Tuesday, August 14, 2007

Gambar di Majlis HSDT


Ah, papan tanda ini membuatkan saya merasa bangga kerana sekurang-kurangnya ada juga usaga untuk memperkenalkan nama-nama alat muzik tradisi di sana. Tambahan pula sdr WB Rendra menggesa akan mambawa saya ke situ tanpa dimaklumkan akan perkara tersebut. Sehari sebelum itu Rendra sudah mengatakan bahawa Kak Tiras ingin berjumpa untuk bersmebang. Inilah kali pertama kami bersembang dan paling menarik kak Tiras membelanja kami petang itu. Terima kasih kak.

Rupa-rupanya Kak Tiras sudah maklum akan HSDT akan dimulakan dengan pelbagai acara dan akhirnya barulah menyantap. :)Setibanya kami di dewan, Pak Razali Endun tersenyum lebar.Katanya tahniah berkali-kali, saya kata, kebetulan sahaja. Sambil itu sempat Pak Zali berbisik "cerpen awak saya sudah terima dan akan disiarkan minggu hadapan."Saya senyum simpul dan menggesa Ren untuk menangkap gambar kenangan bersamanya.

Majlis berjalan lancar pada malam itu, paling menarik kami dihidangkan dengan persembahan kebudayaan dari Yayasan Warisan Johor. Irama rebana Medan yang dititir menarik benar. Mata saya tertumpu kepada pemain rebana itu.Seronok benar saya pada malam itu.

Kemudian setelah acara selesai, seperti biasa sesi mengambil gambar beramai2. Bersama barisan penulis Johor yang lain, Zaid Akhtar, Azhar Salleh, yang lagi seorang itu saya tidak ingat namanya.

Akhirnya inilah wajah Rendra - orang yang telah bersusah-payah membawa saya ke sana ke mari hinggalah saya saya berangkat pulang ke KL. Makan minum beres pak ... hehehe. Terima kasih Rendra. Banyak perkara yang saya bincangkan dengannya mengenai perkembangan dunia sastera tanah air disamping bertukar0tukar fikiran mengenai penggarapan penulisan karya.

Lagi berita dari HSDT - dari blog WB Rendra

21 comments:

zulkhair 11:42 AM  

Tahniah SF naik ke atas podium DT! Sungguh bergaya. Sayang saya tak ada.

blackpurple 12:23 PM  

Tahniah!

Bangganya menjadi warga Johor... :)

Anonymous,  1:49 PM  

Fuh! Cayalah! Awat gambaq last tu? Hang nampak Marcel ka?
-kangaq

wahyu budewa rendra 1:52 PM  

syukur, alhamdulilah. majlis berjalan lancar. alahai bang, itu sahaja yang dapat ren bantu.ki.ki.

jeffrockers 4:42 PM  

semakin maju jaya .. selamat diucapkan :)

Noushy Syah 7:04 PM  

TQ dtg keblog NOushy...BTW, salam TAKRUF tu makna sepenuhnya apa yea? Kalau salam tu taulah Noushy, tak tau elok bertanya kan? Sbb never heard it before..

Maaf, bahasa saya tak seindah anda.

Anyway,satu blog lagi dpt saya kenali ..thanks again.

Anonymous,  11:42 PM  

gambar last tu, nak terbersin ke? hahaha

~ainin naufal~

©Opah De 4:41 AM  

Salam SF... fullamak... cayok (tiru Kangaq... ekekekeke) Napa gambar yang last tu cam nak terkentut je...ekekekekekeekeke... mana karya agung? Huhu... kan dah kena tanya...

john norafizan 8:07 AM  

ekekeeke..
Opah! Semalam dier tanya saya mana karya agung.. aaaa.. sekarang opah dah tanya pula sf... mana karya agung! ekekeke

zalisa_maz,  9:32 AM  

Tahniah atas kemenangan karya agung tuan. Wakakak

zaidakhtar 11:35 PM  

Salam SF,
tahniah.
eh, tak sangka kita dari satu sekolah. tapi saya masuk ke situ awal 1990.

Amir Husaini,  12:40 PM  

Tahniah saudara SF. Tengok nama Jalan Serunai tu terkenang masa saya tinggal di JB zaman sekolah rendah dulu. Rumah yang disewa terletak di Jalan Nafiri tak jauh dari Jalan Serunai.
Teruskan berkarya.

puteri 1:45 PM  

tgk nama jalan tu bangga koz
'serunai'_fakir =)

neway..tahniah2!
hmm.. mgkin suatu hr nnt kita ble brsua?

Abang Long 2:21 PM  

Wahai Saudara SF. Abang Long juga berbangga, kerana ada nama jalan yang mengingatkan kita tentang sejarah budaya orang Melayu.

Syarifah Salha Syed Ahmad 6:22 PM  

Meriahnya blog a.ngah ni. :)

zf_zamir 1:39 PM  

tahniah..teringin untuk berjumpa saudara..

kita tunggu masa berkata-kata mengenainya..

♣Grave_Digger♠ 3:30 PM  

ni anak SITI SALBIAH....
Long Live ♣Rock Kapak♠

Hydrocodone 7:46 PM  

bBikbR The best blog you have!

parent plus loans 1:21 AM  

1fA6o7 Nice Article.

alpha tours 2:15 AM  

Nice Article.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP