Friday, January 05, 2007

Raya Korban

Alhamdulillah,

Jenuh juga menunggu agar dapat menulis lagi di blog ini setelah peristiwa yang melanda Taipei. Itulah kita ini bergantung sangat kepada orang, bukan?

Ya, tahun ini saya beraya di Kedah. Bersama teman sepergendangan, Shahrul - perjalanan kami bermula jam 1.30 pagi dan iba di Jitra, Kedah pada jam 7.30 pagi. Seronok bukan main lagi kerana sudah lagi tidak berjumpa dengan guru kesayangan kami, Pak Teh Mat Khir. Banyak perkara yang diperbincangkan. Bagaikan tidak puas rasanya, kami terus bersembang walaupun kantuk sudah menyerang. Akhirnya kami mengalah pada panggilan alam. Tidur! Malamnya kami berehat dan menyambung perbualan sementara menanti kantuk menyerang lagi untuk kesekiankalinya.

Pagi
Tercegat Pak Teh, "Lekas, lekas bangkit." (Ketawa) Terlambat sedikit bangun dan terus bersiap-sedia menuju ke masjid untu menunaikan solat hari raya aidil adha. Selepas solat, kami dibawa beraya ke rumah-rumah yang berdekatan. Wah, apa lagi kenyang bukan main lagi. Main pakai sumbat sahaja demi menjaga hati tuan rumah yang telah mempelawa untuk makan. Ketupat pulut, mi rebus, mi sup, mi goreng dan macam2 anika juadah yang kami sebat. Tengahari pula kami bergendang sepuas-puasnya. Apabila petang menjelang, kami ke rumah Haji Jan yang merupakan salah seorang guru serunai di pekan Jitra. Acara seterusnya menyaksikan 6 ekor lembu direbahkan secara halal, tapi saya hanya sampai sedang mereka melapah daging sahaja.

Kembali dari sana, saya fikir bahawa semangat kejiranan dan keakraban masih lagi terjalin sesama mereka. Kunjung mengunjung dan saling bertanya khabar masih likat dalam kehidupan seharian mereka apatah lagi di hari yang mulia tersebut. Berbeza benar dengan keadaan kita di KL.

Tidak puas dengan mengunjungi Haji Jan, kami berdua mengunjungi Pak Teh Mid di Kg Kuala Lanjut, Kubur Panjang. Kalau di rumahnya tidak sah berziarah sekiranya tidak bergendang. Apa lagi raya kami dengan bergendang dan berserunai. Tambahan pula rakan kami dari KL turut bersama, bertambah riuh dan meriah suasana. Aduh, seronoknya beraya di sana.
Raya teman2 bagaimana ya?
_______________________________
Hari Jumaat ini saya dijemput oleh saudara SM Zakir untuk bergendang di rumah PENA. Katanya menyambut menteri, entah apa majlis saya pun tidak pasti. Cuma yang pasti, ia melbatkan hal2 kesusasteraan. Mungkin boleh berjumpa dengan sdr2 dan temn penulis di sana.

4 comments:

jeff 1:31 PM  

meriahnya raya di kedah dgn serunai dan gendang! ttg raya di KL, masih ada juga tempat yang erat silaturahimnya. Di bdr tun razak cheras, tiap2 thn Aidil Adha dgn majlis korban diikuti dgn masak sup dlm kawah (daging + tulang + gear box + ekor .. terliur le pulak) dan dijamu utk semua yg hadir ..

di kedah tak jumpa dgn Pak Ku ke ? yg pernah jadi koreografer silat untk drama Pendekar Kundur dulu ?

jeff 1:34 PM  

meriahnya raya di kedah dgn serunai dan gendang! ttg raya di KL, masih ada juga tempat yang erat silaturahimnya. Di bdr tun razak cheras, tiap2 thn Aidil Adha dgn majlis korban diikuti dgn masak sup dlm kawah (daging + tulang + gear box + ekor .. terliur le pulak) dan dijamu utk semua yg hadir ..

di kedah tak jumpa dgn Pak Ku ke ? yg pernah jadi koreografer silat untk drama Pendekar Kundur dulu ?

Hydrocodone 12:37 PM  

Q1TxUg The best blog you have!

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP