Wednesday, August 08, 2007

Ini Bukan Black Metal !!!



Ini adalah salah satu lukisan yang telah diberikan sentuhan oleh Amin (pelukis) semula dari garapan asal yang saya bikin untuk salah satu projek novel yang sedang saya tangani berjudul Sapta Hitam. Kisah Sejarah Fiksyen Fantasi (adakah genre macam ini?), kisah yang melewati alam sejarah yang diadunkan dengan ilmu persilatan dan budaya Melayu yang sebenar dan diberikan sentuhan fantasi dan magis. Kerja rumah untuk menghasilkan novel amat meletihkan tapi saya puas. Insyallah saya cuba menyiapkan dalam masa sebulan dua ini. Doakan saya punya kekuatan dan kesihatan yang tekal dalam menyiapkan karya ini.

Kepada sesiapa yang berminat utk mendapatkan khidmat ilustrasinya sila hubungi beliau di racingteam_z@yahoo.com . Tak mahal pun, mari kita beri sokongan kepada golongan pelukis dan hasil kerja mereka yang sangat menerujakan. Beberapa lukisan lagi sedang dihasilkan untuk novel saya ini.

(Aku lukis gambar ini semasa dalam mesyuarat ketika bekerja dahulu. Konon2 gambaran jiwa aku ketika itu)

14 comments:

Anonymous,  12:29 AM  

Uik, rajin hang pi scan. Aku bukan jawab komen aku sendiri la! Gila apa! Ahahaha... Hang tengok betoi-betoi, Budak Kangaq tu Gandum, bekas kartunis Ujang dulu tu...
-kangaq (bukan Budak Kangaq) Ekeke...
p/s: aku baru perasan, aku selalu merosakkan ke'formal'an blog ni...

Anonymous,  12:52 AM  

doaku sentiasa mengiringi.

~ainin naufal~

jOnOs,  10:18 AM  

Pergh! Ganaazzzz beb. Buat t-shirt sekali la woi.aha ha ha.

awanbadai,  12:43 PM  

SF,
Genre sejarah fiksyen fantasi ... fuhhh, dasat tu. Bagus la semakin ramai yg mengenengahkan penulisan begini. Sejarah mengukuhkan jati diri. Lebih cantik jika bersulam keindahan budi dan pengenalan sebenar diri. Mudah mencari jalan pulang nanti.
Selamat berkarya.

puteri 2:01 PM  

hmm.. menarik.. selamat maju jaya..
smoga cepat ianya terhasil

tegezoot 6:51 PM  

konsep lukisan ni lebih kurang macam tangkal orang red indian kalau tak salah saya la, dia orang panggil 'dreamcatcher'. Cuma ditengah bukan tengkorak sebaliknya jaring labah2.

gelembai,  7:08 PM  

err err magis-magis tak pakai hantu..sila guna khidmat hantu untuk magis!

gayour 9:27 AM  

salam sejahtera
yeah! memang bukan BLACK METAL. ia dalam genre surealist. jelas ia adalah gambaran jiwa kacau tak ingat! kelihatan seperti sarang burung dari pandangan atas, tengkorak itu adalah telur atau sisa makanan burung raksaksa sapta hitam dan jalur2 berselitar itu adalah dahan2/ranting2 untuk gambaran liku2 dalam kehidupan.. sebenarnya gambaran asal dalam kepala otak penulis lebih ' gelap ' dari apa yang digambarkan! HEH!

jeff 10:24 AM  

fiksyen sejarah fantasi tu, sebagai label atau kategori mungkin nama baru kut. tapi konsep penulisan macam tu dah ada rasanya. masa form 6 dulu aku ada tulis cerpen gaya ini. cerita pasal Hg Tuah berdialog dgn dan Hg Kasturi ttg patut atau tak patut nak bunuh Hg Jebat.

jeff 10:27 AM  

ehhhhh lupa lak.

gamba tengkorak tu fuyoh ! awesome dude !

kalau buat T-shirt, bagi title sekali ... 'TENGKORAK HANG! camtu bole ?

liiproduction 2:55 PM  

khSF - salamz bebeh~ sorry jugak kepada anda kerna gua lmbt reply..adeh!~ bersalah betoi rasanya LOL gua dah masuk blog lu tuhari, cuma lom sempat komen je..MENARIK!~ lukisan tengkurak tersebut mmg menarik..gua bersetuju dgn komen GAYOUR..gua sendiri merasakan imaginasi pelukis jauh lebih gelap dari apa yg dizahirkan..semoga anda bisa terus maju dgn hasil penulisan anda!~ keep me updated wth yer progress, aite? boleh collabo nnt utk children book illustration atau illustration2 yg lain...book cover pun kita bikin bebeh~ muaharharharhar!~

the devil himself,
http://liiproduction.fotopages.com
www.myspace.com/liiproduction

Hydrocodone 10:39 AM  

I8sGF0 The best blog you have!

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP