Tuesday, July 10, 2007

GAMBAR DI MASKARA 2 - RUMAH PENA


Gambar2 ihsan dari blog Vovin.

Malam itu saya fikir saya bukan dari kelompok orang2 sastera. Saya tidak mengenali sesiapa kecuali Sinaganaga yang menjemput kami bergendang. Selain dari Alif Firdaus. Begitu juga orang tidak mengenali saya. Puisi yang saya dendangkan melalui tiupan serunai entah siapa agaknya yang memahami? Saya pun tidak tahu, mungkin juga cuma kebisingan yang menerjah telinga mereka atau mungkin juga terkejut. Entah saya tidak tahu. Namun begitu saya menikmati persembahan mereka yang hadir di sana dengan sajak, puisi, silap mata dan lain-lain. Ah, masing2 punya pengertian yang berbeza terhadap sesuatu yang tak dapat dipaksakan kefahamannya.

Antara yang menarik hati saya adalah "Kisah Uki" oleh Elmaniq dan Esis, kisah yang penuh makna mengenai seekor cacing yang ingin berkuasa dan akhirnya ingin menjadi Tuhan. Selain dari itu juruacara yang bersuara garau, Attokz berjaya menghidupkan suasana pada malam itu dengan madah sari kata indahnya.

Alif? Dengan lawak2nya - menjadi seorang ahli silap mata yang berjaya menggamatkan suasana dengan silap mata dan 'kesilapannya'. Semasa saya berjumpanya saya tanya "Beg apa ini?" Alif menjawab, "Beg alat solek." Saya cuma senyum dan tahu akan helahnya yang tidak menjadi sebab flyers Maskara sudah jelas menyatakan aksi silap mata yang bakal dipertontonkan. Akhirnya Pyanhabib dengan puisi2 spontannya menutup tirai Maskara II pada malam tersebut.
Berita Maskara 2 di akhbar Utusan Malaysia 12.7.07

1 comments:

Abang Long 8:41 AM  

Ya, masih terngiang - ngiang alunan yang bersiponggang ...

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP