Friday, August 10, 2007

Hadiah Sastera Darul Ta'zim 2007

Syukur alhamdulillah berkat doa guru, rakan dan teman2. Hari ini saya akan ke JB. Acaranya akan berlangsung pada 11 Ogos 2007. Setelah dari acara HSKU 2006, ini yang kedua bagi saya untuk tahun ini. Sangat2 bermakna dalam perjuangan penulisan saya. Terima kasih semua atas doa dan sokongan.

11 comments:

jeff 10:28 AM  

alhamdulillah. tahniah.

i'm happy for you. teruskan penulisan tuan. saya menunggu sapta hitam.

Nissa' Yusof,  1:06 PM  

tahniah ang ngah..tak beli lagi novel, insyaAllah bakal=)

Anonymous,  6:10 PM  

tahniah, bro. lepas ni hang anta memana skrip pun mesti depa terima, terbit serta-merta! PA tabik punya. ehehehe...

~ainin naufal~

mohamadkholid 11:58 PM  

tahniah!

semoga akan terus mengutip kemenangan!

Radzi Sapiee 2:52 PM  

Hmm... Anak didik Puan Ainon ke saudara ni? Takpa, teruskan. Saya dahulu pernah nyaris-nyaris menulis untuk PTS. Malah setiap kali naik ke Janda Baik kemudian menumpang Internet wi-fi signal di rumah Puan Ainon pun beliau masih mengajak saya menulis untuk PTS (apabila kami berjumpa le...).
Saya tak tahu... Mungkin satu masa nanti. Buat masa ini, saya ingin menyampaikan sesuatu menurut ilham dan acuan yang saya dapat tanpa kekangan mana-mana pihak walaupun risikonya amat tinggi kerana bertindak bersendirian menongkah arus zaman.
Kalau buat untuk orang lain, tajuk "Berpetualang ke Aceh" pun tak boleh pakai kerana "Berpetualang" dikira membawa maksud negatif. Belum dikira lagi isi-isi di dalamnya yang boleh dikira agak sensitif.
Apapun, ada hikmahnya saya nyaris-nyaris menulis untuk Puan Ainon. Melalui saranan beliaulah, isi buku "Berpetualang ke Aceh" yang asalnya merupakan satu polemik merubah-balik penceritaan sejarah Melayu digarap kembali dalam bentuk novel supaya dapat diterima khalayak yang lebih besar selain dapat mengelakkan kontroversi... Maklumlah, novel... Kalau tak percaya, anggaplah ia sekadar cerita sahaja. Tapi siapa yang ada matahati akan nampak kebenaran yang ingin diutarakan. Wassalam! :]

Serunai Faqir aka SF 8:16 PM  

Radzi Saapie, Pembetulan - saya bukan anak didik Puan Ainon.

Anonymous,  8:46 PM  

"Radzi Saapie, Pembetulan - saya bukan anak didik Puan Ainon." <-- Hahaha... Kalut!
-kangaq

Ainin Naufal 10:03 PM  

Radzi Saapie, Pembetulan - saya bukan anak didik Puan Ainon.

Wakakaka!

Siapakah gerangan jejaka itu?

Radzi Sapiee 4:03 PM  

Hmm... Anggaplah saya yang keliru kerana beranggapan saudara sebagai anak didik Puan Ainon, tuan punya PTS. Lagipun jawaban kepada teguran saudara itu telah saya jawab dalam blog saya sendiri.
Apapun saudara Serunai Faqir, teruskan perjuangan penulisan... Yang penting adalah menulis untuk mengisi jiwa masyarakat dengan sesuatu yang berguna terutama sekali jiwa agama sejati yang tidak boleh dijual-beli, bukan untuk mengisi kantung sendiri atau lebih teruk (seperti yang banyak berlaku sekarang), MELACURKAN anugerah Allah yang diberi sehingga kita mampu menulis dengan berkesan untuk mempengaruhi masyarakat agar menyokong pihak-pihak tertentu terutama para politikus rakus kuasa yang pandai bertopengkan kulit kambing biri-biri seraya mengembek-embek membacakan doa, hadis dan Ayat-ayat Al Quran dengan lembut gula-gula lemak manis penuh berzat yang biasa disuarakan para pendusta @ tokeh industri penanaman tebu di bibir sedangkan jiwa mereka adalah serigala syaitan ala Machiavelli yang sanggup mempergunakan apa sahaja demi memuaskan hawa nafsu dan tamak haloba diri sendiri. Sekian... :]

puteri 1:47 PM  

mabruk buat abg SF..
*lewat pula mgucapkn..hehe
br bc =)

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP