Saturday, March 03, 2007

Tentang Bulan



Senyum2 saya menonton filem ini. Terasa memori silam datang menggamit bila melihatkan aksi mereka. Bermain basikal, mandi di tali air, suasana dalam kelas, suasana kampung. Ah, semuanya tidak mungkin kembali lagi. Usia semakin singkat, terasa bumi berputar begitu laju bagaikan tiada perhentian. Kenangan mengaji, melihat bulan. Saya dibuai kenangan sepetang tadi. Semuanya dikeranakan 'Tentang Bulan'. Plotnya ringkas sahaja, tapi mampu sahaja menenggelamkan sesiapa pun yang menonton cerita ini. : )

10 comments:

Pawana Malam.. 2:13 AM  

assalamualaikum abg sf,
sihat?lama x tinggal jejak kat sini...eh, meh la dtg blog ct..ade sesuatu untuk abg di sana...

entry 12 March 07

Anonymous,  11:41 PM  

Tentang Bulan? Hmm... tak dapek nak ulas. tak tonton lagi :D

~zalisa maz~

puteri 12:48 PM  

lm xupdate blog
salam ziarah.

salam knl dr puteri

jeff,  5:02 PM  

bro .. dah tengok tentang bulan boleh la gi tengok mukhsin .. dan compare

nota : anak saya bersungguh-sungguh nak gi tengok Mr Bean .. aduhai bawak je lah

Anonymous,  1:11 PM  

assalammualaikum kanda,
sebelum lewat - lekas bergegas tonton 300. pegh, dasyat pejuang spartan! rasa bersemangat menontonnya.

ren.

kak ila,  8:50 PM  

Aduhai, memang indah zaman kanak2. Hampir tidak ada sebarang masalah. Bila marah - memberontak, sedih -menangis, Benci - kunci diri di dalam bilik sampai dipujuk. Balik dari sekolah terus panjat pokok rambutan, manggis dan mangga. Makan di atas pokok sampai kembung. Petang, berendam di dalam sungai bercampur lelaki dan perempuan. Pergi mengaji juga malam2 bersama lelaki dan perempuan (hampir seusia). Tidak pernah pula kita bernafsu (tersansang). Bodoh benar kita. Tidak seperti kanak2 sekarang yang terlalu bijak & cemerlang otaknya. Bayangkan jika kita biarkan anak2 kita bergaul bebas begitu, pasti ada yang terkahwin sebelum sampai waktunya dan ter... sebelum sesuai dipanggil papa & mama. Aduhai, kekadang rindu ini mendera, ingin kembali ke zaman lampau....

Adam Al-Bakafi 2:38 PM  

Assalamu'alaikum,

Lama tak membaca cerpen Serunai Faqir, kebetulan semalam tersiar dalam sisipan Utusan Melayu.

Pertama kali terkesan dengan cerpen saudara dalam Utusan Mingguan bertajuk "Im dan Man". Masa tu ada sedikit latar belakang saudara. Terdetik dalam hati, tak sangka ada juga orang lain dalam perkhidmatan yang sama yang cenderung ke arah seni penulisan ni. Tapi sesungguhnya saudara dalam kelas tersendiri.

Itu cerita lama. Cuma satu soalan berhubung cerpen "Jihad Sang Hamba", masa hantar cerpen tu memang siap bertaip dalam tulisan jawi ke atau bagaimana?

Apa-apa pun, selamat maju jaya di lapangan mana jua saudara berada.

Hydrocodone 4:40 PM  

18m5XS The best blog you have!

zoloft and prozac 1:14 AM  

grBd9u Thanks to author.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP