Sunday, October 22, 2006

Semalam Di Taman Saujana


KESEMUANYA meminati muzik dan mempunyai alun arah fikir yang selari. Pertama kali dapat mempertemukan mereka yang benar-benar serius dalam bidang muzik sangat membahagiakan saya. Banyak yang dapat diperbincangkan sambil masing2 memberikan pendapat dan saranan. Antara yang disentuh oleh kami adalah mengenai pemikiran masyarakat yang kita yang begitu disogok oleh kehidupan artis dan bukannya muzik itu sendiri. Seterusnya pembicaraan melangkau kepada melihat generasi 'lama' yang kelihatannya dijerut oleh pemikiran kolonialisme yang bagaikan tiada berpenghujung; terutama mereka telah membina tembok besar dikelilingnya tanpa mengambil peduli pendapat orang lain. Hatta sehinggakan satu organisasi mengatakan 'tidak betul' tapi orang-orang macam ini tetap berdegil mengatakan pendapatnya paling betul. Entah mana agaknya hilang prinsip muzakarah yang digalakkan itu? Kelakar ...Tapi tidak mengapa, itu memang sudah jadi lumrah kehidupan, pergi ke mana pun kita akan berjumpa dengan orang seperti. Lama kelamaan saya biarkan sahaja orang seperti ini dan teruskan kerja-kerja saya demi kemajuan diri.
Begitulah dengan industri muzik negara yang tidak mahu berkembang kerana adanya orang2 seperti ini. Sempat juga kami berbincang dan bermuzakarah bagaimana untuk menggabungkan muzik moden dan tradisi dalam satu album. Masih lagi bermuzakarah. Rata-rata dari kami meminati kumpulan 'metal' sejak dari sekolah hingga kini terutama dari jenama barat. Tapi dalam pada masa yang sama, saya bermain muzik tradisi. Istilahnya 'fusion' atau mungkin juga pemikiran tribe metal'.
Kadang-kadang saya menjadi kecewa juga melihat perkembangan industri muzik yang entah ke mana, semuanya kerana bisnes katanya. Yang hancur anak-anak Melayu, peminat pun ikut hancur juga pemikiran yang disogokkan dengan pelbagai janji mewah dan glamor dunia artis. Sedikit benar mereka yang benar-benar menghargai muzik. Ada orang kata muzik metal ini keras dan tidak begitu molek untuk didengar. Tapi saya fikir pula daripada saya mendengar lagu2 yang meleleh-leleh tidak tentu fasal, baik saya dengar lagu yang menghilangkan mengantuk, disamping lirik2 lagu yang memberikan pemikiran baru.
Kalau di sini hanya beberapa kerat sahaja yang saya minati - M Nasir, Ramli Sarip dan tentunya kelainan lirik dan irama yang pelbagai memberikan roh dan nafas yang segar dalam menikmati lagu2 gubahan mereka.
Mahu cerita sastera? Kerenahnya bagaikan birokrasi dalam jabatan2.

5 comments:

rozais al-anamy 3:16 PM  

Salam,
Kalau ada kesempatan, tolong send Rahmaaka Ya Rabb. rindu benar rasanya nak dengar, apatah lagi benak ni sekarang banyak setan duk bertapa.

zalisa maz 11:34 PM  

hai, mai ke rumah baru kak kalau nak makan angsa!

Nissa' Yusof 8:31 PM  

salam, abg ngah..tahniah sajak di mingguan wanita=)

zalisa maz 12:52 AM  

nak tulis apa ya d sini? en3 tak berubah2. huhuhu

zalisa maz 4:18 AM  

laaaaaa... cerita ini lagi! oi cik adik! bangun! bangun!

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP