mula menyimpan rambut panjang.

King Diamond (Wajah yg menakutkan!) - Sumber dari Vagos EsQ

Aku mahu jadi seperti mereka. Metal ! Hanya sempat panjang sehingga paras belakang, ah ketika tahun tiga aku terpaksa memotong rambutku kerana kena masuk moot court dan praktikal di mahkamah! Hehehe ...

Sumber : Supermusic

Tapi itu dahulu, kini semuanya tinggal kenangan manis sahaja. Muzik pilihan aku ketika ini adalah gendang silat, akan kubawa sehingga ke akhir hayatnya kerana aku telah kenal siapa bangsaku yang sebenarnya dan apakah budaya aku yang cantik ini, namun hasrat untuk menyimpan rambut panjang membara semula setelah berhenti kerja dan membuat kerja sendiri. Bukan kerana rock atau metal tapi teringin pula ...Sekarang aku cuma minat dengar lagu2 cover yang band2 sekarang bawa semula. Metal sekarang sudah jauh beza dari zaman aku. Tak berapa nak layan sangat. Maka jadilah aku 'Old Skool' hehehe

19 comments:

Oraet.com 3:30 AM  

Salam bra.

Huaaaa.. kita memang semangat zaman la bra.. sama plak kita punya taste aaa.. tp aku consider baik lagi.. tak de koyak rabak aa. hahaha..

tak dpt pakcik nak bayangkan skrg ni.. kalu cik SF main gendang ala2 deathmetal.. siap janggut kaler ungu hijau oren.. lepas tu baling2 kasi pecah gendang kat penonton.. pastu bagi silat lagi..

uhhhh.. brutallll .. hahahaha..

tegezoot 5:07 PM  

Lu memang ROCK!!!!!

Anonymous,  5:31 PM  

rock gua layan, tapi metal gua ngeri bro. Serem tgk bebudak pakai t-shirt gambo hantuuuu...
bebudak lelaki masa sekolah dulu sampai kena lucut seluar (ketat), ganti pakai kain langsir terpakai dek pak ostat. ekekeke...

~ainin naufal~

zalisa_maz,  11:25 PM  

Menarik dan lucu kenagan ini. He he he...

gelembai,  7:47 AM  

hidup rock kapak!

Anonymous,  10:19 AM  

aku kenal rhoma irama saja...
-kangaq

mohamadkholid 3:20 PM  

Yo Bro... Rupanya dah insaf sekarang...

gayour 1:21 PM  

muzik rock boleh mengingatkan kita pada kenangan lama tetap segar dalam ingatan walau DUA PULUH TAHUN telah berlalu!

aL-MaRBaWi 5:24 PM  

salam..

pasal rock ni tak berapa pasti lah sebab saya lahir pada penghujung 80-an dan pernah juga dengar sedikit lagu-lagu irama rock.

jika ada kelapangan, datanglah ke blog saya. dan kalau boleh kita exchange link..

http://almarbawi.wordpress.com
http://almarbawi.blogspot.com

Nunn 7:57 PM  

salam brader....
bila baca n tree ni ingat lak wa masa zaman dolukale

Maslina Mahbu @ Armiza Nila 7:54 AM  

Salam SF,

Kak Miza dulu zaman rock tahun 1989, semasa di Tingkatan Dua sempat pakai seluar jeans ketat warna ungu. Hehehe...masa tu syok habis......
tapi bila dah dapat kesedaran malu pulak bila terserempak dengan kawan2 sekelas.

Kak ingat lagi zaman Filem FENOMENA - Ramona Rahman dan Amy Search, kak bersesak2 dengan kakak nak nontonnya di panggung wayang Cathay [sekarang ni panggung tu dah tutup.....eeee...sayangnya kerana betul2 di dalam bandar Kuching]. Minat dengan lagu Isabella Amy Search melampau2....

Kak suka lagu2 Ekamatra, Wings, Search dan seangkatannya...Hattan pun ok jugak....rock ke?....tapi zaman 80-an dan awal 90-an lagu2 di Muzik2 semuanya best. Kakak tak miss nonton rancangan Muzik2 kelolaan Azwan Ali dan pasangannya [dah tak ingat nama]...dibandingkan sekarang...Muzik2/Juara Lagu kurang menyengat untuk meraih hati penonton..entah kenapa ya...lirik lagunya kadang2 entah apa2 kecualilah penulis lirik yang berkaliber seperti M. Nasir, Habsah Hassan, Lolok dll....

Anyway, kak tetap mendoakan industri muzik di Malaysia punya acuan sendiri...

Armiza Nila - Kuching

Nunn 10:20 AM  

klu lu masuk wa punya multiply, lu juz add wa as contact (ofkoz lu pun kena bukak a/c kat multiply gakler..) pastu baru lu bleh access SEMUA playlists wa bro, yg mostly rock kapak :))

P/S - tq bro, wa link-up lu gak ar..

jeffrockers 3:18 PM  

bro .. rock neva dies !

sapa pun kita hari ini .. minat dan aliran kita tetap satu :)

blackpurple @ jowopinter 2:03 PM  

Cayalah! Kita lebih kurang sezaman.

Ada simpan lagi tak kasut Aliph? He he he.

Hydrocodone 5:22 PM  

cHPeAf The best blog you have!

ZTree'S Ayu Boutique 6:24 PM  

Best cerita lu walaupun dah lama lu coretkan...sama je budak2 asrama ni....tempat gua Budak Auodisma Yayasan Selangor dgn Asrama Semai Bakti Felda memang terpengaruh semua tuu...termasuklah dengan Gua ni...sekarang dah jadi Dj Rock Kapak hahaha di KLfm 97.2

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP