Wednesday, October 18, 2006

Kunjung ke Penawar

Beberapa hari lagi saya di JB. Kali ini misi ke Sekolah Menengah Bandar Mas, Penawar bersama sdr saya Kamarol Azhar dan As. Pada hari Jumaat tersebut saya hanya memerhati sahaja. Program yang dijalankan adalah 'Easy Science' dikendalikan oleh seorang tenaga mahir dari Putrajaya. Mudah sahaja pembelajarannya, saya yang berada di belakang terbahak-bahak ketawa. Tapi memang mudah, program yang dijalankan sangat bermanfaat untuk saat2 terakhir sementara menantikan SPM yang bakal menjelang (tinggal 34 hari). Disamping itu, saya diberi peluang untuk bercakap mengenai tajuk "Kerjaya Yang Sesuai". Lama tidak bercakap di khalaya, berpeluh juga kerana 2 hari sebelum itu saya diberikan tajuk tersebut dengan sedikit persediaan persembahan powerpoint, saya sahut cabaran itu. Tidak banyak yang dapat saya perkatakan dalam masa setengah jam, namun saya berharap agar mereka dapat mengmbil manfaat agar tidak lagi melaksanakan 'cita-cita ibu & bapa', sebaliknya melaksanakan tugas dan kerja yang diminati. Itu lebih penting pada masa hadapan. Kalau mahu kerja yang kita minat, kita mesti berusaha, kata saya. Biar orang pandang rendah, tapi yang penting hati kita senang dan rezeki itu halal. Dan itulah yan saya lakukan ketika ini, disamping menjadi wadah perjuangan saya untuk anak bangsa Melayu saya. Mahu terjerit2 dipentas lain, agk sukar sedikit. Maka saya fikir inilah jalan terbaik untuk menyalurkan prjuangan buat bangsa saya. Duit? Meski tidak banyak, tapi saya PUAS. PUAS sangat saya dapat buat kerja yang saya minat dan tidak terkongkong. Tidak sempat berhubung dengan Ren, kerana banyak perkara yang perlu saya pelajari terutama tentang ilmu pemasaran. Tahun depan adalah 'target' utama saya, Insyallah. Setibanya di Muar semalam, bergegas saya keluar, hati saya terjentik oleh suatu panggilan. Boboi ... rakan lama saya ketika sama2 menjadi fasilitator di bawah syarikat kendalian Cik Amin (kini di TDC). Alhamdulillah nampaknya rezeki saya tidak putus. Nampaknya bulan ini saya terpaksa bekerja keras untuk mencari rezeki. Penulisan? Jalan seperti biasa, biar pun novel semi fantasi Awang Merga terpaksa dirombak setelah tidak bersetuju dengan 'penerbit itu'. Ya, saya yakin rezeki Allah di mana-mana, dan cara untuk berdakwah itu ada pelbagai, tidak perlu terlalu terikat kepada sesuatu teori. Cara berdakwah tidak perlu terlalu rigid. Contohnya mudah - Kenapa Sunan Kalijaga menggunakan seni dan budaya sebagai media untuk berdakwah sedangkan dia mampu shj memberitahu kepada khalayaknya tentang kebenaran Islam. Wuallahua'lam. Pesan guru saya, "Kalau betul melihat wayang kulit, beroleh pahalalah ia, kalau tidak berdosalah dia."

4 comments:

Puteri Daluwarsa 10:20 AM  

Sahabatku,

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Mohon maaf zahir batin jika ada salah silap dalam tutur bahasaku.
Seronok tengok teman yang aktif, terus usaha, usaha itu tangga ke langit kejayaan. Sebenornya nasihat itu untuk diri aku juga.

Pakteh 9:57 AM  

Terjumpa secara tidak sengaja semasa pencarian. Sy pernah bertugas di SMK Bandar Mas. Itu saja.

Hydrocodone 2:57 PM  

IslrIf The best blog you have!

hoodia europe 1:45 AM  

TbBFDX Please write anything else!

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP