Wednesday, October 04, 2006

Rencam Kehidupan


TERASA lega dapat keluar dari bandar KL yang pengap dengan kabus dan manusia yang tidak kenal erti lelah. Mencari duit utk hidup dan ada juga hidup untuk duit. Tapi semua itu sudah menjadi lumrah manusia yang ingin hidup senang. Tapi bila berada di JB, terutama bila bermalam di rumah Sdr Ren di Felda Ulu Tiram - nyaman segera menyergap. Sambil2 menghirup teh o panas, kami berbual hingga larut malam dan bertukar-tukar pandangan dari pelbagai segi. Keesokan harinya, saya dibawa menjelajah ke DBP Wilayah Selatan. Bangunannya agak sederhana besar. Rak buku tersusun cantik dan paling seronok apabila berjaya mendapatkan buku Glosari Keris. Cantik ... Malam kembali ke rumah abang saya di Taman Nusa Damai. Kali ini berbincang mengenai projek untuk masuk ke sekolah2. Saya berpuashati dan bercadang untuk menurut jejak langkahnya setelah hampir 8 tahun setengah menadah ihsan dari 'mereka'. Sehari dua terasa bagai burung yang terbang luas di angkasaraya.
Alhamdulillah tidak lama saya berehat, ditawarkan oleh seorang teman pemuzik untuk bermain sebagai pemuzik latar bagi taridra sempena persembahan JAMU di ASWARA (nama baru bagi ASK). Sudah beberapa malam berlatih, hari ini kami akan berlatih di ASWARA. Persembahannya akan dimulakan pada hari Jumaat dan diakhiri oleh Ahad. Ianya merupakan persembahan tarian secara kontemporari. Sesiapa yang punya kelapangan, saya jemput ke sana dengan bayaran RM10@5 sahaja. Tarikh : 6 - 8 November, jam 8.30 persembahan bermula.
Sebelum dari itu, kawan saya pula bertanya sanggupkah untuk menjadi Pengurus Persembahan untuk kumpulannya. Saya senyum, alhamdulillah - tentu sekali saya bersetuju dengan syarat saya tidak diikat.
Disamping itu, saya terus memburu kerja2 yang melibatkan dengan dunia edit mengedit secara freelance sambil meneruskan dunia penulisan yang saya cintai.

p/s : Nama ASWARA ini saya terjumpa di laman sesawang ini. Apa komen anda? Memang lain dari makna nama ASK yang bari itu, namun sebutannya sedikit sebanyak mengundang kekeliruan. Minggu hadapan saya ke JB lagi mencari pengalaman baru.

6 comments:

mohamadkholid 8:36 PM  

sf, seronok bertukar angin. saya pun baru pulang dari menyedut udara laut di kuantan. walau pun puasa serasa mesra dengan alam.

wahyu budewa rendra 11:20 AM  

terima kasih abg khairul kerana sempat ke mari. berbincang panjang itu dan ini. sekitar dunia kita.

zulkhair 4:59 PM  

Sekitar dunia kita? Musykil. Dunia bujang atau apa?

Hydrocodone 7:30 PM  

MVDLuf The best blog you have!

methadone dead pharmacy 1:11 AM  

TLJdQb Thanks to author.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP