Tuesday, November 21, 2006

Emel dari UK


Saya belek2 emel tersebut, datang dari rakan saya yang berada di UK. Kata beliau (telah diubahsuai supaya dapat dipaparkan di sini, bahasanya terlalu pasar) :

Salam. Helo geng, apa khabar? Kau apa cerita? Aku sihat-sihat saja mcm biasalah. Beginilah, kalau kau ada cuti panjang, datanglah ke UK. Aku tunggu kau di sini, jalan-jalan ambil angin di sini. Di samping itu boleh juga aku bawa kau bertemu dengan anak-anak murid aku di sini. Oh ya, selepas mereka mendengar lagu kau di Myspace itu, semuanya teruja untuk belajar. Kata mereka, fantastic! Aku beritahu mereka itulah salah irama gendang silat di Malaysia. Fiz, mereka cukup hairan mendengar tiupan serunai kau yang bersambung-sambung itu. Mereka bertanya ada pasang bateri ke? (Ketawa berdekah-dekah). Aku kata pada mereka, "Kalau kamu ingin belajar saya boleh bawa kerana dia kawan saya tapi dengan syarat kena taja belanja kapal terbang, makan minum, tempat tinggal serta wang (seperti gaji) kepada dia, kerana beliau merupakan seorang profesional". (Ketawa) Aku lobi kau habis-habisan pada 'orang putih' itu, tergedik-gedik semua ingin belajar.

Saya menghela hafas ketika membaca rangkap ini, lalu saya teruskan pembacaan :

Mereka bilang mereka mampu, kalau silat mereka boleh belajar dan boleh bersilat seperti orang Melayu, kenapa tidak gendangnya? Kalau takat kau seorang mereka boleh tanggung semua, jangan risau. Bagaimana Fiz? Lagi pun orang di sana bukannya mahu belajar dah benda-benda macam ini. Kau pun tahu kan perkara ini? Dari kau sibuk ternganga unutk mengajar mereka yang tidak pernah ambil tahu, dan memang tidak mahu belajar pun, baik kau mengajar anak-anak murid aku ni. Bagaimana? Sampai bila kau hendak simpan 'barang' yang bangsa kita sudah tidak mahu, sampai bila? Di sini ada orang yang beria-ria hendak belajar. Lagi pun apa salahnya kau duduk di sini sebulan dua, boleh juga kau cari ilham untuk menulis. Anak-anak murid aku boleh bawa kau berjalan-jalan. Mereka ini lain macam hormat pada kita orang Melayu ini, lebih-lebih yang mempunyai ilmu yang orang mereka memang tiada. Di sana, ada macam tu? Kau fikir tengoklah sudah berapa lama kau bermain gendang silat, tapi berapa orang saja yang menjadi?

Saya pun menghisap rokok dalam-dalam dan menghembusnya jauh-jauh. Fikiran saya berkecamuk kerana apa yang diperkatakan itu adalah benar belaka. Kalau saya mengajar mereka, mungkin sahaja saya dikata pengkhianat seni bangsa. Kalau saya terus di sini, rasanya ilmu ini saya akan bawa ke kubur sahaja dan tidak menjadi apa. Pengalaman saya di KL ini ramainya yang hangat-hangat tahi ayam sahaja, biasanya hilang entah ke mana setelah memperolehi serunai. Tapi ramainya yang kurang bersungguh dan tidak berdisiplin. Kalau sahaja mereka itu membaca emel teman saya ini, entahlah ... bagaimana perasaan mereka agaknya. Musim-musim duit 'ketat' ini mulalah saya ingin menjual serunai dan gendang kepada sesiapa yang berminat. Sudah ada orang minta, tapi saya masih lagi tertangguh-tangguh memberikan keputusannya. Tengoklah sehari dua ini, kalau hati saya tergerak, saya jualkan sahaja peralatan ini. Lagi pun kalau simpan, bukannya ada orang yang berhajat.

Banyakya macam burung kakaktua, cakap tentang seni memang pandai sehingga memperolehi master, PhD dan sebagainya tapi cuba suruh main sedikit, mahu lihat praktikalnya. Ah, akhir zaman ini, inilah yang dikatakan 'orang yang bukan ahli bercakap sesuatu yang mreka sendiri tidak tahu.' Itulah beza ilmu bercakap dan 'rasa'. Wuallahua'lam.

Saya masih menimbang-nimbang permintaan sahabat saya dari UK itu. Jika berbaloi saya pergi sahaja ke sana, dan selepas itu janganlah hairan sekiranya ada 'mat saleh' yang lebih mahir dan pandai bermain daripada saudara-saudara. Ketika saudara boleh melopong sahaja dan menyalahkan sana sini kerana 'barang' sudah terlepas ke tangan orang lain bagaimana tanah bertuah ini yang ekonominya sudah dalam tangan orang lain kerana kesilapan mereka sendiri. Orang melayu biarlah nanti tinggal hanya 'boleh bercakap'. Saya tahu semua itu, pernah saya saya cadangkan agar artikel gendang silat yang saya tulis diterbitkan, tapi penerbit itu kata buku seni budaya tiada pasaran. Ya, kalau anak-anak tuan2 sudah tidak kenal barang-barang seni dan budaya orang Melayu, jangan marah mereka. Marahlah diri tuan-tuan kerana tidak mahu mewarisinya terlebih dahulu. Kalau begitu selamat tinggallah semua, saya ingin membawa seni ini kepada orang lain yang lebih sudi dan menghargainya. Tuan-tuan sudah tidak mahu, apa boleh buat. Jangan esok nnt menyalahkan saya pula, jangan kata saya nanti melacurkan ilmu kepada bangsa orang lain. Salahkan diri sendiri dahulu! Kenapa dahulu tidak sudi belajar? Kalau ditanya apa bangsa tuan-tuan, jawab sahaja apa-apa bangsa selain dari bangsa Melayu, kerana Melayu sejati lagi tulen ini, dia sayangkan 'barang-barang' leluhur mereka.

Maka benarlah kata-kata mantan KP DBP, "Bangsa yang meninggalkan seni dan budaya bangsanya adalah suatu bangsa yang sedang menuju ke arah kehancurannya."

Sudah nyata bukan kata-katanya?
Kalau saya sudah membuat keputusan, seawal-awal tahun saya pasti meluncur ke sana membawa seribu hati yang lara.

14 comments:

zalisa maz 4:15 PM  

hahahha. kak gelak dulu baru kak komen. membawa hati yg lara? jiwangnya lelaki macho ini! bagaimana mahu berjuang jika jiwa sudah rebah di pertengahan jalan?

apa jaminan lelaki macho ini boleh berjaya di tanah air orang? baiklah, mungkin lelaki macho ini boleh berjaya di sana. jadi apa tunggu2 lagi? terbanglah segera. terbanglah wahai sang bangau. terbanglah kau setinggi2nya.

(satu masa nanti kau akan balik juga ke belakang kerbau)

Taj 4:28 PM  

salaam, sudikah anda bermain di layar tanchap? kami tak mampu untuk membayar, tapi saya tahu memang ada yang berminat untuk belajar seni ini. jika sudi, jenguk-jenguklah Layar Tanchap

akuragu,  4:38 PM  

hmmm... marah sungguh saudara pada anak bangsa melayu ni, ya? tersandung di banir, salahkan bulan. kenapa berjalan tanpa pelita?

Puteri Daluwarsa 7:11 PM  

Terbang sahaja ke mana jua, pergi kepada yang peduli. Kerna suatu masa, tanah ini akan menjemput jiwamu yang telah harum. Bukankah itu yang selalu terjadi.

Gelembai 10:14 PM  

kau tau chai,
aku....
tak salahkan kau, kala poket jadi runcing, dulu pun aku begitu,
kalau kau berpendirian jitu.
chai, kau mampu berhijrah kerana ada kala hijrah itulah yang berbaik.
dan tika kau pulang nanti, umat-umat akan bersesak-sesak mencari nahu mereka yang hilang tatkala nilai itu telah dimiliki orang lain.
jgn kau rebah bersama mereka yang telah bergelimpangan pengsan.

kak ila 8:46 PM  

wah panjangnya cerita dia. semuanya bagus dan menarik, cuma satu je. MENGHISAP ROKOK DALAM2 DAN .... hehehe, jangan marah?

zulkhair 5:47 PM  

Ada peluang pegi saja ke UK tu. Lagi bagus, daftar mana kolej jadi pelajar. Sambil tu kerjalah apa yang patut di samping jadi jurulatih pofesional dalam bidang muzik silat sementara mereka 'tergedik2 mahu belajar'. Sementara itu buat nota sedikit dlm BI dan sediakan laman web dengan gambar2 yang amat menarik bukan gambar kepala di tangga berjalan. Buatlah bertahap; tahap 100, 200.. atau dummies, beginner, intermediate... Bina hubungan dengan pesatuan silat Britain atau Eropah. Hmm, kalau dah berjaya, jangan lupa kawan!

Pawana Malam.. 1:51 AM  

oh..pertamanya,salam perkenalan dr saya yang jahil..
kedua..jgn di jual semua itu..andai ada..boleh juga dipertahan...andai tiada...apa yg mahu di pertahankan lagi..??
akan tinggal serba tanda tanya nan ti..dan akan sentiasa abg tercari2 nanti..percayalah..

apapun, hadapi hari2 mu dgn senyuman..

zf_zamir 4:27 PM  

hehe..
ini ugutan atau apa?
tapi kalau dapat tengok mat saleh main lagi masyuk, huhu..

kita dah hilang lidah, sekarang saudara mahu mengerat-ngerat tangan dan kaki budi budaya kita?

tapi saya percaya kepada takdir serta hikmah..

kerja Tuhan, siapa tahu?
haha curi skrip FT..

jeff 1:12 PM  

mungkin lewat sedikit untuk memberi pandangan. rasanya tak salah kut. tidak harus takut memelayukan barat sebagaimana tok nenek mereka membaratkan tok nenek kita dulu. melayu akan lebih beringat2 apabila melihat orang lain lebih melayu dari mereka sendiri. .. satu tika dulu, aris ariwatan dikecam hebat pabila melagukan 'Cinta Tak Kenal Siapa' dalam alunan rock + asli. Katanya kembali ; kenapa tak boleh alunan itu diadunkan? Yngwie Malmsteen sudah mahir bermain sittar .. adakah kita nak tunggu dia main gabus pula sebelum sedar muzik kita diambil orang ?

PS Ariyatna : tima kasih kerana memperkenalkan blog SF kepada saya

Hydrocodone 6:36 PM  

87PQMz The best blog you have!

greene hazel insurance 1:33 AM  

LoyjRq Please write anything else!

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP