Thursday, May 24, 2007

Novel ini

Inilah judul novel sulung saya dengan DBP yang telah ditunggu hampir dua tahun setengah. Kewujudan dan judul blog ini juga bersempena dengan tajuk novel ini dahulunya. Sekian lama penantian saya, barulah hari ini menampakkan hasil. Novel ini sebenarnya saya karangkan demi menaikkan seni budaya yang telah hampir dilupakan oleh masyarakat kita. Nama pena saya juga untuk yang sama. Sekurang-kurangnya dapat juga saya perkenalkan seni dan budaya dengan cara penulisan kreatif. sekurang-kurangnya pembaca dapat juga mengerti secebis kisah jerit perih orang seni dalam menghidupkan seni dan budaya leluhurnya. Itu sahaja yang mampu saya sumbangkan bagi pihak orang seni.

Tapi khususnya novel ini saya kepada barisan guru2 yang terlibat dalam persilatan dan pergendangan yang sekian lama mengabadikan diri tanpa jemu dan lelah. Tanpa mereka novel ini tidak akan terhasil. Juga terima kasih tidak terhingga saya kepada ibu guru Zaharah Naawawi yang selalu tegang urat merih bagi memastikan novel ini dapat disiapkan dengan jayanya. Juga terima kasih saya kepada DBP yang menerbitkannya walaupun lambat. Juga terima kasih kerana mengizinkan saya menggunakan nama pena ini walau terdapat sedikit kesalahan dalam ejaannya. Sepatut 'Fakir' itu dieja dengan 'Faqir', namun tidak mengapa ia membawa pengertian yang sama bagi saya. Faqir itu aku, dan aku Faqir itu. Faqir benar2 di sisi Allah.

Semoga teman2 sudilah membaca kisah orang seni dalam novel yang dituliskan (pengalaman pertama). Kiranya ada salah dan silap, tegurlah saya. Saya cuma sehelai benang di permaidani sastera tanah air. Terima kasih kepada semua yang menyokong. Wuallahua'lam.
Katanya mereka akan terbit bukan Julai akan datang ini.


Atur letak kulit luar ini pula dilakukan oleh teman pelukis yang bernama Emio.
Fikir-fikir juga bagaimana akal keratifnya mampu membuat perkara sebegini dengan menggunakan perisian yang canggih. Terima kasih Emio!

25 comments:

Anonymous,  10:00 PM  

Tahniah. Semoga semakin sukses dgn idea yg menggebu-gebu.

~zalisa maz~

Ainin Naufal 11:41 PM  

Tahniah. Semoga jadi penulis yang berjaya dan manthooooob.

Anonymous,  3:47 AM  

warnamu meraahhh...
-kangaq

Anonymous,  3:47 AM  

warnamu meraahhh...
-kangaq

macai_suci 7:51 AM  

Tahniah....teruskan usaha..Insya Allah berjaya.....saya teringat mutiara kata "kita apa yang kita fikirkan"

mohamadkholid 1:06 AM  

aku terbayang senyuman hang... tahniah

Amir Husaini,  1:39 AM  

Syabas atas kelahiran novel saudara. Semoga saudara terus produktif dalam menghasilkan karya-karya baru, insya-Allah. Sudi-sudikan juga menjenguk ke teratak saya jika ada kelapangan.

Fahd Razy 2:29 AM  

Tahniah! Tahniah! Tak sabar nak baca!

Maizura Mohd Ederis 2:09 PM  

Tahniah! Tahniah! Tahniah! Eh, awak belajar silat apa?

blackpurple 2:06 PM  

Teruja. Tahniah!

Gelembai 11:44 AM  

http://gelembai7.wordpress.com/
see u there...

Anonymous,  2:58 PM  

syabas kanda! memang banyak durinya untuk karya pertama kita ini. dan (dinda) juga masih ternanti-nanti kemunculannya.

ren.

tegezoot 5:37 PM  

Tahniah! dan sesungguhnya saya amat berbangga! Sebagai insan yg boleh dikatakan sehala tapi mungkin cara kita berbeza saya pasti akan menunggu keluarannya! Julai ya?

Nissa' Yusof 10:02 PM  

wah..tahniah abg ngah..tak sabar nak baca ni!

aainaa 10:03 PM  

abg ngah..congratulations on ur publishing of this novel..i'll buy it bile die kuar k...the title sounds very similar to this song "senandung by *whiteshoes&couplescompany*"
"...senandungkan lagu ini, atas rindu di hati..mengusik di lantai bumi, ku mohon maaf kau.."-aina-

ummu hani,  7:34 AM  

tahniah saudara Serunai Faqir!
nak beli nanti, insya Allah.

Oraet.com 3:53 PM  

Salam.
Wah! Merah tu Mak Ngah ehh.. Pak Ngah..
Kena tolak sedikit ke sisi peruntukan kewangan kala Julai menjelma..
Tahniah incheeeee..
ku paksa ehh.. pasti sambar..

Anonymous,  12:17 PM  

aku nak satu!

gelembai7.wordpress.com

kak ila,  8:50 PM  

salam sf. tahniah juga buat adik akak ni. bukan mudah untuk mendapat tempat di DBP. tidak semudah kami menerbitkan novel di penerbitan biasa.meski lama baru terbit tapi akhirnya penerbitan terunggul terpandang novel awak. tahniah sekali lagi. novel akak yang memenangi saguhati sayembara jubli emas 2006 dulu pun akan terbit tahun ini di DBP. insyaallah menurut jurucakap DBP, akan diterbitkan sempena 50 merdeka.kalau terbit nanti, kita tukar suka sama suka nak? bye...

jeffrockers 11:41 AM  

argh argh aku lambat baca entri ni .. tapi syabbas syabbas SF ! wah gumbira rasanya melihat saudara kini bergelar novelis. tahniahhh.

permulaan yang sangat baik. penampilannya bersemangat. tajuknya. warnanya. saya ingin memilikinya.

(aku ni bila la pulak hehe)

Anonymous,  8:01 PM  

tabik EMIO!
-kangaq

zf_zamir 12:36 AM  

tahniah..

harganya berapa?

ada diskaun kalau beli melalui saudara?

hehe..

sedekah pada orang tgh belajar ni, banyak pahalanya..

huhu..

©Opah De 11:36 AM  

Salam SF...
Tahniah. Cantik cover buku tu. Semoga mendapat sambutan yang menggalakkan. Amin.

Hydrocodone 1:59 PM  

hNzCpQ The best blog you have!

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP