Thursday, January 11, 2007

Jahanam AS & Israel!

Jahanam betul AS dan Israel! Setelah hancur berkecai Iraq, Bush semalam baru mengaku bahawa sebenarnya penghantaran tentera jahanam mereka ke sana adalah suatu kesilapan. Sebenarnya dunia sudah tahu agenda mereka dan kononnya dengan angkuhnya berkata bahawa dia akan bertanggungjawab. Semoga jahanamlah AS dan Israel! Aduh nyawa manusia dipermain-mainkan. Saya cuba bayangkan bahawa anak @ isteri @ ibu @ bapa @ sepupu @ saudara mara rapatnya yang terkangkang di bawah timbunan rumah akibat letupan bom atau ditembak. Kemudian orang yang membunuh tersebut hanya datang dan mengatakan bahawa dia telah tersilap. Paling jahanam, ianya dilakukan dengan 'halal' dan meminta maaf pun dengan wajah yang tenang. Haiwan sungguh mereka ini!

8 comments:

mohamadkholid 6:14 PM  

masalahnya negara-negara Islam pun masih ber'kitblat'kan amerika...

zalisa maz 9:39 AM  

betul tu mohdkholid, org islam menjerit melalak sehingga sanggup bakar tayar dan bendera marahkan amerika dan yahudi. tapi di bibir mereka terjepit trade mark amerika yahudi. berasap2 lagi. hmm.. siapa nak jawab ni?

kak ila 1:33 PM  

memang sf. memang geram. kadang2 terfikir juga benarnya tindakan ramai pejuang berani mati yang meletupkan diri sendiri. mungkin mereka frust yang teramat tetapi kalau difikirkan berkali2, apa gunanya membunuh diri dgn cara itu kerana ALLAH lebih murka.

Jeff 5:23 PM  

Marahkan USA ni dah berzaman dah orang buat tapi sebab memang tak dinafikan USA tu 'kuat' maka hanya setakat marah sahajalah yang mampu kita buat.

Tapi di atas sana yang Maha Kuat sedang melihat. Kita di bawah ini .. tak mengapalah kalau sekadar marah pun kerana kalau tak mampu dengan tangan atau lidah .. dgn hati pun memadailah

Nissa' Yusof 1:12 PM  

saya setuju..mereka tu yang 'kuasai' dunia..jadi tinggallah kita di sini yang memendam rasa=(

Puteri Daluwarsa 5:41 PM  

SF, aku cadangkan buku Confession of an Economic Hit Man, John Perkins. Buku best tu, pendedahan kejahatan US dengan dasar hegemoni dunia melalui kuasa korporat.

zf_zamir 11:33 AM  

kak ila,
intifada seperti yang pejuang berani mati di Palestin itu lakukan sudah difatwakan oleh dr Yusuf al-Qardhawi sebagai boleh (lihat di info palestin) kerana mati kerana agama adalah matlamat perjuangan tertinggi dan terakhir, di samping keupayaannya menggerunkan musuh..

sf,
[HR Muslim: Rasullullah SAW bersabda beberapa hari sebelum munculnya kiamat, ilmu Islam dihapuskan, timbul kejahilan dan banyak berlaku jenayah terutama jenayah pembunuhan..]

bersedialah, kita benar-benar di ambang kiamat, manipulasi manusia bagaikan nyawa itu barangan, bukan lagi perasaan, tetapi realiti..

dan yang nyata, kita benar2 ambil jalan playsafe disini..

kak ila 1:02 AM  

Salam Zf. Mungkin ceteknya ilmu kak ila tetapi kak ila tak sanggung melihat lebih ramai orang Islam yang terbujur kaku, putus anggota tubuh seamata2 kerana meletupkan diri sendiri. Amerika insafnya tidak malah semakin berani dan mencabar. Lapi pulak yang cedera & mati bukan yang berkenaan tetapi org lain. cuba letupkan diri sewaktu berada di sebelah Bush! mati kita mati dia. jangan sembarangan letup, Amerika semakin bersorak riang, anggota keluarga kehilangan arang tersayang. Wallahualam...

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP