Tuesday, December 26, 2006

Banjir Oh Banjir


Bismillahirrahmanirrahim...Allah SWT telah berfirman di dalam al Quran: surah ar Rum ayat 41,[41]

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."

Boleh dikatakan setiap hari berita banjir menghiasi akhbar perdana dan media lain. Paling mengejutkan kawasan yang tidak disangka-sangka mengalami banjir teruk kali ini. Johor adalah salah satu selain dari Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Terkejut juga saya mendengar berita itu. Tapi alhamdulillah rumah saya di sana tidak termasuk dlm kawasan yang dimaksudkan. Disamping itu, saya mendapat juga sms dari teman di sana menyatakan bahawa air telah dicatu.
Saya fikir2 sejenak, memang salah kita sebenarnya tidak prihatin tentang alam. Bukit dan gunung yang Allah sebut menjadi 'paku alam' semua ditebas dan direbahkan atas nama kemajuan. Sekarang mari sama-sama menikmati hasil 'kerastangan' yang dihasilkan. Padan muka kita! Apa lagi yang tidak kita buat. Rosakkan semua harta Allah Ta'la - kerja siapa ini, kalau bukan kerja manusia seperti mereka itu. Siapa ya, fikirlah sendiri.

Maju itu perlu tapi biar kena dengan caranya. Tapi yang kita semua tahu banyaknya yang membangunkan sana sini itu tidak ambil peduli semua itu. Ya, sekarang kita sama-sama terima musibahnya.

Sama-samalah kita mengharung banjir di tengah kota nanti, sama-samalah kita berenang ke LRT untuk pergi kerja. Sama-samalah kita bersampan untuk membeli gula, beras dan kopi. Sama-samalah kita duduk di rumah perpindahan untuk sementara waktu, sama-samalah kita ketawa. Usah peduli semua itu, yang penting duit, bisnes, kereta menjalar, sama-sama kita sedut asap beracun, sama-sama kita makan sayur dan air beracun ... (ya mari kita ketawa ramai-ramai sama ada dalam hati atau di mulut, senyum sinis pun boleh juga).
Nampaknya kita semua memang rela duduk dalam kemusnahan.

12 comments:

zf_zamir 2:40 PM  

ya, bahkan kita kan sukakan rekod?

apa yang kita tidak ada? litar kereta lumba, menara tertinggi, debat beratus jam, semua kita ada..

lepas ni, boleh cipta rekod banjir beratus jam, ataupun hidup dalam bencana, ataupun bla..bla..bla..

zf_zamir 2:40 PM  

ya, bahkan kita kan sukakan rekod?

apa yang kita tidak ada? litar kereta lumba, menara tertinggi, debat beratus jam, semua kita ada..

lepas ni, boleh cipta rekod banjir beratus jam, ataupun hidup dalam bencana, ataupun bla..bla..bla..

zalisa maz 10:12 PM  

ya, ya, ya dindaku. dan asap yg masuk ke paru2 para perokok tidak mahu ambil kirakah?

slaywinter 1:32 AM  

Toinnnggg...! Kena sebijik.

Puteri Daluwarsa 5:42 PM  

haha..lain pulak yg kena.

karl Firdaus 12:58 AM  

salam,

manusia makin leka, makin khayal... makin lupa . makin tamak.... Itulah kenyataannya..

Terima kasih kerna sudi singgah dan jengah kepondok saya... dipersilakan datang lagi..

Jeff 10:36 AM  

sukar menembusi blogspot sejak akhir tahun lepas dan berjaya juga akhirnya hari ini (setahun tue !!)

sf .. slamat tahun baru. semoga apa yang dikorbankan diberi ganjaran Allah SWT.

Benar banjir itu musibah. Tapi mari bro kita insafinya dgn positif. Mungkin Dia ingin menguji kesabaran hamba2Nya di selatan tanahair kerana Dia sayangkan bumi Malaysia ini. Lalu dilihatNya pula akan pengorbanan bantuan material dan spiritual (doa & solat hajat) dari kalangan hamba2Nya di segenap pelusuk tanahair kepada hamba2 yang sedang diuji itu.

Mudah-mudahan makmur bumi ini. Dia lebih Mengetahui.

Nissa' Yusof 4:16 PM  

sekali air bah,sekali pantai berubah..

abg ngah,minggu lepas saya makan kat satu kedai seafood..namanya SF NANA SEAFOOD..abg ngah ade syer dgn tuan punya kedai tu ke?hehehe

mohamadkholid 8:43 PM  

kata saintis semuanya gara-gara pemanasan global... dunia makin panas sebagaimana kehidupan kita juga.

Hydrocodone 3:49 PM  

JJobV7 The best blog you have!

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP