Thursday, September 21, 2006

Saksila Lekir

"Novel ini melihat kembali Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin dari sudutt pandangannya yang tersendiri, yang menyusurgalurkan kehadiran Hang Tuah sejak kelahirannya. Novel ini bukan sekadar novel berunsur sejarah ttetapi memasukkan unsur-unsur mitos dan legenda dengan memberikan tumpuan penceritaan kepada sifat-sifat "super-natural". Watak anak Muda sesuai dengan zaman sebelum kedatangan Islam di Sulawesi/Makasar sebagai latarnya. Jika Hikayat Hang Tuah penuh dengan unsur-unsur mitos dan lagendanya dengan latar belakang Islam, maka novel ini juga membina c eritanya dengan unsur-unsur mitos dan lagendanya yang tersendiri dengan latar masa yang lebih awal di Sulawesi. Malah kesinambungan novel ini dapat dilihat dalam Sulalatus Salatin apabila Anak Muda itu dikirimkan kepada Sultan Mansur Syah melalui Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja oleh Raja Gowa. Apakah novel ini juga boleh dijadikan penyelidikan sastera sebagaimana Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin dalam abad-abad akan datang? Ikutilah dahulu novel hebat ini."
Komen saya : Ini adalah antara koleksi novel yang saya anggap menarik untuk dibaca berulang kali. Pendekatan yang dilakukan sedikit berbeza dari kelaziman yang kia ketahui. Tidak rugi langsung membelinya.

1 comments:

Nissa' Yusof 10:48 PM  

salam.abg ngah, mana nak dapat novel tu ek???satu lagi,abg ngah tau tak mane nak cari cerita2 hikayat..mcm hikayat malim dewa..amir hamzah dll??

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP