Sunday, May 13, 2007

Kursus JSBN dan Kembara ke Kedah


Salam sejahtera kepada teman2 saya.
Saya baru sahaja kembali dari menghadiri kursus Jurulatih Seni Budaya Negara di Kuantan, Pahang selama seminggu. Alhamdulillah nampaknya pihak KeKKWa dan KPM telah mengambil inisiatif untuk memperakukan aktivis2 seni dan budaya yang sekian lama terpinggir di bumi sendiri. Mereka mengadakan beberapa kursus iaitu dalam bahagian Muzik, Tarian, Gasing, Seni Tampak. Alhamdulillah saya berjaya memasukki kursus Muzik yang lebih menumpukan kepada muzik tradisional.
Di sana, asas muzik Gendang Silat (aliran Kedah), Gamelan, Cak Lempong dan Kompang telah diajarkan kepada para peserta. Pada mulanya pening juga apabila pembelajaran dimulakan dengan membaca notasi (kami panggil taugey kasar dan taugey halus). Itu pun baru asas, namun semangat mengatasi segala, ketika peperiksaan peserta seramai 91 orang telah lulus, hanya seorang sahaja yang gagal.


Namun, yang lebih menarik adalah saya dapat mempelajari sesuatu yang baru selain dari muzik dan notasi. Teman2 baru saya perolehi melalui kursus tersebut (peserta dari seluruh Malaysia). Ada yang sudah 'otai' dalam bidang muzik dan ada yang masih baru seperti saya.
Bersyukur saya kerana berjaya dalam peperiksaan dan kursus tersebut dan telah diberikan kebenaran untuk mengajar sekolah di sekitar KL. Hari Isnin esok, saya mungkin akan ke KeKKWa untuk melapor diri dan meninjau2 peluang yang ada dalam memartabatkan seni budaya kita ini. Doakan saya agar tabah dalam perjuangan ini ya. :)

Kembara Ke Kedah
Setelah puas berkursus, saya ke Kedah pula selama seminggu kerana menziarahi barisan guru yang berada di sana. Destinasi pertama adalah Jitra. Selama dua hari berada di sana puas benar bergendang. Malam pertama kami dibawa menziarahi bekas pemuzik Wayang Gedek. Hampir dua jam di sana, saya lebih banyak mendengar dan memerhatikan mereka dari meniup serunai. Hanya beberapa lagu sahaja yang saya tiup, itupun setelah di suruh. Maklumlah adat merantau ke tempat orang.
Malam seterusnya kami bergendang di Langgar, rumah Pak Tam. Selain dari gendang dapat juga saya melihat seni silat Tomoi dan Tari Minang di kawasan bergendang itu. Sambil bergendang, mereka bersilat. Aduh, terasa bagaikan zaman dahulukala. Sekarang sudah jarang dapat menyaksikan latihan silat bersama orang gendang. Disamping itu, dapat juga saya melihat Pak Teh Mat Khir mengajar gendang silat di sekolah rendah. Pak Teh juga telah lulus kursus untuk menjadi jurulatih seni budaya. Tujuan saya mengikuti beliau adalah untuk mendapatkan sedikit pengalaman bagaimana dia mengajar supaya boleh saya adaptasikan apabila mengajar nanti di sini.


Termenung saya melihat beberapa adik perempuan yang mampu meniup serunai dengan baik. Pak Teh pun menyuruh saya mengajar mereka beberapa lagu. Dengan pantas mereka 'menangkap' lagu yang saya ajarkan. Wah, memang cepat mereka menghafal lagu2 yang diajarkan. Saya jadi bersemangat melihat kesungguhan mereka dan berazam untuk berkongsi ilmu di sini apabila ada peluang.
Setelah itu saya ke Pendang pula untuk menziarahi guru yang berada di sana. Alhamdulillah walaupun cuaca di Kedah ketika itu amat panas (kemarau) , dapat juga saya menimba pengalaman di situ. Teringat bagaimana kami pergi mengambil 'daun tai' untuk dibuat lidah serunai. Sebenarnya itulah kali pertama pergi melihat sendiri bagaimana cara untuk mengambilnya. Selain dari itu saya dapat juga merasa makan burung 'Panglim' menurut guru saya. Sedikit besar dari Wak-Wak. Itulah kali pertama saya mendengar nama burung yang pelik dan merasa dagingnya.
Setelah dua hari berada di sana, kami kembali semula ke kota metropilitan yang sibuk ini untuk menjalani tugasan yang rutin dan seperti selalu.
: )
Siapa yang berminat untuk melihat video klip persembahan kebudayaan, sila klik di sini : Persembahan seni dan budaya dan ianya boleh dimuat turun utk simpanan peribadi.

9 comments:

macai_suci 10:35 AM  

wah macam seronok sahaja bunyi nya....so selepas ini ada join venture dengan KEKWA ker?...

Anonymous,  12:26 AM  

semoga sukses :)

~zalisa maz~

Rozlan Mohamed Noor,  11:13 AM  

Blog yang baik utk berkongsi pandangan. Boleh berkongsi Link? saya akan place adress laman sdr di tintarona blog... dan harap dapat place tintarona blog di laman blog sdr. TQ

jeff 4:41 PM  

semoga satu hari dapat masuk TV ? insya Allah :)

kak ila,  11:25 AM  

wah, gendang-gendang ma... teruskan bicara seni anda.

Anonymous,  2:16 PM  

aku kini di http://gelembai7.wordpress.com/

Hydrocodone 6:30 PM  

aroXN3 The best blog you have!

insurance and pregnancy 1:29 AM  

XJAXQ8 Wonderful blog.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP