Wednesday, August 01, 2007

TIPS PROMOSI SENDIRI

Antara kaedah yang saya terfikir adalah (Pesan Nisah kepada saya usah malu untuk menjual hasil karya sendiri kerana beliau juga melakukan perkara yang sama) :-

1) Menghantar SMS kepada semua kenalan, rakan, sabahat dan saudara.
2) Menghantar emel yang terdapat dalam senarai serta meminta pertolongan mereka utk melanjutkannya kepada rakan2 mereka pula.
3) Membeli sendiri karya sendiri dan menghadiahkan kepada rakan2, sahabat dan sesiapa sahaja yg kita kenali.
4) Menempel di majlis2 sastera dan menjualnya.
5) Bertanya sendiri kepada ejen2 penjual buku yang menjual secara online.
6) Membuat resensi dan menghantar ke akhbar dan majalah yang sudi menyiarkannya.
7) Bersembang dengan teman dan memberitahu mereka agar jangan lupa membeli buku anda yang telah berada di pasaran.
8) Meminta pertolongan sahabat dan rakan bloggers agar menyiarkan berita novel anda yang telah diterbitkan.
9) ???

Kalau saudara dan rakan2 ada ide lagi silalah tambah lagi supaya kita semua dapat berkongsi kaedah dan cara supaya buku yang diterbitkan itu lebih laku di pasaran. Terima kasih.

----------------------------------------------------------------------------------------
Terima kasih atas respon sdr teman2.

9) Kata Kangaq - "Menghadiahkan buku sendiri kepada pesalah2 di penjara (pesalah2 yg popular sahaja) supaya bila depa turun ke mahkamah, depa guna buku tu tutup muka daripada wartawan. Dapat iklan free dalam akhbar dan televisyen. Ehehe..."

10)Nisah :
anjurkan sendiri majlis sembang-sembang buku. jemput kawan-kawan dan suruh mereka bawa kawan-kawan mereka. bincangkan buku sesama sendiri. (ini kes, kalau tiada siapa yang nak menganjurkan majlis sedemikian). Makan, boleh buat potluck ataupun 'go dutch' di restoran / gerai yang berdekatan. :-)

Teruskan usaha begini, SF. Ya, usah malu untuk jual buku sendiri. Kerja ini halal dan hasil titik peluh di badan dan katih usaha di minda!

Ainin Naufal :
11) menempel-nempelkan diri di blog orang lain. pendek kata, di mana ada blog, di situ ada kita.

12) Pendapat Zulkhair pula : Buat 'sticker' tampal di kereta sendiri, juga kereta kawan2 dan jiran2!

13) Black Purple -Promosi di forum-forum atas talian yang membincangkan tentang buku baru di pasaran. Saya banyak membeli buku selepas teruja sesuatu buku dibincangkan di dalam forum seperti itu.

14) Anonymous - ada satu kawan aku kata - beri pada pengkritik dan kritik habis-habisan dalam akhbar. Kontravesi benar macam filem Sepet atau Gubra..gitu. Filem tu laku fasal cerita kontravesi tu lah

15) Kata Pezul pula - promosi melalui Yahoo Messenger (YM), melalui ruangan chat seluruh Malaysia dan juga buat blog khas untuk buku yang diterbitkan. {Cadangan yang menarik}

20 comments:

Anonymous,  1:53 AM  

9) Menghadiahkan buku sendiri kepada pesalah2 di penjara (pesalah2 yg popular sahaja) supaya bila depa turun ke mahkamah, depa guna buku tu tutup muka daripada wartawan. Dapat iklan free dalam akhbar dan televisyen. Ehehe...
-kangaq

Kalamtimur 8:16 AM  

tahniah, semalam kat Kosmo! ada artikel mengenai penerbitan Dewangga Sakti. Gambar pengarang-pengarang PTS One, sdr Alif dan Rafiza pun tertera sekali

Amir Husaini,  9:14 AM  

Salam saudara SF, cadangan 1-3, 7 & 8 dah saya lakukan. Terima kasih kerana memberikan idea lain yang boleh diguna pakai. Nampaknya kenalah tebalkan muka buat promo sendiri, ya tak?

Nisah Haji Haron 9:56 AM  

anjurkan sendiri majlis sembang-sembang buku. jemput kawan-kawan dan suruh mereka bawa kawan-kawan mereka. bincangkan buku sesama sendiri. (ini kes, kalau tiada siapa yang nak menganjurkan majlis sedemikian). Makan, boleh buat potluck ataupun 'go dutch' di restoran / gerai yang berdekatan. :-)

Teruskan usaha begini, SF. Ya, usah malu untuk jual buku sendiri. Kerja ini halal dan hasil titik peluh di badan dan katih usaha di minda!

mohamadkholid 10:27 AM  

Ide yang baik!

Ainin Naufal 11:53 AM  

10) menempel-nempelkan diri di blog orang lain. pendek kata, di mana ada blog, di situ ada kita. Macam 'adik' kita tuuuuu... pandai dia, kan? he he he... ;P

zulkhair 12:10 PM  

Buat 'sticker' tampal di kereta sendiri, juga kereta kawan2 dan jiran2!

blackpurple 2:34 PM  

Promosi di forum-forum atas talian yang membincangkan tentang buku baru di pasaran.

Saya banyak membeli buku selepas teruja sesuatu buku dibincangkan di dalam forum seperti itu.

Anonymous,  3:44 PM  

ada satu kawan aku kata - beri pada pengkritik dan kritik habis-habisan dalam akhbar. Kontravesi benar macam filem Sepet atau Gubra..gitu.

Filem tu laku fasal cerita kontravesi tu lah

puteri 6:01 PM  

ya.. cr yg agak sy setujui..
di mana ada blog, disitu ada kita
forum..
dll..
promosikn!!

Faizul bin Kamaruddin bin A. Manan bin KH Bendar 8:00 PM  

boleh juga pergi kat yahoo messenger, pastu bang promote blog abang yang ada gambar buku tak pun buat satu blog khas tentang buku abang, kemudia promosi di ruangan chat selangor, kedah perak satu malaysia, juga boleh promote di ruangan chat luar negeri sampai ke uganda pun boleh. semoga berjaya, saya hendak buat cam nih. tapi awas! jangan terlampau sangat sebab nanti derang boleh tendang abang dari ruangan chat. camne tah derang buat. pandai-pandailah guna psikologi. maklumlah dalam ym selangor atau memana pun ramai bebudak yang tak minat membaca. mungkin dalam satu ruangan tu adalah lima orang yang minat,

Pawana Malam.. 8:42 AM  

salam abg SF,

lama ct x dtg sini...
eemm...nice song...

promosi2kan ni ct x reti la..sbb ct x aktif menulis dn trus terang membaca pun takla minat sgt2, tp boleh la...sekadar mengisi masa lapang dan jika minat, baru ct akan betul2 follow...

neway, teruskan usaha promosi..jika tak, xde la org mcm ct yg malas nk baca ni, nak beli..kalu buat promosi, at least boleh pengaruh org cm ct ni ..bagi ada hati dan terminat nak beli..mcm kat sini..tiba2 tgk buku "lagukan senandung itu"...trus ct rasa nk pi cari lps ni...eeemmm...hehhehe

zalisa maz 4:13 PM  

Tidak ada idea tambahan, saja datang menyibuk2

macai_suci 7:10 PM  

hmm....saya rasa mungkin satu lagi cara ialah semasa saudara menerima undangan bermain muzik mungkin boleh buat promosi buku tersebut...hee..he...dua promosi sekaligus...

macai_suci 7:10 PM  
This comment has been removed by the author.
awan sirus 11:39 AM  

salam . minta izin letak link ke blog saudara SF dalam laman blog saya. tentang promosikan buku,
apa kata kalau cipta lagu yang bertajuk sama dengan buku tu, kemudian suruhlah mana-mana artis terkenal nyanyikan lagu tu. dapat album, peminat mungkin akan cari buku tu.
ni idea sepintas lalu je...

Abang Long 10:36 AM  

Wahai Saudaraku SF. Abang Long bukan seorang penulis, tapi abang long dapat rasakan yang ramai penulis dinegara kita MALU untuk MEMPROMOSIKAN novel dan mendedahkan diri sendiri. Ada juga yang TIDAK MAHU untuk mendedahkan identiti diri sendiri. Sewajarnya penulis MESTI AKTIF dan terlibat dengan semua program dan majlis untuk bertemu dan bermesra dengan khalayak pembaca.

Hydrocodone 2:21 PM  

jyZjvo The best blog you have!

ford car insurance uk 1:18 AM  

Vgl7gw Please write anything else!

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP