Monday, November 20, 2006

Selamat Berpisah Tunas Cipta

Salam Isnin.
Termenung saya sebentar menerima emel yang dikirimkan oleh Sifu Zaharah Nawawi. Begini isinya :

Berita terbaru saya terima majalah sastera khusus untuk penulis berumur 35 ke bawah akan ditutup. Namun demikian ini tidak bermakna penulis-penulis muda akan kehilangan wadah menulis. Karya penulis muda yang selama ini ditempatkan di TC beralih ke Dewan Sastera. DS ditambah sekitar 33 halaman bagi menampung karya 4 penulis cerpen dan puisi setiap bulan. Jadi? Jangan bersedih. Malah mungkin menguntungkan kerana anda tidak perlu membeli dua majalah, sebaliknya beli satu dapat dua kategori: Dewasa dan muda.

Teruskan berkarya.
Bagaimana saudara semua?
Masih lagi menekur2 kerana khabar2 angin sudah bertiup kencang tapi hari ini telah sah khabarnya. Tempat saya mula mengasah bakat tinta dan ilham, begitu juga dengan teman-teman seangkatan. Puncanya tidak begitu pasti, terlalu banyak sok sek sana sini. Tapi apa yang saya tahu majalah2 DBP agak sukar untuk didapati di kedai-kedai, termasuklah TC. Entahlah apa nak jadi. Kehidupan semakin mencabar rengsa minda, sastera semakin terpinggir. Penulis sudah lari dan berpecah hati. Apa lagi yang ada?

8 comments:

dahrie 10:16 PM  

khabar ni dah lama dengar. tapi yang terakhir saya dengar baru-baru, TC tak jadi ditutup dan akan terus dikekalkan.

dan ini, nampaknya yang paling baru lagi..

Gelembai 9:23 AM  

hidup memang tak semudah yang disangka.

lutfi 10:14 AM  

ya, memang tunas cipta akan ditutup. secara peribadi, tunas cipta adalah mimpi buruk kepada saya. waktu hendak dibuka dahulu - tunas cipta (pada waktu itu gen) - dikatakan akan menampailkan wajah sastera baru. untuk penulis baru bereksperimen. malangnya, untuk bberapa lama. majalah ini tak jadi begitu. secara peribadi, saya kurang sedih kalaupun majalah ini ditutup. tapi, dengar-dengarnya ada majalah yang akan menggantikan tunas cipta. kita tunggu sahaja

zf_zamir 2:19 AM  

mungkin dari sisi yang lain, kes dua nakhoda ini membawa angin baru untuk eksperimen penulis baru..

ada putih disebalik hitam mungkin?

Hydrocodone 7:58 PM  

46m8oT The best blog you have!

ing life insurance policy owner change form 1:29 AM  

D1vz7p actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP