Saturday, June 09, 2007

Doakan

Salam
Hari ini nenda saya dimasukkan ke IJN kerana disyakki menghidap penyakit serangan jantung. Mohon teman2 saya yang singgah ke sini doakan kesembuhan untuk nenda saya. Terima kasih banyak-banyak.
-----------------

Sudah hampir beberapa hari nenda saya terlantar di IJN. Berita termutakhir 3 salur injap jantungnya tersumbat dan akan ditembak dengan laser sahaja. Doktor mengatakan disebabkan faktor usia (nenda saya berusia hampir 90 tahun), pembedahan tidak dapat dilakukan kerana akan mendatangkan mudarat kepadanya. Kepada teman2, mohon tolong doakan agar prosedur tembak laser tersebut berjaya. Ketika berada di sana entah berapa kali jururawat yang bertugas terpaksa dipanggil untuk melihat kondisi nenda saya yang berubah-ubah. Saudara jauh dari Pahang juga turut hadir menziarahi nenda.
-------------
13.7.07, 1 pg
Hari ini nenda saya agak tenat. Segala ubat, makanan dan minuman habis terkeluar semula. 12.30, abang sulung dari JB sudah sampai di IJN. Mak Ngah sekeluarga berada di IJN. Keadaan nenda semakin parah, tidak tahulah samada kesan dari ubat2 atau sebaliknya. Selepas menghadiri kenduri, saya tiba di IJN jam 11mlm. Saya dimaklumkan ketika oleh abang ketika jururawat memberikan ubat, nenda meraupnya ke muka dan membasuh tangannya seolah-olah sedang mengambil air sembahyang, lantas dia terlena dalam keadaan qiam. Hingga pagi esok saya cuba bertahan untuk tidak tidur menanti kalau-kalau ada berita selanjutnya. Saya bermohon kepada teman2 agar berterusan bersama saya mendoakan kesembuhan untuk nenda saya.

9 comments:

tegezoot 6:07 PM  

InsyaAllah... saya turut akan berdoa dan harap awak tetap tabah dalam menghadapinya seperti mana ketabahan awak selama ini dalam perjuangan awak...

Kelana 1:29 AM  

Iringan doa saya untuk nenda saudara. Saya harap saudara tabah dan cekal menghadapi dugaan ini.

jeff 8:46 AM  

doa lah semoga Allah berikan yang terbaik untuk nenda saudara .. Insya Allah

Anonymous,  12:28 PM  

semoga nendamu segera sembuh. amin.

~halilah~

zalisa_maz,  10:31 AM  

Semoga nendamu cepat sembuh. Aminnn...

Anonymous,  1:53 PM  

hak itu milik TUHAN, moga DIA menyembuhkannya.

gelembai7.wordpress.com

macai_suci 7:58 PM  

Mudah-mudahan nendamu akan berada didalam lindungan rahmat ilahi insya-Allah....

tegezoot 7:19 PM  

Saya akan terus mendoakan...

Oraet.com 10:20 AM  

salam..semoga nendamu cepat sembuh..

spt tercatat di blog sy..

"Pembetulan ~ kemungkinan saudara SF telah terjajar ke masa hadapan sewaktu menaip disebabkan fikirannya terganggu, maka atas ketajaman mata Cikgu KalamTimur ala-ala ehh.. aka PerkasaAlam, tarikh telah didapati silap. Sudah tentu tarikh yang betul ialah 13.6.07."

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP