Wednesday, April 04, 2007

Kisah Orang Bergendang



Salam kepada teman2.


Agak lama saya tidak menulis apa2. Tiada apa yang menarik berlaku. Hanya pengalaman bermain dengan ketika majlis KL INTERNATIONAL LIT FEST di Bangsar Seafood atas jemputan sdr SM Zakir. Seronok juga bermain di situ tambahan pula mengiringi ketibaan Yg Amat Berhormat TPM kita. Cuma beberapa insiden kecil yang berlaku, menjadi iktibar kepada kami. Kesilapan berlaku pengacara ML tersilap membaca senarai yang diberikan, namun atas kecekapan AJK dan ML, segalanya dapat diatasi. Pun begitu, saya masih teruja untuk bermain di majlis seumpama itu. Ketika berada di atas pentas, lensa saya menyinggahi wajah2 yang hadir di dalam majlis itu, namun tidak seorang pun saya kenali kecuali sdr SM Zakir, TPM dan isterinya, tapi saya tahu kebanyakan mereka ada sasterawan dari negara luar.


Petang sebelum majlis KLILF ini berlansung, saya menerima panggilan dari Restoran Nelayan Titiwangsa utk mengadakan persembahan di premisnya. Hari Rabu, minggu lepas - tepat jam 9.40 mlm setelah berpeluh-peluh menunggu (Ucapan 2 orang VIP- aduh, lamanya!), kami bergendang mengiringi keluar persembahan makanan yang dibawa. Hari Jumaat (setelah pertemuan pada hari Rabu tadi dibatalkan pada saat akhir) ini akan betemu dengan pengurusan mereka utk perbincangan selanjutnya kiranya mereka berminat untuk mengambil kami bermain. Mohon doa dari teman2 semua agar ada rezeki di situ. Nanti bolehlah berjumpa saya di sana sambil makan dan menikmati persembahan gendang dan silat.


  • Gambar di atas tersebut semasa sesi 'menyemak bunyi' - petang sebelum majlis sebenarnya.

8 comments:

Puteri Daluwarsa 6:37 PM  

hari apa persembahan kanda sf di situ? Nanti boleh saya dan suami datang makan sambil berhibur.

;)

Anonymous,  1:27 PM  

semoga terus sukses kanda! dinda mendoakan kejayaan kanda; dari hujung pelangi selatan.

ren.

jeff 11:32 AM  

kalau ada gambarnya .. lagi menarik kan

Anonymous,  3:28 PM  

Allahummaarzuqna rizqan halalan taoyyiban mubarakan wasi'an birahmatika ya arhamar rahimin. Amin

al-kurauwi
http://ibnuahmadal-kurauwi.wordpress.com

zalisa maz 12:26 AM  

singgah dan baca apa2 yang patut :D

kak ila,  12:22 AM  

hai... ramainya adindamu SF... teruja saya.

Hydrocodone 5:34 PM  

F0fSta The best blog you have!

oxonia insurance 1:49 AM  

UIC7R2 Magnific!

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP