Sunday, September 24, 2006

Selamat Berpuasa


HARI ini sudah mula berpuasa. Semoga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan supaya dapat beribadah lebih, jua dilimpahi dengan rahmat kemuliaan sempena bulan yang suci ini. Saban tahun kita menyambutnya dengan penuh syahdu. Mudah-mudahan kali ini lebih membawa keinsafan kepada kita yang selalu lupa dan lalai. Bulan ini semoga diri saya dan sdr2 dpt mengambil kesempatan penuh untuk beribadat sebanyak mungkin, amin. Disamping itu, hendaknya kita dapat berjimat cermat dan tidak melakukan pembaziran - maklumlah pasar juadah sentiasa menanti apabila petang menjelma. Di tempat saya, Wangsa Maju - pasar juadahnya memang meriah, kadangkala terpanggil juga untuk ke situ, membeli kuih kegemaran saya - samosa. Anda bagaimana?

4 comments:

zalisa 11:02 AM  

buka dan tutup ramadhan tanpa asap k? teruskan hingga bila2 dan bila2 :D

Anonymous,  12:41 PM  

salam ramadhan...selamat menjalani ibadah puasa....

-Naimisa-

annyss 3:53 PM  

SF,
Saya fikir, sdr telah mendapat fokus ataupun konsep blog yang menarik. Teruskan!

ikhlas,
Nisah Haron

Gelembai 10:37 PM  

aku suska murtabak kambing...ada jual di wangsa maju ????

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP