Friday, June 15, 2007

DEWANGGA SAKTI & HIMPUNAN CERPEN

Alhamdulillah, segalanya saya panjatkan kepada Allah atas kuasa-Nya di atas diam dan gerak kita. Inilah novel kedua garapan yang bercorak fantasi Melayu. Hampir sebulan setengah ia digarap sepenuh masa, itupun waktu saya disulami dengan aktiviti lain. Terima kasih saya kepada sdr Nisah Haron, Kangaq dan Kak Zalisa yang terlebih awal memberikan beberapa komen cadangan dan tentunya semangat yang lalap menjulang. Juga terima kasih saya kepada sdr Alif yang bertungkus-lumus mengedit serta memberi ruang untuk berbincang dari hati ke hati. Meskipun begitu saya akan bertemu sdr Alif secepat mungkin untuk membincangkan sedikit perihal berkenaan perjanjian yang disuguhkan kepada saya setelah nenda pulih sedikit.
Ia mengisahkan seorang remaja bernama Jaka Suria yang mengembara untuk mencari penawar kepada penyakit ibunya. Untuk pembikinan novel ini, saya hanya menggunakan dialog serta gaya bahasa yang agak mudah sesuai dengan tema untuk remaja. Pun begitu pada hemat saya ianya masih sesuai untuk dibaca oleh golongan dewasa yang gemarkan kisah-kisah fantasi. Novel ini insyallah akan digarap secara trilogi. Ketika ini saya sedang menggarap novel fantasi dewasa bertajuk Sapta Hitam, Jagabaya, Diari Pembunuh Upahan dan sebuah novel sains fiksyen berjudul 'U-Topia'. Agak rumit sebenarnya menghasilkan beberapa novel secara serentak tapi saya kira kaedah KJ yang saya belajari di bengkel PTS tidak mengecewakan. : )
Lagu tema Dewangga Sakti ini sedang disiapkan oleh sepupu saya Insyallah. Semoga Tuhan memberi kekuatan untuk saya terus berkarya sampai bila2 kerana semua ilham yang tercetus adalah dari Dia. Kita hanya 'alat' semata-mata. Amin.
Kepada teman-teman saya yang sudi membacanya, sila dapatkan Insyallah hujung bulan Jun ini seperti yang dijanjikan oleh sdr Alif. Terima kasih kepada pelukis yang bernama Kimball yang menggarapkan beberapa lukisan yang menarik untuk novel ini. (Saya sedang mencari-cari blognya, masih belum berjumpa).
---------------------------------------------

Projek Himpunan Cerpen

Projek ini diselenggarakan oleh sdri Ummi Hanni Abu Hasan kira-kira dua tahun yang lepas, dan alhamdulillah akhirnya baru tahun ini berjaya diterbitkan. Ia merupakan himpunan beberapa cerpen teman2 penulis termasuklah saya, Nimoiz TY, Fahd Razy, Ustaz Maszlee Malik, Ummu Hani, Ezzar Akmal dan Naimisa Yusof.
Kata sdri Ummu di blognya :

Ini ada berita baik untuk peminat buku...
ku khususkan buku ini kepada mereka yang menghargai sesuatu yang berilmu dan bermanfaat.koleksi cerpen kanak-kanak terlaris oleh barisan penulis yang prolifik menghasilkan karya-karya krestif berunsur Islam. diabadikan untuk mendidik, menghibur dan memupuk nilai ilmu kepada si comel alaf baru. khazanah kreatif ini adalah hadiah terbaik anda kepada anak-anak dan sahabat taulan. Anda boleh membaca garapan santai dan comel daripada penulis2 ini :saudara nimoiz Ty, Fahd Razy, Ustaz Maszlee Malik, Ummu Hani, Ezzar Akmal, Serunai Faqir dan Naimisa Yusof.


19 comments:

Azree MH,  1:48 AM  

tu mcm naga gebu je. Tak takut.. Hehe.

Amir Husaini,  9:38 AM  

Tahniah dan syabas! Saya harap kreativiti saudara akan terus menyerlah. Bila agaknya buku ini akan berada di pasaran?

dewangga sakti 9:51 AM  

Assalamualaikum saudara SF,
Salam persahabatan.
Secara kebetulan, tajuk buku saudara sama dengan nama kumpulan muzik saya.

zalisa_maz,  10:09 AM  

Tahniah tuan. Semoga lahir lagi novel-novel hebat seterusnya.

dewangga sakti 11:36 AM  

Salam saudara SF,
Adakah saudara juga mempunyai akaun myspace?
Terima kasih

Anonymous,  11:49 AM  

Manthoooop!

~halilah~

©Opah De 11:49 AM  

Salam SF...
Tahniah akak ucapkan. Semoga mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Amin.

mohamadkholid 3:22 PM  

Belum membaca lagi tetapi menatap kulitnya sudah cukup mengujakan, tahniah!

dewangga sakti 3:42 PM  

Salam SF,
Kalau begitu, akaun myspace saudara ada link di dalam myspace kami.

ez 4:01 PM  

Salam sdr SF,

Tahniah! Membaca ringkasannya dan lukisan kulit yang menarik memang kena beli.

Anonymous,  4:04 PM  

tahniah kanda. tumpang gembira dengan kelahiran ini.





ren

Anonymous,  10:26 PM  

Tahniah!
Ichigo boleh! SF boleh!
-kangaq

macai_suci 6:53 PM  

tahniah..... perjuangan anda kini sudah sampai masa untuk di tuai

tegezoot 7:02 PM  

Tahniah dan terus tabah dalam usaha!

blackpurple 6:19 PM  

Tahniah saudara!

Tahniah juga menerima 2 hadiah penghargaan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-Exxon Mobil 2006 (HSKU) itu.

zf_zamir 10:59 AM  

buku-buku terbit, anugerah-anugerah menang..

aduh, tahniah..

hehe..

student discount..ada tak?

kak ila,  7:24 PM  

tahniah dik. awak menang lagi? huh, teruja sungguh akak. nanti kita buat pertukaran ya? (sistem bata) tapi novel akak terbit Ogos.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP